Khamis, 15 Ogos 2013

Buat kad pengenalan

Hari ni ummi dan abah bawa aina pi buat kad pengenalan.
Cikna pun nak pi jugak. Jadi kami jumpa kat kat tempat parking.
Pi pejabat pendaftaran, jumpa abang ipar dulu. Dia kerja kat sana.
Ambik borang, isi borang, semua abang yang uruskan.

Lepas selesai semua, abang ajak pi makan, abang belanja lagi..
Sambil makan tu abang duk cerita pasal Utc yang baru dibuka di Alor Setar. 10 orang kakitangan kena masuk pi sana.
Dah kurang kakitangan pula pejabat kat Anak Bukit ni, pejabat yang sentiasa sibuk ni, bertambah sibuklah jadinya.

Dah selesai makan, abang pi tengok, dia kata siap dah.
Kami tunggu kat pejabat abang ja..
Memang pun, dah siap. Kami ucapkan terima kasih pada abang, semua urusan dah selesai dalam masa tak sampai satu jam pun.
Memang cepatlah. Tak perlu tunggu lama-lama.

Ha... inilah kad pengenalan yang baru dibuat tadi.




Tiada ulasan: