Khamis, 29 Ogos 2013

DIARI: Pulau Langkawi - hari 1

Bismillahirrahmanirrahim



Cherita ke Langkawi


KHAMIS, 18 APRIL 2013
Rezeki ke Langkawi ni sebenarnya tak diduga.
Dah lama ummi teringin nak pi sana. Rasanya dah 11 tahun! tak pi... lama kan..
Kali ni sampai juga ummi ke sana. Awal cadangan tu.. nak pi dengan abah dan adik saja, tapi tok jun pulak nak pi sama. Bawa biras ummi sekali, Ju dengan anaknya umairah dan sorang lagi anak sedara, achik.

Kami bertolak ke Kuala Perlis sebelum subuh dan sembahyang subuh di masjid yang berdekatan. Kami ambik tiket bot paling awal iaitu pada jam 7.00 pagi. Dewasa rm18 dan kanak-kanak rm13 .



Ini pula foto adik ketika dalam feri. Masih awal lagi...hari pun masih gelap, sampai waktunya, bot pun bertolak ke sana... Dalam perjalanan keadaan laut sangat tenang. Suasana pagi sangat mendamaikan dan perjalanan ke sana juga rilek saja.. Tak sabar nak sampai ke sana.

Sebenarnya ummi pi ni pun bersebab. Anak ummi aina, terpilih dalam pasukan bola jaring daerah Kubang Pasu dan perlawanan peringkat negeri diadakan di Kompleks Sukan di sana. Ummi pi sebagai sokongan untuk anak ummi. Supaya dia lebih berusaha.. dan cuba buat yang terbaik untuk diri dia dan pasukannya.

Aina dah pi awal lagi, hari rabu dengan cikgu dan pasukan bola jaring semua peringkat sekolah rendah dan menengah daerah Kubang Pasu. 

Sebaik tiba di sana, abah telefon tanya kereta yang telah ditempah lebih awal lagi. Ambil wira saja. Cukuplah untuk keluarga ummi yang biasa-biasa saja... sewanya rm60 sehari. Bila dah dapat kereta, kami terus masukkan barang dan bertolak ke Kompleks Sukan. Arah jalannya... dah tanya pada penyewa tadi. Jadi kami ikut peta dan sampailah ke sana... 

Mujurlah kami sempat sampai dan perlawanan sedang berlangsung. Kubang Pasu sedang berlawan dengan Pendang. Fuhh.. hebat jugak budak-budak ni bermain walaupun baru sahaja belajar main bola jaring! Ummi jumpa dengan cikgu dan cikgu kata ada tiga perlawanan yang bermula pada pagi tadi sampai petang ni.

aksi aina ketika menangkap bola

Adik dah mula buat perangai... lapar. Ya lah tadi mana dan berhenti makan jadi abah pi cari nasi bungkuih  di luar kawasan kompleks. Ada ramai orang yang berniaga katanya.. Dah dapat makan, okeylah.

Kami sekeluarga tunggu sehingga pasukan aina selesai semua perlawanan. Kasihan anak-anak ni... keletihan sebab perlawanan berlangsung dengan agak cepat dan mereka tak sempat berehat. Semua perlawanan berlangsung serentak antara sekolah rendah dan menengah. Suasana juga sangat riuh rendah.

Selepas aina dah habis, kami berehat di surau berdekatan. Ada tempat mandi... jadi boleh lah basahkan badan dengan cuaca yang sekejap panas sekejap mendung ni... Bila dah mandi lega... dan sembahyang zohor siap-siap. Selepas semua dah siap, kami pun bertolak keluar sebab aina pun dah balik ke hostel. Jalan kaki .. katanya dekat saja.

Perut pun dah mula berbunyi... kami pusing cari kedai makan. Bayangkan hampir keliling pulau cari kedai makan tapi banyak yang tutup. Sebab apa... nak tau? Kami ikut jalan belakang pulau, dan kedai banyak tutup mungkin sebab kami mai tak kena hari cuti.

Selepas isi minyak dan bertanya arah jalan, kami pun terus bertolak arah Pantai Cenang, kata orang, kat sana ada banyak kedai makan. Cari punya cari.. akhirnya jumpalah satu kedai yang kami berkenan nak makan. Kedai nasi campur. Ummi dah lupa apa nama kedainya tapi ada lah perkataan Janggus. Tempatnya bersih dan agak selesa. Disebabkan lapar, ummi lupa nak ambik gambar. Ketika sedang makan, barulah ummi perasan, ada sebatang pokok janggus yang besar kat ruang makan di kedai ni.. patut lah diletakkan nama tu... Dah selesai makan semua, ummi  bayar, lebih kurang rm42 semuanya.

