Selasa, 27 Ogos 2013

Khasiat Bayam


KHASIAT SAYUR BAYAM


bayam hijau

Bayam mengandungi kira-kira 13 flavonoid berbeza yang berfungsi sebagai antioksidan dan juga agen antibarah. Bayam mengandungi asid amino asas, zat besi, vitamin A, Beta Karotena, vitamin K, vitamin V, mangan, potasium, magnesium, vitamin B2, asid folik dan kalsium. Selain itu, bayam juga mempunyai sumber protein, fosforus, vitamin E, zink, serat pemakanan, kumrum, selenium, niasin dan asid lemak omega 3.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Jika hidangan ini ditambah dengan sedikit jus lemon dan minyak zaitun, dikatakan kandungan vitamin C dalam jus lemon itu mampu menyerap keseluruhan jumlah zat besi daripada bayam itu setelah dimakan. Kajian yang telah dilakukan terhadap bayam juga mendapati bahawa bayam mampu mengawal kanser kolon, paru-paru dan payudara.

bayam merah

Bantu bina darah

Kandungan zat besi dalam bayam adalah amat tinggi. Maka ia amat baik untuk pesakit anemia. Dikatakan selepas bayam dimakan dan mula diserap dalam sistem tubuh, pembentukan hemoglobin dan sel-sel darah akan mula berlaku. Tidak hairanlah bayam menjadi pilihan pesakit anemia kerana ia membina darah dan mencegah serta merawat anemia.

Bayam juga amat kaya dengan kandungan vitamin A, lebih daripada sayuran hijau yang lainnya. Vitamin A merangsang pertumbuhan dan kesihatan, terutamanya pada mata. Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada masalah rabun malam. Selain itu, zeaxanthindan lutein, dua jenis karotenoid yang terdapat dalam bayam dikatakan mengurangkan risiko katarak.

bayam campuran hijau dan merah

Elak kekurangan asid folik

Disebabkan bayam juga kaya dengan sumber kalsium dan elemen alkali, maka ia dikatakan amat baik untuk mereka yang menderita masalah keasidan. Kalsium dan alkali amat perlu bagi memastikan tisu-tisu sentiasa bersih dan menyimpan kealkalian dalam darah. Pengambilan bayam juga dikatakan mampu mencegah penyakti kronik yang dicetuskan oleh membentukan terlalu banyak asid dalam sistem badan.

Vitamin C dan vitamin A dalam bayam juga bertindak sebagai antioksidan bagi memastikan kolesterol tidak mengalami pengoksidaan. Ia mampu mencegah kolesterol daripada melekat pada dinding pembuluh darah. Sebagai sumber terbaik asid folik, bayam adalah makanan bernilai untuk diambil oleh wanita, terutamanya ketika hamil. Pengambilan bayam dengan kerap, dikatakan mampu mengelakkan kekurangan asid folik.

Bayam juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi dan kandungan garam yang rendah. Komposisi meneral ini amat baik untuk pesakit darah tinggi. Kehadiran folat dalam bayam menyumbang dalam mengurangkan hipertensi dan menenangkan pembuluh darah sekaligus mengekalkan peredaran darah dengan sempurna.

Bayam juga amat baik untuk kulit. Vitamin B dalam bayam baik untuk mengekalkan kekuatan kulit dan pengambilan kerap bayam juga dikatakan mampu mengurangkan kanser kulit. Jus bayam amat sesuai diambil bagi mereka yang mengalami masalah sembelit kerana ia membersihkan usus selain memberi khasiat kepada usus.

Walaupun bayam banyak khasiatnya, namun begitu pengambilan bayam tidak sesuai kepada mereka yang menderita penyakit hepatitis, rheumatism, gastrik dan inflamasi usus atau mereka yang sedang mengamalkan diet tanpa garam. Mereka yang sedang menghadapi hepatik hanya perlu mengambilnya secara sederhana, kerana kandungan asid oksalik yang terdapat di dalam bayam.

Bagi mereka yang ingin mengambil bayam untuk tujuan perubatan, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari.

Sumber info dan imej:  http://laman-seri.blogspot.com & google

2 ulasan:

Nur haura afeeya berkata...

Slm

Nur haura afeeya berkata...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring