Khamis, 19 Disember 2013

Ke SMKA Kedah

Pagi ni kami ke SMKAK. Buat pengesahan tawaran aina dapat masuk ke sini.
Sekejap saja dah selesai. Lega hati abah. Kami tengok2 kawasan sekolah.
Besar juga sekolah ni. Syukurlah aina dapat masuk sekolah ni.
Kami jumpa dan sembang dengan Cikgu Johari, PK Kokurikulum yang sangat baik dan ramah.
Katanya ada lima kelas baru dan bermula tahun depan 2014,
sekolah ni terpilih sebagai sekolah perintis ULUL AL BAB di bawah KPM, di negeri Kedah.

Sekali lagi, bertuahnya anak ummi.
Syukur, Alhamdulillah aina terpilih di dalam senarai Nya.
Maha  Suci Allah, segalanya terletak di dalam KeKuasaanNya.
Dia lah yang lebih berhak memilih dan menentukan rezeki setiap hambaNya.
Syukur Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalanNya kepada kami serta mempermudahkan
akan segala urusan hidup kami sekeluarga. Amee....n.

Rabu, 18 Disember 2013

Syukur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, menanti keputusan tawaran aina masuk ke tingkatan 1 
sangat mendebarkan.
Pagi tadi, setelah menunggu hingga ke jam 10 pagi,
ummi dan abah dah buka laman web KPM dan masuk ke pautan yang disediakan.
Alamak, bukan main terkejut lagi, eh...! tak bleh masuk la bah... macam mana?
ummi buka balik pautan semasa daftar dulu, disuruh masukkan angka giliran,
ummi pun masukkan je dan log masuk.
Sekali lagi terkejut, jawapannya sangat menghampakan, 
tawaran ke SMKA ditolak.
Yang terima cuma SMK Jitra sahaja.

Abah terus telefon tanya pejabat SPI Kedah. Abah minta depa tolong chek.
Abah bagitau, SMKAK adalah pilihan pertama, kenapa anak saya tak dapat?
Depa pun chek, tapi secara manual, depa kata sistem kacau.
Jawapannya.... DITERIMA.
ALHAMDULILLAH, lega hati abah.
Depa kata mungkin sebab sistem tu lah, nama belum masuk lagi.
Depa suruh abah pi ambil surat tawaran di 
SKJ, depa dah hantar 3 hari yang lepas.

Abah pun cepat2 pi sekolah. Abah kata jumpa cikgu kelas aina, Cikgu Shidah.
Cikgu ucap tahniah, dapat masuk SMKAK. 
Setelah tengok surat tawaran dengan mata sendiri, barulah abah puas hati.
Perlu buat pengesahan sebelum 24 Disember 2013.
Jadi esok pagi, nak pi sah siap2. Selesaikan apa yang penting dulu, baru hati abah tenang.

Alhamdulillah, impian abah tercapai. Abah nak sangat aina masuk ke SMKAK ni.
Syukur kepada Mu ya Allah kerana mempermudahkan urusan serta menunaikan impian
kami untuk menghantar anak2 belajar di sekolah agama. Ameen.



SEMAKAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI, KRK, KAA, SMKA DAN SABK AMBILAN JANUARI 2014

Bismillahirrahmanirrahim


Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi melalui alamat sesawang http://public.moe.gov.my dan semakan SMS dengan menaip MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>Angka Giliran UPSR (contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan SMS ke 15888. 

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia


SILA KLIK PAUTAN INI :


masukkan angka giliran anak anda
dan log masuk

Selasa, 17 Disember 2013

Subhanallah! Salji Turun di Mesir dan Baitulmaqdis

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni satu dunia heboh dengan berita salji turun di bumi Mesir, Baitulmaqdis dan
kawasan sekitarnya. Khabarnya ia baru turun setelah 112 tahun.
Ummi kongsikan gambar dan berita dari internet.



Apakah ini salah satu petanda yang Allah nak tunjukkan kepada kita ?
Dah banyak petanda kiamat yang Allah tunjukkan kepada kita...

Perubahan cuaca yang berlaku di Mesir dilihat sebagai sesuatu yang luarbiasa.
Perubahan cuaca yang ekstrim di seluruh dunia juga telah menyebabkan berlakunya banyak bencana alam.