Selepas tu.. kami menyeberang jalan ke gerai yang banyak di sekitar tepi jalan tadi. Macam- macam ada, segala cenderahati.., kain batik, baju t-shirt, baju renang dan lain-lain lah. Ummi tak beli pun, jalan tengok ja... Kami jalan terus melalui beberapa tempat penginapan di sekitarnya dan ummi jalan terus sampai ke tepi pantai... wow! cantiknya.. cuaca agak panas. Jadi kami hanya berehat di bawah pokok sambil menikmati udara laut sambil sembang-sembang dengan beberapa orang tempatan di situ.

Ummi tanyakan dia, ada tak tempat penginapan yang murah sikit dekat sini... jadi dia bawa kami pi tengok rumah sepupu dia. Cuma rm120 kalau tak silap ummi. Tapi kami tengok dulu.. rumahnya cantik dan selesa tapi agak jauh masuk ke dalam kampung. Ummi bagitau kat dia, kalau jadi sewa, kami mai cari dia lain. Ummi rasa macam jauh pulak nak pi Komplek Sukan dari sini walaupun dia kata cuma 15 minit saja. Dia ok saja..tapi dia pun cadang carilah kat sana dulu...

Selepas tu kami pun beredar dan ke pekan Kuah. Ada banyak jalan... jadi ikut papan tanda sajalah. Pening tengok peta. Kami tiba di Padang Matsirat, kat tempat yang ada menunjukkan sisa beras terbakar. Ada banyak gerai di sini, tapi banyak juga yang tutup, mungkin sebab tak ramai pelancong sebab sekarang ni bukan musim cuti sekolah.

Ummi beli beberapa helai t-shirt putih untuk anak-anak dan sehelai untuk cikna. Sehelai rm5 ja. Ummi belikan adik sepasang baju muslimah pilihannya berharga rm28 dan baju muslimah untuk kakak dan aina pula berharga rm25 sehelai. Ummi beli sehelai ja kain batik rm12. Adik beli kicen untuk dia dan kakaknya dan ummi ambik pelekat magnet peti ais 3 untuk rm10. Mak pun macam-macam dibelinya. Begitu juga ju dan achik.

berhampiran pintu pagar rumah inilah di tempatkan sisa beras terbakar

Selepas selesai beli barang, kami bertolak semula ke Pantai Cenang. Anak-anak nak mandi air laut. Inilah gambar yang sempat diambil ketika di sana.










Selepas mandi laut, kami tercari-cari tempat untuk anak-anak mandi air bersih di sekitar kawasan yang berdekatan, rupanya tiada kemudahan... disebabkan dah hampir waktu maghrib, kami putuskan, lapik ajelah tempat duduk anak-anak dengan surat kabar dan kain yang ada. Nanti kita singgah bersihkan diri di masjid yang berhampiran.

Abah terus memandu keluar dari pantai dan keluar mencari masjid yang agak besar (yang mungkin ada tempat untuk mandi). Akhirnya setelah mencari di sepanjang jalan, kami temui sebuah masjid yang besar dan nampak seperti masih baru. Mungkin baru beberapa tahun siap dan digunakan tapi ummi lupa apa nama masjid tu.. Subhanallah! Selepas mandikan anak-anak ( walaupun cuma dalam tandas sahaja ) kami berwuduk dan sembahyang maghrib di situ. Selesai sembahyang maghrib, imamnya membaca surah Yasin beramai-ramai. Sungguh lembut dan merdu bacaannya.... Bacaan yasin malam jumaat.

Setelah itu kami terus beredar, kami semua dah lapar, nak kena cari tempat makan pula ni..
Abah memandu sambil mencari-cari tempat makan, akhirnya kami berhenti di hadapan Langkawi Parade, ada kedai makan kat situ. Kami semua turun dan pesan makanan ala thai. Hmm, sedap juga makanan kat sini. Harga pun macam biasa ja. Bukanlah jenis kedai yang 'kapak' pelancong.

Setelah makan kami lintas jalan dan ke Langkawi Parade, cuma tinjau apa yang ada ja... ada barangan kulit, kasut dan minyak wangi di tingkat satu dan di bawah ada makanan, coklat, set barangan dapur, kristal, dan lain-lain. Kami tak sempat beli apa-apa, pasaraya dah nak tutup pula... rupanya dah hampir sepuluh malam. Kami kena keluar ikut pintu belakang sebab pintu kat atas dah tutup.

Kemudian kami cari tempat nak tidur. Kami nak pi cari tempat yang dicadangkan oleh penyewa kereta tadi. Kami ke Riverra Inn, tempat penginapan yang dekat dan mudah untuk kami ke Komplek Sukan pada esok hari. Setelah mendaftar, kami ambik bilik yang besar, ada dua katil besar di dalamnya. Cukuplah untuk kami melelapkan mata pada malam ini.....

Inilah rupa bilik yang ummi maksudkan

ada kedai makan dan kedai runcit

gambar ni ambik kat google je...

Alamatnya Lot 290, Kampung Padang Lalang, Kuah, Langkawi, Malaysia.



bersambung...

Tiada ulasan: