Selasa, 27 Ogos 2013

Sayur bayam merah


Bismillhirrahmanirrahim

Hari ni ummi masak sayur kesukaan kami sekeluarga, sayur bayam merah.
Walaupun bayam boleh dimasak dengan pelbagai cara, tapi ummi suka masak macam ni.., sedap!
Bila makan dengan ubi ketela... fuh!! terasa lemak manisnya, sungguh ummi suka.
Kalau semangkuk tu.... sekali hadap, cerah! ummi sorang je makan.
Kat Kedah ni, kalau tak tumis, panggil sayoq ayaq ja...
Jom tengok resepi mudah dan sihat ini.



Bahan-bahan:

2 ikat bayam merah  *bayam apa pun boleh
2 biji ubi ketela / keledek merah
1 ulas bawang merah
garam dan gula
air

Caranya:

1. Potong bahagian batang berakar. Rendam bayam 5 - 10 minit di dalam air yang telah di masukkan sedikit garam. Ia bertujuan untuk mengeluarkan sisa racun mahupun makhluk perosak yang lain.

2. Basuh bersih bayam tadi dan dipotong kecil. Ummi suka asingkan batang dan daunnya.

3. Kupas kulit keledek, bersihkan dan potong kecil supaya ia lebih cepat masak.

4. Hiris nipis bawang merah dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air agak-agak cukup untuk tenggelamkan sayur nanti. (kalau nak tumis pun boleh)

5. Masukkan ubi dan masak sehingga ubi hampir lembut. Masukkan batang sayur dahulu.  Masukkan garam secukup rasa dan sedikit sahaja gula sebagai penaik rasa.

6. Setelah 1 / 2 minit masukkan daunnya dan masak sehingga sayur lembut. Padamkan api.
Sajian sedia dinikmati.

ummi ambil foto ni ketika sayur dah sejuk
tengok kuah dia, merah... macam buah naga merah

Satu ummi nak ingatkan:
*Masak sayur bayam, lebih baik hanya untuk sekali makan saja.
jadi.... masak cukup-cukup korang nak makan je...
*Ia tak sesuai dipanaskan semula
*Kata Chef Sabri: sebaiknya makanan yang dimasak, dimakan dalam masa 4 jam sahaja
 kerana komposisi vitaminnya akan berubah (atau hilang). begitu juga dengan rasanya.



Tiada ulasan: