Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Ahad, 7 Julai 2013

Bersihkan Kerang



daun ubi kayu



daun pisang

Daun ubi kayu atau daun pisang boleh digunakan untuk  membersihkan kerang.
Caranya:
  1. Ambilkan daun ubi kayu atau daun pisang ( selebar sekeping kertas A4 pun dah cukup untuk 1 kg kerang ). 
  2. Carik-carikkan daunnya. Masukkan ke dalam besen bersama-sama dengan kerang dan masukkan air secukupnya. 
  3. Sarungkan tangan dengan plastik atau sarung tangan dahulu untuk mengelakkan kuku bercalar. 
  4. Kemudian kisarkan kerang tadi dengan menggunakan tangan beberapa kali. 
  5. Setelah air kelihatan keruh, keluarkan dan masukkan air semula. 
  6. Ulang langkah tadi beberapa kali sehingga kerang kelihatan bersih dan airnya basuhannya jernih. 
  7. Kerang telah sedia untuk dimasak.

Serai pun boleh juga.
Caranya:

1. Ambil beberapa batang serai, tumbuk tetapi janganlah sampai hancur.
2. Masukkan ke dalam air rendaman kerang. Kisarkan dengan tangan.
3. Biar 10-15 minit, toskan.

Rabu, 3 Julai 2013

Sireh

Bismillahirrahmanirrahim



Sireh memang terkenal di kalangan kita orang melayu tetapi anak-anak muda sekarang, 
jangan tak tau.. nanti kang, daun kaduk pun engkau katakan daun sireh. 
Kalau tengok pokoknya, kenal lah daunnya macam mana dan juga bau daunnya.
Sireh adalah dari jenis yang memanjat.
Kegunaannya:
Seringkali kalau anak-anak atau sesiapa yang pecah penyarum ( hidung berdarah ),
ambil daunnya yang sederhana atau yang masih lembut ( tak mau yang keras / tua )
gulung atau lipat supaya menjadi kecil dan patah-patahkan sedikit daunnya,
sumbatkan aja.. kat dalam hidung. Biarkan sekejap.
Lihatlah hasilnya... sangat mujarab untuk menghentikan pendarahan.