Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

DIARI: Pulau Langkawi - hari 2 - bahagian 2

JUMAAT, 19 APRIL 2013


Kami ke Pantai Pasir Hitam. Cuaca masih panas, abah pilih parking bawah pokok. Redup dan sejuk sikit. Best juga kat sini. Hembusan anginnya rasa macam nak tidur je... ada tempat permainan kanak-kanak dan ada kerusi rehat. Kami lepak kat sini dulu.



Kemudian kami turun ke bawah. Tengok pemandangan yang sangat cantik. 






Ada diletakkan papan tanda dan cerita sejarah tentang Pantai Pasir Hitam




Kami tak turun ke pantai pun, hanya lepak kat situ saja sekejap, ambik bayu laut. Kami naik semula ke atas dan jalan-jalan tengok ada apa yang dijual. Macam kat tempat lain juga, ada pakaian, makanan dan hasil laut. 





Kami balik semula ke Pekan Kuah dan singgah di beberapa tempat membeli belah. Ummi cari set pinggan porselin, tapi masih belum jumpa yang berkenan lagi... kami ke Rams, dekat Pekan Rabu. Ummi tengok beberapa set dan akhirnya ummi berkenan dengan set porselin ni. Ummi ambik satu set saja rm165. Cukup lah tu, nak guna kat rumah. 

Kat sini layanan memang bagus. Depa check semua barang yang kita beli. Jadi, tak adalah yang sumbing ke, pecah atau senget. Memang puas hati. Siap tanya lagi siapa yang nak tulis nama ke, no telefon ke... ummi ambik set mug, empat biji rm20 je. Ummi berkenan tengok lakarannya, jadi ummi ambik satu lagi buat hadiah untuk adik ipar yang baru kahwin. 

Kat sini pun barang cantik-cantik belaka. Kalau ikut hati memang lah nak beli lagi. Tengok set kaserol tu... cantiknya, rm32 ja.. tapi memikirkan dah banyak barang yang dah dibeli jadi ummi tak ambil lah. Kesian kat abah, nanti tak terbawa. Barang mak mentua lagi.. banyak tu..

Masih ada masa lagi, kami cadang nak ke Dataran Helang tapi biras pula telefon, depa baru sampai. Depa mai kat Rams dan ajak pi makan dulu. Depa bawa pi kedai nasi kandar. Alamak, kami ni tak minat makanan macam tu... jadi terpaksalah pula memusing cari kedai makan yang lain. Akhirnya jumpa juga... jadi kami makan kat sini saja. Nasi goreng, tomyam, mee lakna. ABC depa letak ais kisar.

duk tunggu makanan sampai...
Selepas makan kami terus beredar ke jeti. Abah pulangkan kereta dan dapat balik duit deposit rm50. Kami terus menuju ke bot dan cari tempat duduk.  Selepas bot berjalan, abah pi ronda atas bot. Abah kata kat atas ada banyak tempat tempat kosong. Abah ajak ummi dan adik naik ke atas. Ummi pun naik lah. Best kat atas ni, boleh tengok pemandangan. 

Selamat tinggal langkawi... InsyaAllah, ada rezeki nanti ummi mai lagi...
dan Alhamdulillah kami telah selamat balik ke rumah.


inilah mug yang ummi beli di Rams




dan set pinggan porselin ni



dan ini pula yang ummi beli di HIG

sudu dan garfu
1 paket rm 5.90 saja
sudu bulat ni rm 6.90
pan buat pancake / lempeng comel
rm 10.90

Selasa, 3 September 2013

Beli di Langkawi



Cikna pi langkawi pada hari khamis lepas, 29 sampai 31 ogos 2013.
Ummi kirim cikna beli periuk nonstick ni dengan kaserol.
Dia pi beli kat Idaman Suri.

periuk ni rm 50 dan

set kaserol tiga biji ni cuma rm 28.50 
ada dua corak,
sebelah bunga belum kembang dan sebelah lagi dah kembang

Isnin, 2 September 2013

DIARI: Pulau Langkawi - hari 2 - bahagian 1


JUMAAT, 19 APRIL 2013

Selesanya tidur... tapi ummi kerap jaga, sejuk. Katil ummi dekat dengan a-con. Pagi, selepas siap ummi keluar dengan abah. Kami pi makan dulu sebab yang lain masih nak tidur lagi.

