Memaparkan catatan dengan label 'Aina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'Aina. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2013

Ke SMKA Kedah

Pagi ni kami ke SMKAK. Buat pengesahan tawaran aina dapat masuk ke sini.
Sekejap saja dah selesai. Lega hati abah. Kami tengok2 kawasan sekolah.
Besar juga sekolah ni. Syukurlah aina dapat masuk sekolah ni.
Kami jumpa dan sembang dengan Cikgu Johari, PK Kokurikulum yang sangat baik dan ramah.
Katanya ada lima kelas baru dan bermula tahun depan 2014,
sekolah ni terpilih sebagai sekolah perintis ULUL AL BAB di bawah KPM, di negeri Kedah.

Sekali lagi, bertuahnya anak ummi.
Syukur, Alhamdulillah aina terpilih di dalam senarai Nya.
Maha  Suci Allah, segalanya terletak di dalam KeKuasaanNya.
Dia lah yang lebih berhak memilih dan menentukan rezeki setiap hambaNya.
Syukur Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalanNya kepada kami serta mempermudahkan
akan segala urusan hidup kami sekeluarga. Amee....n.

Rabu, 18 Disember 2013

Syukur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, menanti keputusan tawaran aina masuk ke tingkatan 1 
sangat mendebarkan.
Pagi tadi, setelah menunggu hingga ke jam 10 pagi,
ummi dan abah dah buka laman web KPM dan masuk ke pautan yang disediakan.
Alamak, bukan main terkejut lagi, eh...! tak bleh masuk la bah... macam mana?
ummi buka balik pautan semasa daftar dulu, disuruh masukkan angka giliran,
ummi pun masukkan je dan log masuk.
Sekali lagi terkejut, jawapannya sangat menghampakan, 
tawaran ke SMKA ditolak.
Yang terima cuma SMK Jitra sahaja.

Abah terus telefon tanya pejabat SPI Kedah. Abah minta depa tolong chek.
Abah bagitau, SMKAK adalah pilihan pertama, kenapa anak saya tak dapat?
Depa pun chek, tapi secara manual, depa kata sistem kacau.
Jawapannya.... DITERIMA.
ALHAMDULILLAH, lega hati abah.
Depa kata mungkin sebab sistem tu lah, nama belum masuk lagi.
Depa suruh abah pi ambil surat tawaran di 
SKJ, depa dah hantar 3 hari yang lepas.

Abah pun cepat2 pi sekolah. Abah kata jumpa cikgu kelas aina, Cikgu Shidah.
Cikgu ucap tahniah, dapat masuk SMKAK. 
Setelah tengok surat tawaran dengan mata sendiri, barulah abah puas hati.
Perlu buat pengesahan sebelum 24 Disember 2013.
Jadi esok pagi, nak pi sah siap2. Selesaikan apa yang penting dulu, baru hati abah tenang.

Alhamdulillah, impian abah tercapai. Abah nak sangat aina masuk ke SMKAK ni.
Syukur kepada Mu ya Allah kerana mempermudahkan urusan serta menunaikan impian
kami untuk menghantar anak2 belajar di sekolah agama. Ameen.



Isnin, 11 November 2013

Hari Anugerah Cemerlang

Hari ni ummi ke SKJ dengan abah.
Sekolah buat Hari Anugerah Cemerlang dan aina tersenarai antara penerimanya. 

Ramai juga kawan2 aina dapat anugerah cemerlang.
Alhamdulillah, aina dapat empat anugerah cemerlang.






Karnival Sukan Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Petang kelmarin ummi, abah dan adik pi Baling.
Kami ke Kompleks Belia dan Sukan Baling. Ada Karnival Sukan Kanak-kanak, anjuran Kementerian Belia Dan Sukan peringkat negeri Kedah. Wah.. ! tengok tajuk macam karnival besar kan..  - sampai sini baru tau ada karnival.

Kami bertolak pukul 2 ptg. Chik F kata pi kot Sp senang, dekat ja, sejam sampai la.  Jalan pun terus.... saja, tak dak lah masuk kampung sana sini. Jadi abah pun ikut lah.
Kami masuk ke lebuhraya, lepas tol Hutan Kampung baru ummi buka GPS. Dlm kiraan gps, kami akan sampai pada 3.48 ptg. Kami pun terus ke tol SP Utara dan keluar di sana. Kemudian masuk ke Bandar Amanjaya menuju ke Kuala Ketil dan terus ke Baling.

