Memaparkan catatan dengan label tok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tok. Papar semua catatan

Isnin, 2 Disember 2013

Berita sedih dari hospital

Pagi sabtu selepas subuh..., kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita sedih...... tok dah meninggal. Dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali.
Ummi dan abah sempat melawat tok pada petang jumaat lepas, sebelum ke majlis makan2 dengan Kelab Silat UUM.
Tok dimasukkan semula ke wad pada rabu lepas. Atas sebab yang agak kritikal, tok sangat lemah. Buah pinggang tok dah rosak. Sebelah tubuh tok yang kena stroke tu... dak bengkak sangat. Tangan dan kaki kiri tok dah merening bengkak air. Tangan dan kaki kanan tok pun bengkak juga.
Pelbagai ikhtiar dilakukan.... setelah setahun tok sakit, akhirnya walaupun kami semua sayangkan tok tapi Allah lebih sayangkan hambanya. Tok telah dijemput kembali kepada Nya selepas subuh   pada hari sabtu 30 november 2013 dan telah selamat dikebumikan di perkarangan Masjid Kg Rambai, Pendang. Al Fatihah.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Tok masuk wad lagi..

Bismillahirrahmanirrahim
Hari Khamis 22/8/2013

Pagi tadi pukul 5, maklang hantar mesej, minta ummi dan cikna mai hospital. Tok ada kat wad kecemasan. Tok penat, badan pun bengkak, dan maklang kata dah 'lembik'. Walaupun tok baru saja balik kelmarin dulu.. tapi tok nampak kurang sihat dan terpaksalah paklang bawa tok mai hospital semula.

Ummi pula tadi baru nak makan sok, posa ganti, posa sunat syawal..
Selepas makan ummi siapkan keperluan sekolah anak-anak, gerak aina bangun, mandi dan solat subuh siap-siap. Selepas siap, 6.30 kami bertolak ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pukul 6.45 kami dah sampai, lagipun jalan lengang, cepatlah sampai sini.

Kami masuk tengok tok. Tok kena pakai gas. Tarik nafas pun nampak mengah. Lebih kurang 8.30 pagi, doktor kata nak hantar tok masuk wad 5C. Wad hari tu lah. Lepas daftar, kami pun naik atas. Wad penuh, tok diletak di bilik tambahan. Pukul 1.00 tgh, barulah tok dialihkan ke katil 16. Ummi jaga tok hari ni.

Isnin, 12 Ogos 2013

Hospital Sultanah Bahiyah

Assalamualaikum,
Hari ni ummi jaga tok kat hospital. Paklang hantar tok mai sini malam sabtu lepas.
Tok sakit dada, penat dan tak boleh makan. Sebab tu depa mai hantaq.
Lagipun seminggu sebelum ni, tok dah kurang sihat.
Kami bergilir jaga tok. Sejak tok sakit, macam nilah keadaannya.
Tok dah tak boleh jalan... tok sangat kurus dan nampak tak bermaya.
Tok sekarang sangat berbeza dengan tok yang dulu....
Ummi kesian sangat tengok keadaan tok.
Ini kali ketiga tok masuk wad.


tok masuk wad 5c



Umur tok dah 81 tahun.
Untuk sihat seperti dulu, mungkin tidaklah agaknya.
Bagi ummi cukuplah jika tok dapat sihat seperti sebelumnya....
Dapat makan dan minum sendiri pun dah cukup baik.
Tapi kalau dapat lebih dari itu.. Alhamdulillah.
Siapa tahu kuasa ALLAH kan?
Tapi sekarang ni tok tak dapat buat semua tu...
Doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru.
Jadi, tok dilarang makan. Bila tok minta nasi... ummi jadi serba salah.
Tok kata dia lapar... kesian kan?!
Tapi nak buat macam mana... tok hanya boleh makan susu dan air sahaja.
Itu pun melalui tiub yang dipasang dihidungnya terus ke usus.
Ummi doakan mudah-mudahan tok cepat sembuh.
Lagipun tok seorang yang kuat semangat!!
Aminn....