Isnin, 30 September 2013

FADHILAT AYAT KURSI


Bismillahirrahmanirrahim


AYAT KURSI















Tafsir Ayat Kursi


Pengenalan Ayat Kursi
Ayat yang ke 255 dari surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah.

Sejarah Ayat Kursi
Ia diturunkan pada satu malam selepas hijrah.
Turunnya diiringi oleh beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, lantaran kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka.
Kehebatannya dapat membakar serta membinasakan mereka.

Fadhilat Ayat Kursi
Antara fadhilat yang tercatat pada kitab ' Khawasul Quran' :

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang mustaqim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya serta jirannya.

3. Jika sedang marah, bacalah Ayat Kursi, insyaAllah dijauhkan dari syaitan yang memanaskan hati. Ia juga dapat menjauhi bala bencana serta gangguan syaitan.

4. Sesiapa yang membacanya secara istiqamah pada :
~setiap kali selepas solat fardhu,
~setiap pagi dan petang,
~setiap kali masuk ke dalam rumah atau ke pasar,
~setiap kali masuk ke tempat tidur dan bermusafir,
insyaAllah akan diamankan dari godaan syaitan, kejahatan pemerintah yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan binatang.
Terpelihara dirinya, keluarganya, hartanya dan rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

5. Sesiapa yang selalu membaca Ayat Kursi, dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT, sebagaimana Allah memelihara nabi Muhammad SAW.

6. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi  apabila dia berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.

7. Jika dibaca sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka memohon ampun dan mendoakan baginya.

8. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi diakhir sembahyang, Allah akan kendalikan pengambilan rohnya dan ia seperti orang yang pergi berperang bersama nabi Allah sehingga  mati syahid.

9. Ketika dibaca dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

10. Buat wanita terutama para isteri, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa dalam perjalanan ke mana-mana kecuali niat melakukan maksiat, maka dia terselamat dari segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia. Contohnya sihir,  dianiaya orang,  kecurian dan fitnah ketika diperjalanan.

11. Bagi kaum lelaki, amalkan membaca 7 kali Ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap Qul. Ada banyak hikmah serta kelebihan bagi yang mengamalkannya, insyaAllah.


Semoga kita dapat bersama-sama mengamalkannya dalam rutin kehidupan seharian 
dan mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari kelebihannya

Amin...


sumber imej : http://tafsir.gimmebucks.asia
sumber info: dari buku ' Al Quran disebalik Ayat Kursi,
pengarangnya Khairul Ghazali,
terbitan mustread sdn bhd.

Laksa Kedah

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Segala Puji-pujian UntukNya atas segala Ni'amat KurniaanNya... Amin


Assalamualaikum semua...
Kali ni ummi nak kongsi satu resepi yang biasa tapi disukai oleh keluarga ummi.
Untuk anak-anak, atau sesiapa saja boleh rujuk resepi ni.
Manalah tahu kalau-kalau suatu hari nanti teringin nak makan, boleh cuba buat 
dan ubah suaikan lah mengikut citarasa sendiri nak tambah atau kurang bahan.

Ok, hidangan ni ummi sediakan pada petang jumaat lepas, sebagai hidangan makan malam.
Lagipun ikan yang abah beli masih banyak dan cukup untuk buat kuah laksa.
Bahan-bahan lain pun dah sedia ada. Jadi... jom masak!

Resepi Laksa Kedah - resepi keluarga
by : ummiaishah2278.blogspot.com

bahan-bahan:

1 bungkus laksa @ 2 kg laksa ready made- laksa dari tepung beras
1 kilo ikan temenung (kembung) / selayang / sardin / tamban - pilih ikan segar / baru
1 mangkuk cabai kering - dipotong2, buang sedikit biji dan direbus
1 biji bawang besar @ 10 ulas bawang merah
sedikit belacan
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7-8 keping - asam keping (ikut keperluan)
garam kasar dan air secukupnya


Cara-caranya:

Langkah 1 : Merebus laksa 

1. Sebelum mula memasak kuah, rebuskan laksa tadi pada dapur yang berasingan. 
Merebus laksa memerlukan masa yang lama. Tunggu sehingga laksa lembut.



2.Untuk tahu laksa telah lembut atau tidak, ambil seurat laksa dan cuba putuskan dengan jari.
Hati-hati kerana laksa sangat panas...
Jika lembut, ia akan putus dengan mudah tetapi jika liat, ia perlu dimasak lagi.
Tapi jangan biar ia lembut terlalu lama, nanti hancur pula.



3. Setelah lembut, segera angkat dan toskan kanjinya. Masukkan air ke dalam penapis atau lalukan sahaja pada air paip untuk membuang baki kanji. Toskan semula dan biar ia menyejat.


Langkah 2: Membuat kuah 



1. Rebus ikan dengan sedikit garam @ 1 1/2 sudu besar garam kasar hingga didih dan masak. 
Sejukkan.
** rebus ikan lebih awal, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mula proses memasak kuah.

2. Asingkan isi dari tulangnya.

atau... jika anda pakar,

-setelah ikan direbus, sejukkan 20 -30 min.
-kisar ikan dengan air rebusannya dan tapis dengan penapis yang sesuai - penapis yang dapat mengasingkan isi dengan tulang ikan. 
-cara ini agak sukar dilakukan melainkan anda pakar atau telah biasa melakukannya
-jika tak pernah buat, buat cara biasa je.. lambat sikit tapi mudah dilakukan.

3. Ok, seterusnya, kisarkan isi ikan dengan air rebusan secukupnya sahaja.
Kalau air tak cukup, 'meraung' blender engkau.... tambahkan air supaya ia tak berat atau tak nak jalan. Kisar sehingga hancur tapi janganlah halus sangat... nanti tak rasa isi ikan pulak.
Masukkan ke dalam periuk.

4. Seterusnya, tengok bahan kat bawah ni, kisar semuanya.


ha... tengok, gambar selepas bahan dikisar 



5. Dah boleh mula panaskan periuk, pada api sederhana. Teruskan kerja anda dengan proses seterusnya.

6. Kisarkan tulang ikan sehingga halus dengan baki air rebusan. Jika tak cukup, tambahkan air biasa. Kemudian, tapiskan tulang dan ambil airnya sahaja. Kalau mahukan kuah yang likat, jangan masukkan air banyak sangat. Lihat dulu kepekatan kuah anda, tapi janganlah likat sangat pula..., cuma cair sedikit sahaja. Agak-agak cukup untuk isi ikan dan bahan lain nak mengembang nanti.

7. Masukkan bahan di bawah ini beserta garam kasar secukupnya, lebih kurang 2 camca besar.
Kalau tak cukup rasa nanti boleh tambah kemudian.
* simpan 1/4 bahagian lembut bunga kantan - untuk dihiris dan dicampur dengan ulam nanti


8. Setelah masukkan semua bahan, besarkan api dan tunggulah ia mendidih. 


9. Lihat kuah yang baru nak didih ni... Masa ni kata orang kedah jangan 'ralit' kena tengok, takut kuah meruap, nanti melimpah pula... kuranglah kesedapannya nanti. Jadi kena hati-hati... dan sentiasa perhatikan perkembangannya.



10. Apabila kuah telah mula mendidih, kembali  perlahankan sedikit apinya.
Biarkan ia masak sepenuhnya.


11. Lihat perubahan warna kuah. Ia berwarna sedikit merah dan seolah-olah keruh. Isi ikan pun dah kembang... Cuba rasa kuah anda. Pastikan rasa masin dan masamnya, secukup rasa - bukan terlalu masam tau! Jika perlu tambahkan apa bahan yang kurang. Jika suka, boleh masukkan bahan perasa tetapi awas! jangan masukkan gula kerana LAKSA KEDAH tiada rasa manis gula KECUALI rasa manis pada bawang dan juga kemanisan isi ikan sahaja.

12. Renehkan kuah pada api yang kecil lebih kurang 15 minit lagi. Tutup api.


Langkah 3 : Bahan pelengkap




1. Sediakan bahan pelengkap seperti di atas. 
Sebaiknya dipotong sebelum waktu makan untuk mengekalkan kesegaran bahan.
~. timun - dihiris nipis dan memanjang atau diracik halus
~. bawang besar - belah 2 dan dihiris melintang dan nipis
~. daun ulam - pilih salah satu atau boleh dicampur
   1/4 bahagian bunga kantan yang lembut, dihiris halus  - kalau tak suka tak payah letak
   dan digaul dengan daun kat bawah ni... 
   ulam raja, selom, pucuk putat, pucuk samak dan yang sewaktu dengannya
                           
~. limau nipis - dipotong 
~. untuk yang suka pedas - cabai burung atau cabai melaka



Langkah 4 :Cara menghidang 

 Masukkan laksa ke dalam mangkuk secukupnya - banyak mana nak makan la....
taburkan bahan pelengkap dan telur rebus. Curahkan kuah laksa yang panas ke atasnya. 

Perahkan sehiris limau.... harumnya...  Sedia untuk dinikmati.... kalau nak sedap lagi, tambahkan sedikit kicap pekat lemak manis. Confirm sangat enak dan nikmat....!!  
terliur juga ummi sambil dok bercherita ni.... emmm sedapnya... Jom makan!

* maaflah, gambar semasa hidang ni tak sempat nak snap
* teruih makan ja..... tak ingat dah nak ambik gambar ka apa.. maaflah ye..
* tapi korang.... mesti dah boleh bayangkan, macam mana.. kan ??
* laksa ready made bleh beli kat kedai laksa di Kuala Kedah / kat Hutan Kampung
@ buat sendiri je... guna acuan maruku yang kena pusing dengan tangan tu...

atau... mai makan je kat kedai kami...
kat Restoran Kak Jun, dekat Mini Stadium, Jitra.

Sekian,

SELAMAT MENCUBA



Ahad, 29 September 2013

Makan tengahari

Minggu ni kakak balik, jadi nak masak asam pedas kesukaan kakak. Ummi nak masak asam pedas ikan pari, tapi rupanya tak ada ikan pari pulak hari ni... jadi,  masak ikan temenung je lah.

Sebagai pelengkap, sambal belacan wajib ada, ikan goreng dan ulam timun. Yang tak ada cuma ikan tenggiri / talang masam atau gelama ja.. ummi lupa nak beli. Kalau ada.... fuh! lagi berselera lah makan.

InsyaAllah, lain kali kita makan asam pedas ikan pari.

Nak cherita...

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cherita sikit pasai line internet.
Semenjak kebelakangan ni... rasanya dah sebulan, line internet memang slow habis...
Adoi... cemuih juga dok mengadap, nak buat catatan ke blog ambik masa... nak masukkan gambar... nak edit itu ini... semuanya lambat!! memang hampeh betui.
Lagi masalah kalau buat dari tablet, gambar langsung tak boleh edit. Kalau dah masuk gambar, diletak saiz paling besar....! kekadang, pasai ni lah korang tengok blog ummi ni... eh...?? kan...
Itu le.. masalah nye.. 
Kalau line ok pun, selalunya 12 ke 6 pagi tapi kekadang tak juga... Huh! tak sanggup ummi nak menunggu selama itu.. kalau rajin sanggup tunggu juga, semata-mata nak post entry baru. Kalau tak, tak ada lah... nanti kan, bersawang pula blog ummi ni.
Ok, bye... tak nak cherita panjang-panjang, ni line tengah ok, kalau slow balik, tak ter'post' pulak.
Bye.... semua. Love u olls.

Sabtu, 28 September 2013

Puding Triffle 2

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Ummi cuba masak puding triffle, rasa teringin nak makan...
Ummi ambik resepi ni dari blog linapg.blogspot.com.
*kredit pada tuan punya blog
Inilah resepinya,

PUDING TRIFFLE

bahan-bahan:


1 biji kek gulung - ummi guna perisa pandan
1 tin buah koktel - asingkan buah dan jusnya
1 cawan tepung kastard * kena kurangkan sikit
1/2 cawan gula *           
1 tin susu cair  *
1 tin air *
1 kotak jeli kristal NONA
400 ml air
loyang atau bekas yang sesuai

caranya:
1. Potong kek 1 - 1 1/2 cm. Susun dan padatkan ke dalam bekas yang sesuai.
Basahkan kek dengan jus koktel tadi.

2. Masak bahan bertanda * dengan api kecil sehingga nampak meletup-letup dan berkilat.
Tuangkan ke atas kek tadi, ratakan dengan segera.


3. Taburkan buah koktel dan tekan sedikit supaya ia tenggelam ke dalam kastard tadi.

4. Larutkan serbuk jeli ke dalam air dan masak hingga didih.
Tuangkan perlahan-lahan ke dalam bekas tadi.


5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais.

6. Sedia untuk dimakan, bila sejuk.... enak rasanya, nyum nyumm!!


** ummi rasa sukatan tepung kastard agak banyak sebab ia cepat mengeras dan tak sempat nak ratakannya
     lain kali nak kurangkan kepada 3/4 cawan saja.
ataupun...
     mungkin ummi yang tak pantas meratakannya...



Rabu, 25 September 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat....
Allah telah permudahkan. Fb anak ummi telah berjaya dipadamkan hasil bantuan seorang hamba Allah yang baik hati sudi menolong kami sekeluarga. Katanya, tunggu tengok dalam seminggu lagi, akaun tu dah tak wujud dah. Kira tak ada lagi dah la. Alhamdulillah, syukur yang amat sangat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.... semoga Allah sentiasa merahmati hidupnya... Amin....

Ummi ni tak pandai kalau bab ber fb ni. Ummi tak minat dan juga tak pernah ambik tau sangat. Bila jadi macam ni, susah hati satu keluarga... orang yang aniaya anak ummi ni pun bukan orang lain, keluarga terdekat kami juga.

Perkara ni mula terjadi sejak dia pinjam laptop cikna beberapa minggu lepas. Laptop tu pula kami sekeluarga gunakannya. Banyak benda penting kat dalam tu. Katanya nak buat kerja sekolah. Kami ni tak kisah sangat. Adik beradik, tak ada lah nak berkira atau ingat apa-apa... rupanya dia telah salahgunakan laptop tu...

Dia ni, bila cuti sekolah selalu mai rumah. Anak ummi selalu tolong dia buat kerja sekolah. Sampai hati dia 'baling batu sembunyi tangan'. Dia ada banyak akaun fb tapi masih lagi nak guna hak orang lain. Hantar mesej pula macam-macam. Di 'edit' pula itu dan ini. Sakit hati seorang ibu bila orang mempergunakan nama anak solehah kesayangan ini. Seorang anak yang taat, lurus dan sangat baik hati. Sesekali terfikir.. apalah dosa anak ummi pada dia?

Setelah berfikir panjang, ummi berbincang dengan abah, ummi 'repot' pada mak bapak dia. Mereka patut tau apa yang anak mereka dah buat ni.
Apa pun, kini segala kekusutan telah selesai dengan terpadamnya akaun fb tersebut yang telah bertahun-tahun digunakan. Alhamdulillah. Balik nanti buat akaun baru lah kakak oi..

Sekian.


TERIMA KASIH ALLAH
atas PERTOLONGAN-MU
IHSAN-MU pada keluarga kecil kami ini......
SYUKUR kami PADA-MU, ALHAMDULILLAH
ALLAH Maha Besar, yang BERKUASA diatas segala sesuatu MILIK-NYA
Amin....

Selasa, 24 September 2013

Puding Triffle 1

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Resepi Puding Triffle

PUDING TRIFLE 

Bahan-bahan 

1 tin susu cair

1 sudu besar gula

4 sudu besar tepung kastard

1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard

½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna yg wrna hijau perisa pandan tu lg sedap!)

1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya

1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

Cara-cara :

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 

Isnin, 23 September 2013

Minum Air Cara Rasulullah


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum, kali ini saya mahu kongsikan satu peringatan mudah atau pun sunnah Rasulullah
ketika baginda meminum air. Ada beberapa perkara yang kita mungkin sudah tahu atau pun
masih lagi terlepas pandang. Saya kongsikan sedikit perkongsian yang disampaikan daripada
siaran "Fattabioni" yang mana telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang biasanya
akan disiarkan dalam saluran Al-Hijrah. 

Secara ringkasnya: Minum Cara Sunnah
  • Membaca "Basmallah" sebelum, memuji Allah selepas minum.
  • Minum duduk.
  • Minum dengan tangan kanan.
  • Minum dengan 3 nafas.
    •  Abra' (Melepaskan penyakit)
    •  Arwa' (Menghilangkan kehausan)
    •  Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
  • Minum air selepas minum susu (atau minuman yang berlemak)
  • Membaca doa selepas minum. 

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ  
 وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا 
"Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan
rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami"



  • Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.
  • Rasulullah suka minuman manis yang sejuk.
    • Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang.
  • Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk.
  • Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.
Perkara yang dibenci
  • Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.
  • Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.                       


Sumber : MINDA INSAN

Puding Roti

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Minum petang hari ni, Puding Roti dengan Teh O Panas Pudina
D

Hari ni ummi buat puding roti.
Resepi ni ummi ambil dari pakcik google,
maaflah, lupa nak salin dari mana sumbernya.

Seperti biasa, ummi cuma buat separuh adunan saja
dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri
Al maklumlah bukannya ramai sangat kat rumah ni. 
Kalau buat banyak, tak habis... kan membazir.

