Pagi tadi ummi, abah pi hospital.
Bawa mak dan anak abang kak char dan abang chik.
Walaupun masih pagi lagi, tapi semua tempat letak kereta utama dah penuh... puas kami cari... akhirnya terpaksalah letak di bahu jalan juga. Itupun di tempat yang agak jauh.
Sampai kat atas, mak masuk dulu. Maklumlah bukan waktu melawat.
Kami yang lain tunggu kat luar ja tapi mak keluar balik, mak kata abang dah boleh keluar wad. Kak ipar tak dak. Dia pi bayar bil dan ambik ubat untuk abang. Lama juga kami tunggu.
Abah dah masuk, giliran ummi pula. Ummi masuk tak lama, kak dah balik. Misi mai terang jenis ubat yang abang kena makan dan kena beli. Abang dah buat pembedahan masukkan 'stent' kelmarin. Jadi abang kena makan ubat selama setahun tanpa putus. Kalau putus, saluran boleh tersumbat balik.
Abang balik pi kampung dengan anak kak ma. Anak-anak abang nak ikut mai tidoq di rumah ummi lagi malam ni. Cikna janji nak bawa depa pi makan roti bakaq esok kat pasar.
Inilah wad abang duduk, CRW wad pemulihan jantung di tingkat 3 bersebelahan dengan wad yang tok duduk dulu... CCW.
Blog yang mencheritakan perihal hidup diri yang biasa-biasa saja... juga perkongsian cherita perihal alam hidup kita
Memaparkan catatan dengan label Hospital Sultanah Bahiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital Sultanah Bahiyah. Papar semua catatan
Isnin, 26 Ogos 2013
Sabtu, 24 Ogos 2013
Abang pula masuk wad
Khamis 22/8/2013
Petang tadi paklang bawa anak-anak dia mai tengok tok.
Bawa tokwan sama. Lepas tu pakngah, mak dan cikna. Depa sampai berturut-turut.
Paklang bawa barang tok. Ummi bancuh susu dan bagi tok makan dengan cikna. Lepas tok makan, salin pempes pula.
Dah hampir 6.30, kami cadang dah nak balik tapi kawan cikna pula mai. Dah dekat pukul 7.00 malm. Tiba-tib kak ipar telefon kat mak, kata abang masuk wad kecemasan. Apalagi, lepas salam dengan tok, kami terus pi wad kecemasan.
Ummi tak dapat jumpa abang pun, kata kak ma, isteri kawan abang, abang pucat, tak larat dan berpeluh banyak sangat sampai kena tukar baju.
Abang dah masuk tiga bilik pemeriksaan dan doktor ambik darah.
Abang kena tahan di wad kecemasan zon kuning. Doktor syak mungkin ada masalah jantung.
Kak ipar baru sampai. Dia mai dengan kakak dia dan anak-anak.Kak ipar masuk hantar nasi pukul 9 lebih. Lepas tu sapa pun dah tak boleh masuk. Kami tunggu sampai dekat pukul 12 malam tapi masih tak ada apa-apa perkembangan. Ummi dah tak larat lagi dah nak tunggu. Mulut pun asyik menguap tak tau berapa kali dah. Cikna pun dah tak larat jugak. Kami nak balik dulu. Ummi dah pesan pada kak ipar, kalau ada apa-apa perkembangan, habaq lah.

Tok masuk wad lagi..
Bismillahirrahmanirrahim
Hari Khamis 22/8/2013Pagi tadi pukul 5, maklang hantar mesej, minta ummi dan cikna mai hospital. Tok ada kat wad kecemasan. Tok penat, badan pun bengkak, dan maklang kata dah 'lembik'. Walaupun tok baru saja balik kelmarin dulu.. tapi tok nampak kurang sihat dan terpaksalah paklang bawa tok mai hospital semula.
Ummi pula tadi baru nak makan sok, posa ganti, posa sunat syawal..
Selepas makan ummi siapkan keperluan sekolah anak-anak, gerak aina bangun, mandi dan solat subuh siap-siap. Selepas siap, 6.30 kami bertolak ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pukul 6.45 kami dah sampai, lagipun jalan lengang, cepatlah sampai sini.
Kami masuk tengok tok. Tok kena pakai gas. Tarik nafas pun nampak mengah. Lebih kurang 8.30 pagi, doktor kata nak hantar tok masuk wad 5C. Wad hari tu lah. Lepas daftar, kami pun naik atas. Wad penuh, tok diletak di bilik tambahan. Pukul 1.00 tgh, barulah tok dialihkan ke katil 16. Ummi jaga tok hari ni.
Langgan:
Catatan (Atom)