Kami makan kat medan selera dekat dengan simpang selepas keluar dari Riverra Inn. Tapi ummi dah tak ingat apa nama medan selera tu... maaf lah ye. Ada banyak pilihan, dari nasi berlauk, kuih, mee goreng dan macam-macam lah. Harga berpatutan. Ummi pesan neslo. Mak oi... kaww punya neslo dan sangat sedap!! rm 1.80.

Selepas makan, masih awal lagi jadi kami pi beli tiket feri siap-siap. Petang ni dah nak balik, nanti tak adalah kelam kabut. Kami ambik tiket jam 7 malam, bot terakhir. Kalau terlepas, tak balik lah kami..

jadual feri dari langkawi ke kuala perlis

Abah telefon cikgu nak tanya pukul berapa 'game' nak mula? tapi cikgu kata nak mula dah. La... awalnya belum pukul 8 lagi. Jadi kami pun terus je ke Komplek Sukan.
Sampai sana... dah mula pun. Kubang Pasu lawan Langkawi. Terkilan lah sikit ummi tak dapat tengok dari mula. Lagi pun tadi tercari-cari, rupanya depa tukar tempat. Kelmarin main kat padang, hari ni main kat dalam court pula.

ketika team kubang pasu berlawan dengan langkawi


Cikgu dah susah hati... sebab budak-budak ni tak dilatih dalam court. Depa semua main kat padang, kawasan terbuka... tak biasa main tempat tertutup macam ni, cahaya agak kurang dan sedikit gelap.

Beberapa orang termasuk aina, terpaksa tukar kasut sebab lantai licin. Sebab tak biasa, permainan anak-anak 'tak menjadi'. Cikgu lagi susah hati.. nak buat macam mana. Tapi kalau tengok permainan, nampak langkawi lebih cekap. Tempat depa berlatih tiap-tiap hari... tak hairan lah kan.

berehat.. selepas habis permainan

Ummi tunggu hingga anak-anak selesai bermain. Keputusannya dah boleh jangka.. dah tentu lah langkawi, mereka juara dan kubang pasu dapat tempat kedua.

Dah tau keputusan, ummi dan abah dah tak tunggu aina lagi dah. Kami pi jumpa dia selepas tu dan jumpa cikgu sekali. Kami tak tunggu sebab majlis penyampaian hadiah lambat lagi dan masih ada beberapa game yang lain. Anak-anak masih tunggu di sini untuk bagi sokongan pada pasukan sekolah menengah pula.. jadi kami balik semula ke Riverra Inn. Dekat je, Lebih kurang 5 minit dah sampai.

Sementara menunggu adik dan anak menakan siap, ummi kemaskan barang. Kami keluar dan terus check out.


Kami bawa depa semua pi makan dulu, dah tengahari. Kami pi makan tempat tadi. Lagi bertambah banyak lauknya. Ummi pesan neslo lagi. Selepas makan, kami bertolak keluar. Kat kawasan ni pun ada banyak tempat penginapan.

Kami nak pi Idaman Suri. Sampai kat sana, rupanya tutup pula hari jumaat.
Jadi kami ke Komplek HIG. Bangunan baru, besar dan luas.

Kami parking kat bawah. Semasa nak masuk, cari pintu naik ke atas tak ada... oh! rupanya belum siap lagi. Abah pilih parking kat bawah tadi sebab cuaca panas. Jadi terpaksalah jalan kaki naik ke atas.

Masuk kat sini macam-macam ada. Teruja sangat. Kami pusing merata tempat kat sini. Ada coklat, makanan ringan, kain batik, tuala, beg bagasi, set pinggan mangkuk, periuk belanga non stick, pelekat peti sejuk dan segala jenis kelengkapan rumah ada kat sini.

set dari luminarc bentuk oval, cantik kan ?

foto di dalam Kompleks HIG, langkawi

barang berjenama pun banyak dan cantik-cantik
contohnya set VISIONS, CORELLE, 
harga pun cantik juga tapi mestilah lebih murah..
asyik melihat barang, ummi lupa nak ambil gambar
yang ada
cuma dua keping ni je..

tengok kat sini semua nampak cantik...

Rambang mata memilih tapi ummi beli ala kadar je... ummi beli sudu & garfu, kain batik, coklat dan kacang cerdik. Itu pun dah lebih dari rm60. Mak mentua ummi beli banyak juga barang.

Kemudian kami ke Kompleks Kraftangan Langkawi, lebih kurang 1 tengahari rasanya. Panasnya cuaca, nasib lah kereta ada a-con, kalau tidak, masak kami....

adik bergambar dengan tok dia


Masuk ke sana, ah.... lega. Sejuk lah sikit. Selepas jalan-jalan, jumpa surau. Kami singgah sembahyang dulu. Ah... lagi lega boleh basahkan muka. Kemudian kami sambung jalan balik. Ada banyak tempat menarik kat sini. Bagus bawa anak-anak mai sini.

Kat sini banyak lah gambar yang ummi ambik.

adik di gerai kraf


gerai lukisan

lukisan batik

kat tempat mencanting batik

cantik kan.. lukisan batik ni...





ni.. kat KARYANEKA
ummi beli ikan ni, sekor rm7
pelekat peti ais
lembut dan comel
dah habis ronda, masih awal lagi
jadi kami nak pi ke pantai kat depan sana


bersambung....

Khamis, 29 Ogos 2013

DIARI: Pulau Langkawi - hari 1

Bismillahirrahmanirrahim



Cherita ke Langkawi


KHAMIS, 18 APRIL 2013
Rezeki ke Langkawi ni sebenarnya tak diduga.
Dah lama ummi teringin nak pi sana. Rasanya dah 11 tahun! tak pi... lama kan..
Kali ni sampai juga ummi ke sana. Awal cadangan tu.. nak pi dengan abah dan adik saja, tapi tok jun pulak nak pi sama. Bawa biras ummi sekali, Ju dengan anaknya umairah dan sorang lagi anak sedara, achik.

Kami bertolak ke Kuala Perlis sebelum subuh dan sembahyang subuh di masjid yang berdekatan. Kami ambik tiket bot paling awal iaitu pada jam 7.00 pagi. Dewasa rm18 dan kanak-kanak rm13 .



Ini pula foto adik ketika dalam feri. Masih awal lagi...hari pun masih gelap, sampai waktunya, bot pun bertolak ke sana... Dalam perjalanan keadaan laut sangat tenang. Suasana pagi sangat mendamaikan dan perjalanan ke sana juga rilek saja.. Tak sabar nak sampai ke sana.

Sebenarnya ummi pi ni pun bersebab. Anak ummi aina, terpilih dalam pasukan bola jaring daerah Kubang Pasu dan perlawanan peringkat negeri diadakan di Kompleks Sukan di sana. Ummi pi sebagai sokongan untuk anak ummi. Supaya dia lebih berusaha.. dan cuba buat yang terbaik untuk diri dia dan pasukannya.

Aina dah pi awal lagi, hari rabu dengan cikgu dan pasukan bola jaring semua peringkat sekolah rendah dan menengah daerah Kubang Pasu. 