Malaysia sendiri pun apa kurangnya.... Pahang yang tidak pernah banjir pun kini telah menerimanya, bahkan mencatat rekod banjir yang terburuk sekali di Malaysia.  Semua negeri di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan kini, telah ditimpa banjir besar. Dulu, kalau banjir kita mesti ingat pada musim tengkujuh ni, terutama pada hujung tahun, Kelantan dan Terengganu pasti akan banjir. Kini semua negeri telah telah dilimpahinya, sesiapa yang pernah merasainya akan tahu betapa perit apabila ditimpa musibah banjir.

Apakah ini musibah yang Allah turunkan kepada rakyat Malaysia? Maksiat berlaku di mana2 saja... contohnya, rancangan tv di Malaysia kini penuh dengan hiburan, artis kini sudah tidak peduli lagi etika berpakaian sopan. Pakaian artis Malaysia kini sama sahaja dengan artis di negara jiran. Budi bahasa bukan hanya pada tutur kata sahaja tetapi 'budi bahasa' juga perlu ketika berpakaian bagi menggambarkan diri kita sebagai bangsa Melayu beragama Islam. Tunjukkanlah diri kita ini adalah islam sepenuhnya, bukan hanya pada nama dan ketika menyambut hari raya sahaja.

Kita manusia, adalah makhluk Allah yang sering lupa dan lalai.... bersama2 lah kita sering mengingatkan antara satu dengan yang lain tentang diri kita yang sering lupa. Semoga ada manfaatnya....

wallahu 'a-lam

"ummi yang membebel"

Isnin, 16 Disember 2013

Agar-agar Ros Biji Selasih



Cuaca panas cam ni, makan agar-agar ke puding ke kan best!
sejuk je tekak..... 

Dulu masa kecik2, suka sangat kalau dapat makan agar2 ros ni. 
Mak masak mana ada sukat2... tapi tetap sedap dan disukai.
Tak kira tua atau muda, semua suka makan.
Agar-agar tradisional dengan haruman daun pandan.
Nyaman dan menyejukkan.


Resepi Agar-agar Ros Biji Selasih

bahan-bahan:

10g agar-agar bertali
1.3 liter air
1 cawan / 180g gula pasir
2 helai daun pandan - carikkan dan simpul
1/2 sudu besar biji selasih - bersihkan dan rendam dalam air suam
2 - 3 sudu kecil sirap ros
acuan / bekas yang sesuai

caranya:

1. Bersihkan agar2 dan masak bersama air sehingga larut.
2. Masukkan daun pandan dan gula. Masak hingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan sirap ros. Didihkan sekejap, angkat dan tapis ke dalam loyang.
4. Masukkan biji selasih dan kacau sekejap. Sejukkan.



Tips dari ummi:

 *kalau nak masukkan ke dalam acuan kecil,
-tapiskan agar2 ke dalam jag, kemudian barulah dituang
ke dalam acuan tersebut.

-sudukan biji selasih ke setiap acuan tadi.

*kalau mahukan agar2 yg lebih lembut, tambahkan sedikit air lagi
lebih kurang 1/2 cawan je.

* agar-agar juga boleh ditapis pada langkah (1).

*petua mak ummi,
kalau nak bagi agar2 kelihatan cantik berkilat,
masukkan kulit telur ketika memasak agar2 pada langkah (1).


**************

semoga menjadi panduan buat anak-anak yang baru belajar memasak


Jalan-jalan Cari Makan di Simpang Empat

Jumaat lepas bawa anak2 pi makan. Aina nak makan chicken chop. Jadi..... kenalah pi Simpang Empat, kedai yang dah banyak kali kami singgah makan. Makanan kat sini agak sedap. Jadi anak2 suka kalau singgah kat sini. Apa nama kedai ni?  alamak! ummi tak tau la... yang tau, bertentangan dengan hentian bas. Kedai ni tepi jalan utama. Kalau mai dari Alor Setar, lepas lampu trafik dan Balai Polis, di sebelah kanan jalan.

