Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi. Papar semua catatan

Khamis, 13 Oktober 2016

Nasi Kukus

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum wbt...                   ... 
                        jawab salam dulu...   (*.*)


Pernah buat nasi kukus tak?
Alaa... bukan macam nasi kukus kelantan tu.. bukan  bukan.
Ni nasi kukus budget. Sesuai untuk 2-3 orang makan.
Nasi kukus ni nasi putih biasa je. Macam kita masak dalam rice cooker tu,
tapi sukatannya sikit.  Contohnya kita cuma nak masak 1-2 cawan.
Maklumlah tak ramai..  alternatifnya kita buatlah nasi kukus.

Caranya?
Mudah sangat.
Mula-mula carilah bekas yang sesuai nak isi beras. Tak kisahlah bekas microwave ke.. bekas plastik taufufah ke, kaca, aluminium atau apa sahaja yang tahan panas dan boleh digunakan untuk mengukus.

Isi beras ke dalamnya dan basuh beras seperti biasa.
Sukat air pun macam biasa jugak.

Ummi bagi contoh macam kat rumah yang biasa ummi buat, ok.
Ummi sukat beras 1 cawan metrik 
(ummi tak guna penyukat beras biasa.. hihi, rasa macam kecik sangat )
masukkan ke dalam mangkuk kaca.
Basuh bersih beras tadi dan masukkan air paras 1 ruas jari. 
Sukatan ni untuk beras kedah yang biasanya beras baru dan lembut.
Beras ni kalau letak air banyak nanti ia kembang & lembik!

Isilah air secukupnya atau 3-4 mug.
Letakkan alas pengukus periuk nasi dan letaklah mangkuk tadi.
On kan periuk tadi dan biarlah dia masak sepenuhnya.
Lebih kurang 15-20 minit.

Kalau suka boleh letak sehelai daun pandan di dalam periuk tadi.
Letak juga dalam mangkuk beras tadi.
Bukan nasi je wangi dik non oii...
satu rumah bleh bau wangi aroma pandan tuh!

Tengok-tengoklah nasi tu... bila nampak dah kembang cantik,
cukup masa off kan. Angkat penutup atau tudung periuk.
Buangkan atau alirkan air wapnya. Tutup balik.
Dah siap.

Nasi yang wangi, lembut, sedap serta tidak berkerak.
Selamat menjamu selera, bismillahirrahmanirrahim...
Nyum nyum.

Tengoklah nasi kukus ummi ni, 1 cawan je.. penuh semangkuk.
Selamat mencuba.


Isnin, 19 Mei 2014

Nasi Briyani Pakistan

                                                                    بسم الله الرحمان الرحيم




Assalamualaikum wbt.
Minggu ni anak2 balik. Nak masak apa ya ?? Duk ingat nak masaklah special sikit. Disebabkan masing2 dah buntu tak tau nak makan apa, Azz cadangkan pada en h, untuk buat nasi briyani. Dah lama sangat tak masak nasi briyani tapi kali ni, nak.... juga cuba resepi baru. Asyik nak menerai aja.... lalu Azz pun seperti biasa, mengadap pakcik google lah. Tekan aja menu, banyak lah resepi yang keluar. Tengok sana sini... tengok pula blog kak Azie. Nampak cam menarik je... Nasi briyani pakistan. Hmm, tak pernah makan lagi ni.

Kak Azie kata sangat sedap!  ayat pemikat tu.... katanya lagi, kalau dah makan sikit, nak tambah lagi dan lagi.... Tengok komen orang lain pun kata sedap. Ai.. teruja juga nak mencuba. Maka pagi2 lagi dah dah ajak en h keluar mencari barang keperluan. Hari jumaat kena awal. Kalau tidak terpaksalah bersesak2... Oh! bab tu Azz tak suka. Peringatan : buah tomato kena beli banyak tau..
Ok, berbalik pada cerita nasi briyani tadi, jom tengok resepinya. Bahan-bahan tu... pandai2 lah adjust ikut keperluan kita. Saya ikut sepenuhnya langkah demi langkah yang diajar oleh kak azie. Tq kak.

NASI BRIYANI PAKISTAN
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos) -saya cuma guna beras biasa
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
1 - 2 biji tomato - potong dadu

Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.


Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.


Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. ( bab ni, nak keringkan kuah memakan masa yang  panjang )  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
* bila kita masukkan tomato dan yogurt, ia juga bererti kita menambah kandungan air di dalam masakan ini
* kena kacau sekali sekala, kalau tidak... berkerak dasar kuali 
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
* apabila kuah dah pekat dan hampir kering, mulakan proses membasuh beras dan rendam.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.


Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.


Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

langkah ni silap sikit, sepatutnya letak ayam dulu... baru letak bahan lain.
tapi saya letak juga ayam di atas bahan-bahan ni.
alamak..... dah penuh. ayam ada lagi ni..

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
* sementara menunggu nasi masak, kita boleh sediakan salad
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.



Salad
Lettuce
Tomato - saya letak tomato hijau ( yang merah dah habis... )
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper - tak letak pun,  lupa nak beli. saya gantikan dengan cili merah
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

** saya lupa pulak nak ambil gambar salad ni. Macam acar timun aja... 
   - salad yang saya buat nampak hijau belaka.
   - timun hijau, tomato merah dah habis, letak yang hijau juga, daun ketumbar / sup pun hijau
     sebab tu saya letak hirisan cili merah sikit, sebagai penyeri.
   - hmm..... rangup dan sedap juga, aroma lemon dan rasanya, saya suka.

Sos Yoghurt 
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

** yang ni saya tak buat, tak pandai makan


Jom makan....


lebihan ayam yang tak habis dimakan, saya goreng keesokannya.
wah..! berebut pula anak-anak makan, sedap!
rasa macam ayam goreng berempah.
makan pula dengan nasi panas.... memang sedaplah!!
terbaek punya...!!

Selamat Mencuba

Jumaat, 6 Disember 2013

Nasi Daging

Dengan Nama ALLAH Ya Rahman Ya Rahim

Hari ni ummi masak nasi daging. Ummi olah sendiri perencahnya. Boleh la... anak2 kata sedap, abah pun.... Sebenarnya tak bercadang pun nak makan nasi daging, perencah yang selalu ummi guna pun tak ada, dah lama habis. Pagi tadi kami sekeluarga ke Pasar Nelayan di Kubang Rotan. Kononnya nak pi cari ikan yang segar la... ingat nak buat laksa petang ni, tapi tak jadi.... ikan tak ada hari ni, tak banyak. Hargapun tinggi sikit, sekitar rm 6-8 sekilo. Temenung biasa je, bukan jenis lemak pun. Puas memikir dengan abah, apa la kita nak masak hari ni. Abah kata buat nasi daging lah. Balik nanti, singgah beli daging kat Hutan Kampung. Ada ramai orang jual daging kat sana. Sebab itu le..., maka menu pada hari ini ialah.... Nasi Daging.


NASI DAGING - boleh dimakan antara 8 - 10 orang
diolah oleh : ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan :

bahan untuk memasak nasi: ketepikan dahulu
5 / 6 cawan beras - (ikut keperluan)
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
sup daging secukupnya

bahan untuk memasak sup:
1 kg daging
1/2 " halia - dihiris kasar
1 bungkus kecil perencah sup Adabi - kalau tak suka rasa berempah guna 1/2 shj
1 tin kecil (100g) puri tomato - boleh guna separuh juga jika rempah sup dikurangkan
2 batang serai - diketuk
4 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
1/2 " halia *
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar perencah Hilal
minyak secukupnya untuk menumis
air secukupnya

Cara masak sup :
1. Potong daging pada saiz ketul sederhana. Bersihkan dan toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda * .
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga harum mewangi.
4. Masukkan perencah sup dan masukkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan puri tomato dan sedikit air lagi supaya ia cair. Terus kacau dan masak hingga didih.
6. Masukkan air anggaran 2 1/2 liter, garam dan perencah hilal. Didihkan.
7. Masukkan daging biar hingga ia didih. Renehkan api dan masak hingga daging lembut.
8. Rasa kuah sup daging tadi, secukup rasa yang anda suka.
9. Kuah sup / stok daging ini akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
10. Apabila hendak makan, potong sederhana nipis ketulan daging tadi.

Cara masak nasi :
1. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk.
2. Carikkan daun pandan dan tuang air rebusan atau sup daging tadi.
3. Sukatan airnya adalah seperti memasak nasi seperti biasa tapi lebihkan sedikit anggaran
    1/ 2  atau  3/4 cawan mengikut jenis beras ( beras baru lebih lembut ).
4. Masak pada api sederhana, kacau hingga ia rata dan tidak berketul, didihkan.
5. Masukkan gula dan kacau nasi secara berkala hingga nasi kering.
6. Tutup tudung dan kecilkan api, tanak sehingga ia masak.
7. Setelah masak, ** hati2 ketika mengangkat tudung periuk dan pastikan air wap tidak jatuh
    ke dalam nasi. Buang air wap tadi.
** supaya nasi tak mudah basi
8. Gemburkan nasi dan tutup kembali tudungnya.
9. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika masih panas bersama dengan hidangan        pelengkapnya iaitu air asam sebagai pencicah daging dan juga acar timun.


SELAMAT MENCUBA

Isnin, 22 Julai 2013

Nasi Arab

Bismillahirrahmanirrahim

Ummi tercari-cari resepi nasi arab ni. Setelah mengadap pakcik google, wah...!! banyaknya resepi nasi arab. Jadi.... ummi pilih dari blog ummiesya.blogspot.com.
Ummi mohon untuk copy paste di sini untuk mengekalkan keaslian entri ni.
Yang memudahkan ummi juga.. bila nak masak, boleh tengok kat blog je.. kan ...
Jom kita semak ... dan cuba masak!!


Nasi Arab @ Nasi Mandy
sumber ummiesya & kak noor masri



Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning( letak serbuk kunyit ajer)

Bahan utk menumis:1 sudu besar minyak sapi

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Kulit Kayu Manis n bunga lawang (add)

3 ulas bawang merah - dimayang halus (blend n mayang bwang merah,putih n halia)
1 ulas bawang putih- dimayang halus
1 in Halia (add )
2 Helai Daun Pandan Disimpul (add )
2/3Pokok Daun Ketumbar  (add )

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk



Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.


Ayam Panggang 

Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah - tengok penyediaan dlm entri sblm ni
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata:

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Gula secukup rsa aku add

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.



Kambing panggang nih lak,aku perap ngan lada itam tumbuk,cajun,dried rosemary,serbuk paprika,rempah 5spice,sos tiram,serbuk pati ayam n Lea & Pearin,pastu panggang lam pemanggang ajaib jerk..Nak kick lagi perah cikit lemon time nk mkn tuh..Hubby ckp mmg sdp sgt,heheheh..