Sebaik tiba di sana, abah telefon tanya kereta yang telah ditempah lebih awal lagi. Ambil wira saja. Cukuplah untuk keluarga ummi yang biasa-biasa saja... sewanya rm60 sehari. Bila dah dapat kereta, kami terus masukkan barang dan bertolak ke Kompleks Sukan. Arah jalannya... dah tanya pada penyewa tadi. Jadi kami ikut peta dan sampailah ke sana... 

Mujurlah kami sempat sampai dan perlawanan sedang berlangsung. Kubang Pasu sedang berlawan dengan Pendang. Fuhh.. hebat jugak budak-budak ni bermain walaupun baru sahaja belajar main bola jaring! Ummi jumpa dengan cikgu dan cikgu kata ada tiga perlawanan yang bermula pada pagi tadi sampai petang ni.

aksi aina ketika menangkap bola

Adik dah mula buat perangai... lapar. Ya lah tadi mana dan berhenti makan jadi abah pi cari nasi bungkuih  di luar kawasan kompleks. Ada ramai orang yang berniaga katanya.. Dah dapat makan, okeylah.

Kami sekeluarga tunggu sehingga pasukan aina selesai semua perlawanan. Kasihan anak-anak ni... keletihan sebab perlawanan berlangsung dengan agak cepat dan mereka tak sempat berehat. Semua perlawanan berlangsung serentak antara sekolah rendah dan menengah. Suasana juga sangat riuh rendah.

Selepas aina dah habis, kami berehat di surau berdekatan. Ada tempat mandi... jadi boleh lah basahkan badan dengan cuaca yang sekejap panas sekejap mendung ni... Bila dah mandi lega... dan sembahyang zohor siap-siap. Selepas semua dah siap, kami pun bertolak keluar sebab aina pun dah balik ke hostel. Jalan kaki .. katanya dekat saja.

Perut pun dah mula berbunyi... kami pusing cari kedai makan. Bayangkan hampir keliling pulau cari kedai makan tapi banyak yang tutup. Sebab apa... nak tau? Kami ikut jalan belakang pulau, dan kedai banyak tutup mungkin sebab kami mai tak kena hari cuti.

Selepas isi minyak dan bertanya arah jalan, kami pun terus bertolak arah Pantai Cenang, kata orang, kat sana ada banyak kedai makan. Cari punya cari.. akhirnya jumpalah satu kedai yang kami berkenan nak makan. Kedai nasi campur. Ummi dah lupa apa nama kedainya tapi ada lah perkataan Janggus. Tempatnya bersih dan agak selesa. Disebabkan lapar, ummi lupa nak ambik gambar. Ketika sedang makan, barulah ummi perasan, ada sebatang pokok janggus yang besar kat ruang makan di kedai ni.. patut lah diletakkan nama tu... Dah selesai makan semua, ummi  bayar, lebih kurang rm42 semuanya.

Selepas tu.. kami menyeberang jalan ke gerai yang banyak di sekitar tepi jalan tadi. Macam- macam ada, segala cenderahati.., kain batik, baju t-shirt, baju renang dan lain-lain lah. Ummi tak beli pun, jalan tengok ja... Kami jalan terus melalui beberapa tempat penginapan di sekitarnya dan ummi jalan terus sampai ke tepi pantai... wow! cantiknya.. cuaca agak panas. Jadi kami hanya berehat di bawah pokok sambil menikmati udara laut sambil sembang-sembang dengan beberapa orang tempatan di situ.

Ummi tanyakan dia, ada tak tempat penginapan yang murah sikit dekat sini... jadi dia bawa kami pi tengok rumah sepupu dia. Cuma rm120 kalau tak silap ummi. Tapi kami tengok dulu.. rumahnya cantik dan selesa tapi agak jauh masuk ke dalam kampung. Ummi bagitau kat dia, kalau jadi sewa, kami mai cari dia lain. Ummi rasa macam jauh pulak nak pi Komplek Sukan dari sini walaupun dia kata cuma 15 minit saja. Dia ok saja..tapi dia pun cadang carilah kat sana dulu...

Selepas tu kami pun beredar dan ke pekan Kuah. Ada banyak jalan... jadi ikut papan tanda sajalah. Pening tengok peta. Kami tiba di Padang Matsirat, kat tempat yang ada menunjukkan sisa beras terbakar. Ada banyak gerai di sini, tapi banyak juga yang tutup, mungkin sebab tak ramai pelancong sebab sekarang ni bukan musim cuti sekolah.

Ummi beli beberapa helai t-shirt putih untuk anak-anak dan sehelai untuk cikna. Sehelai rm5 ja. Ummi belikan adik sepasang baju muslimah pilihannya berharga rm28 dan baju muslimah untuk kakak dan aina pula berharga rm25 sehelai. Ummi beli sehelai ja kain batik rm12. Adik beli kicen untuk dia dan kakaknya dan ummi ambik pelekat magnet peti ais 3 untuk rm10. Mak pun macam-macam dibelinya. Begitu juga ju dan achik.

berhampiran pintu pagar rumah inilah di tempatkan sisa beras terbakar

Selepas selesai beli barang, kami bertolak semula ke Pantai Cenang. Anak-anak nak mandi air laut. Inilah gambar yang sempat diambil ketika di sana.










Selepas mandi laut, kami tercari-cari tempat untuk anak-anak mandi air bersih di sekitar kawasan yang berdekatan, rupanya tiada kemudahan... disebabkan dah hampir waktu maghrib, kami putuskan, lapik ajelah tempat duduk anak-anak dengan surat kabar dan kain yang ada. Nanti kita singgah bersihkan diri di masjid yang berhampiran.

Abah terus memandu keluar dari pantai dan keluar mencari masjid yang agak besar (yang mungkin ada tempat untuk mandi). Akhirnya setelah mencari di sepanjang jalan, kami temui sebuah masjid yang besar dan nampak seperti masih baru. Mungkin baru beberapa tahun siap dan digunakan tapi ummi lupa apa nama masjid tu.. Subhanallah! Selepas mandikan anak-anak ( walaupun cuma dalam tandas sahaja ) kami berwuduk dan sembahyang maghrib di situ. Selesai sembahyang maghrib, imamnya membaca surah Yasin beramai-ramai. Sungguh lembut dan merdu bacaannya.... Bacaan yasin malam jumaat.

Setelah itu kami terus beredar, kami semua dah lapar, nak kena cari tempat makan pula ni..
Abah memandu sambil mencari-cari tempat makan, akhirnya kami berhenti di hadapan Langkawi Parade, ada kedai makan kat situ. Kami semua turun dan pesan makanan ala thai. Hmm, sedap juga makanan kat sini. Harga pun macam biasa ja. Bukanlah jenis kedai yang 'kapak' pelancong.

Setelah makan kami lintas jalan dan ke Langkawi Parade, cuma tinjau apa yang ada ja... ada barangan kulit, kasut dan minyak wangi di tingkat satu dan di bawah ada makanan, coklat, set barangan dapur, kristal, dan lain-lain. Kami tak sempat beli apa-apa, pasaraya dah nak tutup pula... rupanya dah hampir sepuluh malam. Kami kena keluar ikut pintu belakang sebab pintu kat atas dah tutup.

Kemudian kami cari tempat nak tidur. Kami nak pi cari tempat yang dicadangkan oleh penyewa kereta tadi. Kami ke Riverra Inn, tempat penginapan yang dekat dan mudah untuk kami ke Komplek Sukan pada esok hari. Setelah mendaftar, kami ambik bilik yang besar, ada dua katil besar di dalamnya. Cukuplah untuk kami melelapkan mata pada malam ini.....

Inilah rupa bilik yang ummi maksudkan

ada kedai makan dan kedai runcit

gambar ni ambik kat google je...

Alamatnya Lot 290, Kampung Padang Lalang, Kuah, Langkawi, Malaysia.



bersambung...