Nak makan chicken chop punya pasal,  dari Jitra abah sanggup memandu sampai sini. Pernah juga sekali tu kami mai, masa pelayan tu tanya nak makan apa?  laju je... anak2 jawab 'chicken chop' tapi lepas dia kata tak ada, semangat nak makan tadi hilang!  tanya nak makan yang lain tak?  tak mau !! , jadi? balik rumah je...  La.... macam tu ja? balik makan kat rumah?  ye, itulah anak2 ummi, susah sikit kalau bab makan ni termasuklah abahnya.... lagi sanggup beli maggi balik masak sendiri daripada makan kat tempat lain yang belum tentu rasa 'sedapnya'.

Berbalik kepada kisah tadi, mujur le kali ni ada hidangannya walaupun kami sampai hampir 8.30 malam ( lebih kurang ). Nak tengok tak macam mana rupa hidangannya? Ha... tengok gambar ni..

air kat atas tu.... jus lobak merah, jus oren 
dan barli, penyejuk badan
dan juga nasi ayam 
kami order tiga pinggan 'chicken chop'
ha.... makan sampai kenyang.
ni nasi goreng paprik, sedap !
abah, makan dulu...
kakak order maggi goreng pedas,
maggi pun nak order kak? adoi...
sumue nak makan !
menu ni pun sedap jugak
tapi masin sikit

Jumaat, 13 Disember 2013

Makan apa pagi ni?


Salam pagi jumaat sumue.....
Hari jumaat yang mulia ni, jangan lupa selawat nabi.
Selawat nabi banyak2, banyak kelebihannya.

dah sarapan ?
ummi dah.... masak nasi lemak tadi.
Jom makan.

Rabu, 11 Disember 2013

Doa Kecerdasan, Menghilangkan Malas dan Dukacita


Doa ini diajarkan oleh Rasulullah 
kepada Abu Humamah, yang sedang berdukacita kerana
banyak hutang.

Doa ini disebut sebagai doa kecerdasan dalam buku
Panduan Lengkap Solat Lelaki dan Wanita 
yang disusun oleh Ustaz Zakaria Talib,
diterbitkan oleh Pustaka Ilmi.

Sebaiknya diamalkan dalam kehidupan kita seharian 
selepas solat fardhu dan sebolehnya pada 
bila-bila masa sahaja.

Supaya dekat pergantungan kita kepada Allah,
mudah-mudahan menjadikan kita
orang yang rajin, yang tidak bermalas-malasan.
Membiarkan penyakit malas menguasai diri
sebenarnya merugikan diri kita sendiri.

Nasihat ini terutama untuk diri ummi sendiri,
mudah-mudahan bermanfaat juga untuk orang lain.
Amee.....n, Ya Robbal 'A lamee....n.


*sumber imej dan info dari internet dan buku Panduan Solat tersebut

Gulai Ikan Senangin Rempah Campuran


Hari ni ummi rasa nak makan gulai ikan.
Ummi pi  'market' dengan abah.

** biasa le... orang kampung kat Kedah ni, memang sebut 'market' , 
bukannya pasar ... macam kat tempat lain.
banyak perkataan inggeris yang telah sebati dengan masyarakat,
yang telah 'di melayu kan' **

Ok, berbalik pada cherita tadi ...
jalan punya jalan, ternampak lah orang jual ikan
yang nampak sangat 'fresh' isinya.

Tanpa pikiaq panjang, kami ambik je ikan tu,
ikan senangin yang telah siap dipotong, regenya... 
sepinggan rm10, ada le 7 ketul saiz kecik ke sedang ( bahagian ekor )
cukup le tu.. untuk kami sekeluarga.

Harga pasaran ikan senangin sekarang ni rm30 per kilo.
Kemudian kami pi cari barang lain, sayur bendi - kena beli lebih; 
anak2 suka, tomato, rempah dan santan rm2.

Ok, jom balik masak.




Bila balik rumah, rasa teringin pula nak makan gulai mamak
tapi tadi beli sebungkus je rempah.
Hm, silap lah pulak. Kalau beli lebih kan senang ?
Abah dah pi kedai tadi, dah masuk waktu kerja.
Tak pa lah, suruh aina pi beli kat kedai barang ja.

