Memaparkan catatan dengan label Berita dari Jitra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita dari Jitra. Papar semua catatan

Sabtu, 26 April 2014

Pertandingan Silibus Silat di UUM

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni, anak-anak buah en. suami buat KLK. Hari yang sangat mendebarkan en suami, al maklumlah mengendalikan 'anak-anak' untuk menguruskan satu pertandingan silat yang agak besar, yang melibatkan ramai peserta dari pelajar sekolah sekitar daerah Kubang Pasu serta pelajar dari sekolah jemputan dari beberapa daerah yang lain. Yang hadir bukan sekadar peserta, malah guru pengiring / guru penasihat, jurulatih, para waris serta penonton serta penyokong masing-masing. Banyak hal yang perlu diurus dengan sempurna serta menuntut perhatian yang teliti. Bukan mudah baginya, untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan baik. Pertandingan ini diadakan di Dewan Bukit Kachi. Sebuah dewan yang strategik, yang berhampiran dengan segala kemudahan asas.

Berikut, sebahagian foto yang sempat diambil.









peserta sedang menunggu giliran untuk masuk ke gelanggang



ramainya....


Suasana di luar dewan. ada peserta sedang berlatih.

Dewan yang bersebelahan dengan masjid dan hampir dengan kafetaria, kemudahan asas yang penting, semua ada di sini.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Sangat menarik dan meriah.

Isnin, 9 Disember 2013

Sekolah Perintis ULUL AL BAB di Kedah

Sekolah Perintis

Sabtu lepas, ummi sekeluarga ke Sekolah Menengah Agama Hidayah Al Islamiah di Alor Biak, dekat je dengan rumah, 15 minit dah sampai. Hari ni semua sekolah SABK, seluruh negeri Kedah mengadakan ujian kelayakan masuk ke tingkatan satu 2014.

Ramai juga yang mai temuduga hari ni, lebih kurang 270 orang, sekolah cuma nak ambil 60 orang murid je... Ada ujian bertulis, soalan struktur, jawi dan hafazan.

Semasa anak2 masuk ujian, semua waris dijemput mendengar ceramah dari pegawai SPI, negeri Kedah. Ohh....! rupanya ada khabar yang mengejutkan!! SMA ni, terpilih sebagai sekolah perintis ULUL AL BAB, dibawah kerajaan negeri Kedah. MB sendiri pilih sekolah ni, walaupun tiada prasarana yang mencukupi, pihak sekolah dan SPI perlu juga menjalankan program ULUL AL BAB ni.

"Waris tak perlu risau" itu kata pegawai SPI. Semua depa akan uruskan, waris cuma perlu hantar anak mai sekolah saja dan WAJIB duduk di asrama sebab program bermula sebelum masuk waktu subuh.

Kata pegawai SPI tu lagi, juga terpilih sebagai sekolah perintis program ULUL AL BAB ni, tapi di bawah kerajaan persekutuan.

Khabarnya, hebat sangat program ULUL AL BAB ni, teruja semua waris yang mendengar penerangan. Ia program adaptasi dari Sekolah IMTIAAZ, Terengganu.
Anak ummi memohon masuk ke kedua-dua sekolah ni, sungguh tak sangka...


Mudah-mudahan akan berjaya nanti hendaknya, AMEE....N.

Selasa, 8 Oktober 2013

Berita hangat dari Jitra!! Komlpeks C-Mart yang baru, runtuh!


khabarnya runtuh pada pagi tadi....
gambar ni di ambil pada jam 10 pg.
ramai orang awam mai tengok, termasuklah ummi dan abah.
tengok dari jauh je...




dan ini berita dari KOSMO


JITRA - Sebahagian bangunan Pasar Raya C-Mart di Bandar Darul Aman di di sini runtuh awal pagi ini.
Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan memandangkan pasar raya itu beroperasi pada pukul 10 pagi.
Bahagian yang runtuh melibatkan tempat pakaian dan kasut berjenama.
Pasar raya itu beroperasi sejak 25 Julai lalu. - KOSMO!