Di sepanjang jalan, ummi dok merungut kat abah, kata sejam sampai... pi Sp pun dah sejam. Abah kata, dia silap la tu...  Setelah naik turun bukit, lalu kat ladang kelapa sawit, ladang getah.... rasa macam jalan nak pi Kelantan pun ada..., akhirnya kami sampai di sana, hampir 2 jam, macam kiraan GPS.

Sampai kat sana tengok..... eh, ramai ni macam2 acara ada. Ada bola sepak, bola jaring, bola tampar, pingpong dan sepak takraw. Kami tanya 'pak gad', dia tunjuk, nun.... di hujung sekali. Parking pun nampak penuh..., tapi abah masuk juga cari kat dalam. Hm, dapat pun, kami turun dan terus ke 'court' tempat acara sedang berlangsung.

Sampai kat sana, dah nampak pasukan aina sedang bermain menentang pasukan mana tak pasti pula, yg pasti depa menang lagi... syukur, Alhamdulillah. Pagi tadi pun dah menang dua kali.

Pasukan depa ada satu lagi perlawanan selepas ni.... final.
Selepas pasukan lain berlawan giliran depa pula, kemudian... anak2 ni masuk ke gelanggang, KP lwn..... , sekali lagi kemenangan berpihak kpd mereka, Alhamdulillah, berkat usaha gigih akhirnya mereka terpilih sebagai Johan.

Acara penyampaian hadiah lewat dari jangkaan penganjur, dah 6.30 petang baru nak mula... anak2, guru serta waris dah tak larat nak menunggu lagi, acara bola tampar masih belum selesai.
Pasukan bola jaring mendapat johan dengan hadiah wang rm500, manakala bola sepak, juga johan dengan hadiah wang sebanyak rm750. Pengarah sendiri yang sampaikan hadiah kpd wakil pasukan. Tiada sijil, tiada medal ??

Lepas selesai, dah 7mlm, kami semua bertolak balik. Ummi buka GPS sekali lg dan kali ni ditunjukkan jln lain pulak. Jalan ni melalui Parit Panjang, ke Jeniang dan terus ke tol Gurun dan jangkaan masa cuma 1jam 28 minit. Eh... dekat banyak tu, jimat 1/2 jam, jadi kami ikut je jln tu.... dan singgah di r&r Gurun untuk solat maghrib, tapi... ya Allah, ramainya.... parking pun penuh, lama juga kami mununggu untuk dpt masuk.

Ummi turun beli kuih je, ramai sangat, lagipun aina naik kereta cikgu dah sampai kat Hutan Kampung, nanti nak pi ambik dia lagi. Nanti lambat pulak. Kami balik terus ke sekolah untuk ambik aina. Cikgu kata semua budak2 tidur dlm kereta, sebab tu cikgu terus balik ja, tak singgah kat Gurun dah. Cikgu Shima belikan burger untuk budak2... lapar nampaknya..., aina terus makan. Selepas salam, kami terus balik rumah.

Jumaat, 1 November 2013

Terpilih Sebagai Olahragawati

Bismillahirrahmanirrahim


Pada hari rabu lepas, 30 Oktober 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA
telah mengadakan 
Kejohanan Padang dan Balapan
di Mini Stadium SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

rumah Jebat

semua kontinjen rumah sukan sedang beratur di padang

ketika acara perbarisan

ia disertai oleh murid tahun 3 - 6 
ada larian 100m, 200m dan larian baton 4 x 100m
sebelum tu cikgu dah buat acara lontar peluru di sekolah

Anak ummi, 'aina mendapat:
 tempat pertama dalam acara 100m dan 200m,
tempat ke dua dalam acara baton 
dan tempat ke tiga dalam acara lontar peluru
dia juga masuk acara perbarisan sebagai Puteri

jadi 'aina telah mendapat
2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa
dan juga telah dianugerahkan sebagai Olahragawati sekolah
Alhamdulillah.... rezeki anak-anak kan.

Saat manis... ketika menerima piala dari Guru Besar