Aina dah balik, tapi dia kata cap Faiza tak dak, dia ambik Cap O.
Cap o pun, cap o lah.... 
( rempah cap o digunakan untuk masak gulai citarasa kampung )

Ada beza ka, kari mamak dengan gulai melayu ?
Ada ... mamak punya kari lebih pekat dan lebih terasa rempah
berbanding dengan 
gulai melayu, gulai kampung le...
yang lebih cair dan kurang berempah.

**Nak masak gulai ala mamak kena guna rempah sekali ganda dari gulai kampung.
Ok, jom tengok resepi..


Resepi Gulai Ikan Senangin Rempah Campuran

bahan-bahan:

6 - 7 ketul ikan senangin - bersihkan
1 cawan pati santan segar - lebih kurang la..
1 paket kecil rempah kari ikan Faiza
1 paket kecil rempah kari ikan cap O
1-2 sudu besar serbuk cili - nak tambah warna je, buka pedas pun
bendi kecil2 - agak2 le berapa banyak nak makan, 
potong tangkai dan ekornya
2 biji tomato - dipotong 4

1 1/2 ke 2 sudu besar asam jawa - ikut rasa
garam kasar
air dan minyak secukupnya
 1 tangkai daun kari - untuk hiasan

ditumbuk halus / kisar :
3-4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar saiz kecil

bahan tumis :
2 ulas bawang putih* tumbuk kasar
2-3 ulas bawang merah* ditumbuk kasar
1 sdt halba campur
2 tangkai daun kari


caranya:

1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur sehingga wangi.
Masukkan bawang tumbuk, kacau sehingga ia sedikit garing dan 
harum mewangi, masukkan daun kari.
2. Masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili dan air secukupnya.
3. Masukkan sedikit santan pekat, anggaran 3 sudu besar, 
serta sedikit garam dan masak sehingga ia pecah minyak.
Kacau selalu supaya ia tidak berkerak.

4. Masukkan air secukupnya, agak2 cukup untuk tenggelamkan
bahan lain nanti - lebih kurang 2 1/2 ke 3 cawan.
5. Masukkan bawang tumbuk dan anggaran 1/4 cawan santan, 
masak dengan api sederhana.
6. Apabila hampir didih, masukkan bendi dan didihkan sekejap.

7. Masukkan isi ikan senangin, didihkan perlahan-lahan.
8. Masukkan asam jawa ke dalam mangkuk, taburkan sedikit gula dan
 picit2 kan asam dan perah dengan hujung jari untuk mendapatkan patinya.
Tuangkan ke dalam gulai tadi.

9. Masukkan lebihan santan, tomato dan garam - jika perlu sambil
dikacau perlahan-lahan. Rasa kuah gulai anda secukup rasa.
10. Apabila gulai telah mendidih, taburkan daun kari hiasan tadi
dan tutup api.
11. Sedia untuk dihidang.


**Sedap dimakan dengan nasi putih wangi  yang dimasak sedikit lembut, yang diletakkan daun pandan ketika memasaknya. 




amacam, tergoda tak ??  gayat juga la kan ....


sedap ni......, jom makan !!

SELAMAT MENCUBA

**untuk anak2, ummi dah simpan resepi kat sini, nanti boleh rujuk**

cuba... jangan tak cuba.... rugi tau, kalau tak rasa keenakannya!
yang penting beli ikan yang 'fresh', ok. :)

--from my tab 11 /12 / 2013
--ko...., paham2 le..., kalau pos dari tab, gambar confirm besaq gedabak punya !

Isnin, 9 Disember 2013

Apam Gula Hangus


Apam Gula Hangus
sumber : koleksi resepi ummi

bahan-bahan :

1 cawan gula pasir
1 cawan air

2 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat
1 sdt soda
1 1/2 cawan tepung gandum

caranya :
1. Gula pasir dimasak dengan api perlahan sehingga perang dan larut.
2. Tuangkan air dan masak hingga gula perang larut. Sejukkan.
3. Kisar telur, marjerin, susu dan minyak selama 3 minit.
4. Masukkan soda dan kisar lagi. 
5. Masukkan air gula hangus dan tepung, kacau hingga sebati.
6. Griskan acuan dengan minyak dan kukus 45 minit.
.........................................................

Resepi kat atas ni, resepi asal tapi ummi dah olah sikit 
bahan dan caranya, sebab..... nak menghabiskan tepung yang
dah lama beli, tapi dah tak tau nak buat apa.
Asalnya tepung hongkong ni, digunakan untuk buat durian crepe.
Ada banyak lagi.... itu le, diolah jadi apam pula.
Ok, ini resepi yang ummi olah.
Kejadian apamnya tersangatlah....... lembut ! gebus gebas gitu !
walaupun rupanya tak secantik apam yang lain.


Apam Gula Hangus
diolah oleh ummiaishah2278.blogspot.com

bahan-bahan :

3/4 cawan gula pasir
1 cawan air

(A)
2 biji telur ayam gred B
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1/2 sdt ovalette

1 sdt esen vanilla
1/2 cawan minyak

1/2 sdt soda * ayak bersama
2 cawan tepung hongkong * ayak bersama

acuan lompang secukupnya - sapu minyak

caranya :

1. Masak gula dengan api perlahan hingga larut, masukkan air, 
didihkan hingga larut dan sejukkan.
2. Pukul (A) hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan minyak dan esen, pukul dengan kelajuan tinggi hingga 
adunan nampak pekat.
** 4. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung, 
pukul hingga rata dan masukkan separuh air gula hangus tadi. 
Selang-selikan hingga habis.
Pukul hingga adunan rata dan sebati.
5. Sudukan adunan separuh acuan dan kukus 7-8 minit.

**langkah no 4, 
tepung, air gula, tepung, air gula dan tepung

* kalau tak suka rasa masin (marjerin) - tak perlu masukkan

SELAMAT MENCUBA...






Sekolah Perintis ULUL AL BAB di Kedah

Sekolah Perintis

Sabtu lepas, ummi sekeluarga ke Sekolah Menengah Agama Hidayah Al Islamiah di Alor Biak, dekat je dengan rumah, 15 minit dah sampai. Hari ni semua sekolah SABK, seluruh negeri Kedah mengadakan ujian kelayakan masuk ke tingkatan satu 2014.

Ramai juga yang mai temuduga hari ni, lebih kurang 270 orang, sekolah cuma nak ambil 60 orang murid je... Ada ujian bertulis, soalan struktur, jawi dan hafazan.

Semasa anak2 masuk ujian, semua waris dijemput mendengar ceramah dari pegawai SPI, negeri Kedah. Ohh....! rupanya ada khabar yang mengejutkan!! SMA ni, terpilih sebagai sekolah perintis ULUL AL BAB, dibawah kerajaan negeri Kedah. MB sendiri pilih sekolah ni, walaupun tiada prasarana yang mencukupi, pihak sekolah dan SPI perlu juga menjalankan program ULUL AL BAB ni.

"Waris tak perlu risau" itu kata pegawai SPI. Semua depa akan uruskan, waris cuma perlu hantar anak mai sekolah saja dan WAJIB duduk di asrama sebab program bermula sebelum masuk waktu subuh.

Kata pegawai SPI tu lagi, juga terpilih sebagai sekolah perintis program ULUL AL BAB ni, tapi di bawah kerajaan persekutuan.

Khabarnya, hebat sangat program ULUL AL BAB ni, teruja semua waris yang mendengar penerangan. Ia program adaptasi dari Sekolah IMTIAAZ, Terengganu.
Anak ummi memohon masuk ke kedua-dua sekolah ni, sungguh tak sangka...


Mudah-mudahan akan berjaya nanti hendaknya, AMEE....N.

Banjir, ujian dari Allah

Jumaat, 6 Disember 2013

Nasi Daging

Dengan Nama ALLAH Ya Rahman Ya Rahim

Hari ni ummi masak nasi daging. Ummi olah sendiri perencahnya. Boleh la... anak2 kata sedap, abah pun.... Sebenarnya tak bercadang pun nak makan nasi daging, perencah yang selalu ummi guna pun tak ada, dah lama habis. Pagi tadi kami sekeluarga ke Pasar Nelayan di Kubang Rotan. Kononnya nak pi cari ikan yang segar la... ingat nak buat laksa petang ni, tapi tak jadi.... ikan tak ada hari ni, tak banyak. Hargapun tinggi sikit, sekitar rm 6-8 sekilo. Temenung biasa je, bukan jenis lemak pun. Puas memikir dengan abah, apa la kita nak masak hari ni. Abah kata buat nasi daging lah. Balik nanti, singgah beli daging kat Hutan Kampung. Ada ramai orang jual daging kat sana. Sebab itu le..., maka menu pada hari ini ialah.... Nasi Daging.


NASI DAGING - boleh dimakan antara 8 - 10 orang
diolah oleh : ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan :

bahan untuk memasak nasi: ketepikan dahulu
5 / 6 cawan beras - (ikut keperluan)
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
sup daging secukupnya

bahan untuk memasak sup:
1 kg daging
1/2 " halia - dihiris kasar
1 bungkus kecil perencah sup Adabi - kalau tak suka rasa berempah guna 1/2 shj
1 tin kecil (100g) puri tomato - boleh guna separuh juga jika rempah sup dikurangkan
2 batang serai - diketuk
4 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
1/2 " halia *
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar perencah Hilal
minyak secukupnya untuk menumis
air secukupnya

Cara masak sup :
1. Potong daging pada saiz ketul sederhana. Bersihkan dan toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda * .
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga harum mewangi.
4. Masukkan perencah sup dan masukkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan puri tomato dan sedikit air lagi supaya ia cair. Terus kacau dan masak hingga didih.
6. Masukkan air anggaran 2 1/2 liter, garam dan perencah hilal. Didihkan.
7. Masukkan daging biar hingga ia didih. Renehkan api dan masak hingga daging lembut.
8. Rasa kuah sup daging tadi, secukup rasa yang anda suka.
9. Kuah sup / stok daging ini akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
10. Apabila hendak makan, potong sederhana nipis ketulan daging tadi.

Cara masak nasi :
1. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk.
2. Carikkan daun pandan dan tuang air rebusan atau sup daging tadi.
3. Sukatan airnya adalah seperti memasak nasi seperti biasa tapi lebihkan sedikit anggaran
    1/ 2  atau  3/4 cawan mengikut jenis beras ( beras baru lebih lembut ).
4. Masak pada api sederhana, kacau hingga ia rata dan tidak berketul, didihkan.
5. Masukkan gula dan kacau nasi secara berkala hingga nasi kering.
6. Tutup tudung dan kecilkan api, tanak sehingga ia masak.
7. Setelah masak, ** hati2 ketika mengangkat tudung periuk dan pastikan air wap tidak jatuh
    ke dalam nasi. Buang air wap tadi.
** supaya nasi tak mudah basi
8. Gemburkan nasi dan tutup kembali tudungnya.
9. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika masih panas bersama dengan hidangan        pelengkapnya iaitu air asam sebagai pencicah daging dan juga acar timun.


SELAMAT MENCUBA

Khamis, 5 Disember 2013

Puding Gula Hangus

Catatan pada Rabu, 4/12/2013


PUDING GULA HANGUS

Hujan turun memanjang sejak kelmarin lagi sampailah ke petang ni, dan cuaca pun sejuk je..... tapi tekak ni terasa nak makan sesuatu lah pulak. Buat puding pun bleh jugak kan? walaupun orang lain selalu buat sesuatu yang sejuk ni untuk dimakan sewaktu cuaca panas.... hm, ummi? ummi tak kisah.... kalau dah rasa nak makan, buat je la...
Karamel atau gula hangus?  sama je..., kan. Kita melayukan namanya walaupun selalu juga orang panggil puding karamel. Istimewanya puding ni, sebab tak pakai telur. Jadi tak adalah bau telur, ye tak?
Ok, jom tengok resepi.


Resepi Puding Gula Hangus
sumber : koleksi resepi ummi

Bahan2:

Bahan A: buat gula hangus
1/2 cawan gula pasir
sedikit air - anggaran 50 ml

Masak gula pada api perlahan hingga gula hancur dan berwarna perang keemasan.
Masukkan sedikit air untuk melarutkannya dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
Ketepikan.

Bahan B:
10g agar-agar bertali
700 ml air
1/3 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung *
2 sudu besar tepung kastard *
100 ml air *
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:
1. Masak agar2 dengan 700 ml air hingga larut. Kalau rajin tapis dahulu,
    kemudian masukkan balik ke dalam periuk.
2. Masukkan gula, kacau hingga larut.
3. Masukkan susu cair, masak pada api sederhana. Kacau secara berkala hingga ia didih
    dan masukkan esen.
4. Larutkan bahan *, tapiskan ke dalam periuk. Kacau hingga ia larut, pekat dan didih.
    Tutup api.
5. Tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
6. Sejukkan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk 2-3 jam.
7. Hidangkan.

gula hangus, tuang ke dalam loyang
puding yang telah siap, sejukkan dulu...
selepas disejukkan dalam freezer, telangkupkan loyang ke dalam bekas yang lain
untuk mengeluarkan puding.

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 4 Disember 2013

Balik kampung lagi

Petang tadi ummi bawa semua anak2 balik kampung dengan cikna. Malam ni malam yang ke tiga diadakan tahlil. Kami bawa ayam panggang yang dipesan, 15 ekor ayam harganya rm270. Kami sampai pun hampir 7 mlm. Kami tolong apa yang patut sehinggalah majlis berakhir. Alhamdulillah, tertunailah pesan tok, buat tahlil untuknya selama tiga malam.

Selasa, 3 Disember 2013

Balik kampung

Petang tadi sempat ummi buat satu adunan apam. Sebahagian untuk anak2 dan anak menakan yang duk berkumpul di rumah, sebahagian lagi nak bawa balik ke kampung.
Malam ni buat tahlil. Ummi balik dengan cikna saja. Anak2 tinggal kat rumah. Malam ni ada hidangan mee rebus. Selepas semua tetamu balik, ummi tolong kemas dan basuh apa yang patut. Bukan ada sapa pun, kami sahaja.... yang ada, yang lain semuanya lelaki. Selepas siap, kami pun balik. Esok ada majlis tahlil lagi.

Isnin, 2 Disember 2013

Projek ummi pula...

Selepas anak2 siapkan projek depa, ummi pula sambung. Ummi buat apam lagi, ada tempahan dari ibu pejabat Bernas, Alor Setar.
Apam mekar ummi ni saiznya besar. Beratnya 100g ke atas setiap satu. Apam yang dah sejuk ni, boleh dipotong kepada empat bahagian. Inilah gambar sebahagian apam mekar tu.

Projek cuti sekolah

Ini projek cuti sekolah anak2, bersama dengan sepupu depa. Petang kelmarin depa keluar pi Aneka. Bila balik, dah siap beli barang. Rupa2nya anak2 ni kongsi duit beli barang nak buat pizza, pizza segera. Ha.... tengok gambar ni, habis satu paket roti gardenia. Semua pizza depa buat, walaupun simple ja, habis...! cerah semuanya. Siap pi hantar kat abah dan tok di kedai lagi. Semua boleh merasa, anak2 ni memasak.

Berita sedih dari hospital

Pagi sabtu selepas subuh..., kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita sedih...... tok dah meninggal. Dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali.
Ummi dan abah sempat melawat tok pada petang jumaat lepas, sebelum ke majlis makan2 dengan Kelab Silat UUM.
Tok dimasukkan semula ke wad pada rabu lepas. Atas sebab yang agak kritikal, tok sangat lemah. Buah pinggang tok dah rosak. Sebelah tubuh tok yang kena stroke tu... dak bengkak sangat. Tangan dan kaki kiri tok dah merening bengkak air. Tangan dan kaki kanan tok pun bengkak juga.
Pelbagai ikhtiar dilakukan.... setelah setahun tok sakit, akhirnya walaupun kami semua sayangkan tok tapi Allah lebih sayangkan hambanya. Tok telah dijemput kembali kepada Nya selepas subuh   pada hari sabtu 30 november 2013 dan telah selamat dikebumikan di perkarangan Masjid Kg Rambai, Pendang. Al Fatihah.