Selasa, 10 Januari 2017

Apam Mekar Tepung Beras

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sebelum ni dah berhari-hari hujan. Turunnya siang dan malam.
Jiran sempadan sana dah banjir beberapa wilayah.
Kita yang duk kat Pekan Jitra ni, uish! risau juga.
Tawakkal je lah... 
Alhamdulillah hari ahad dan hari ni isnin, cuaca dah cerah.
Tiada lagi hujan lebat. Sidai kain pun kering. Syukur ya Allah.

Dah cuaca panas, petang-petang ni menerai resepi apam Kak Fiza, blogger terkenal jugak tuu..
Lagi pun ummi dah janji dengan adik nak buat apam.
"ummi, buat lah apam warna warni yang adik suka tuu..."
"yang kita beli kat market tu..."
Itu ayat adik. Dah banyak kali dia dok "ulang".
 
Malam tadi ummi dah tanamkan hasrat nak buat apam kesukaan adik tu, dan petang ni ummi berjaya merealisasikannya.

Ok, mai kita tulis dulu resepi ni.

Apam Mekar Tepung Beras
Sumber: Kak Fida

200g / 2 cawan tepung beras*
2 sudu teh baking powder* ayak
180g gula kastor

1 cawan susu segar/ cair/ santan
1 sudu kecil esen vanilla **-ganti sirap
pewarna

tambahan:
acuan apam merah
cawan kertas kecil

caranya:

1. Panaskan pengukus dgn api yang kecil dahulu.

2. Satukan bahan kering, tepung & gula. Kacau rata.
3.Ummi guna pati santan lebih kurang 3 sudu besar + air, jadikan 1 cawan.
3. Tuangkan santan cair dan kacau - gula larut.
4. Masukkan sirap, kacau sebati.

Sementara tu, besarkan api & biarkan ia mendidih.

5. Sediakan acuan. Letak cawan kertas di dalamnya.
Tuangkan adunan 3/4 cawan.
6. Kukus 10-15 minit mengikut saiz acuan.
7.  Bila dah masak, segera keluarkan dan sejukkan.

Memang mekaq cik dah oii... kembang seacuan!

Boleh dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam atau hidangkan begitu sahaja.

Sedap dimakan bersama secawan kopi panas! 
Sajian sarapan atau minum petang.
Layann..


*** tekak ummi ni rasa macam maniss je kuih ni.
lain kali ummi akan kurangkan sikit gulanya,
mungkin 160-165g sahaja.