Jom kita tengok resepi yang ummi cuba ni..

PUDING ROTI

A
5 keping roti putih - dicarik / dipotong sesuka hati
1 cawan susu cair / segar
caranya: rendamkan roti ke dalam susu sehingga ia kembang dan meresap - 20 minit +

B
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 biji telur ( ummi guna saiz B )
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
kismis dan coklat chip - secukupnya 

caranya:
pukul sebati semua bahan
campurkan A ke B
taburkan kismis dan coklat chip
*tambahkan buah-buahan yang dihiris - jika suka
 gaul rata
bakar 30 minit pada suhu 190 c atau sehingga masak / sedikit perang

sebelum bakar
C
Sos Kastard

1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu makan tepung kastard

caranya:
masak semua di atas api sederhana sehingga didih dan sedikit pekat
tuangkan ke atas puding

gambar atas : sedang masak
gambar bawah : setelah masak

Selamat Menjamu Selera

Orang lain guna akaun fb anak ummi ?!!



Bismillahirrahmanirrahim




Ummi pi melawat anak ummi di asrama pada sabtu lepas.
Kesian... lewat ummi sampai. Mestilah tertunggu tunggu kakak kat sana.
Tapi kakak anak solehah yang baik.... dia faham sangat kenapa ummi dan abah selalu lewat terutama pada hari sabtu. 

Seperti biasa, abah ada kelas ko-k pada setiap sabtu. 
Mestilah ada banyak urusan yang nak diselesaikan walaupun waktu kelas dah habis...
ada mesyuaratlah, ada itu, ada ini... macam-macam hal lah.

Ummi bawa barang yang kakak pesan... nak makan keropok ikan katanya. 
Ummi bawa sos cili sekali. Bila dah bagi, dia buka dan terus makan. 
Kami makan sama-sama... dengan adik-adiknya sekali. 
Semua rindukan kakak... lama juga kakak tak balik. Dah tiga minggu..

Ummi hulurkan tablet, kalau-kalau kakak nak guna tapi kakak cuma nak guna telefon saja.. kakak buka akaun fb.... ummi dengar kakak tanya aina, 
kemudian kakak tanya ummi pulak.. " Ummi, pasai apa fb kakak tak bleh buka??" 
Ummi pun hairan juga.. kakak tukaq password kot? adik dia tanya..
Kakak kata.."eh, dak lah.. " beberapa kali dia cuba buka tapi masih tak berjaya.
Lepas tu kakak dah tak buat apa-apa dah. Dah lama duk di sana, 
kami pun balik sebab dah pukul 6.45 petang. Kakak nak ke dewan makan pula. 
Peluk cium dari ummi... sayang anak solehah ummi.

Kami balik dan singgah pasar malam di pekan Guar Chempedak beli apam balik yang sedap tu.
Makan atas kereta je lah, sementara nak sampai ... lapar juga ni..

Sampai kat jitra, abah singgah pasar malam sekali lagi beli laksa untuk abah dan adik.
Ummi dan aina dah kenyang.. selepas kami selesai makan, cikna baru sampai rumah. 
Dia balik kampung tengok tok.

Malam tu.. kami cuba buka fb kakak lagi... tapi masih tak berjaya.
Cikna cuba cari dan cari lagi kat fb... oh... rupa-rupanya ada orang lain gunapakai fb kakak!!
dah tukar wallpaper dan edit macam-macam !!! Geram tak??? Sangat geram!!!!!
Sanggupnya orang itu... seolah-olah cuba menganiaya anak ummi pulak!!!


Ada sesiapa ada cara dan cadangan tak, macam mana ummi nak tutup saja akaun fb ni?
sesiapa saja yang nampak post ummi ni, tolong lah ye....
tolong komen...... please....... ummi minta tolong ni...

Sekian, wassalam


Rabu, 18 September 2013

Kek Lemon

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Petang tadi rasa teringin nak makan kek. 
Bahan-bahan dah ada cuma telur je tak ada.
Ummi minta tolong anak ummi; aina pi beli telur kat kedai runcit.
 Dalam peti ais ada buah lemon. Cikna beli, kata nak buat ikan stim tapi
masih tak jalan lagi projek tu...

Jadi ummi ambik sebiji untuk buat kek.
Resepi ni ummi dapat dari blog KAK NANNIE KUZAIFAH
salah seorang blogger masakan yang hebat kat alam maya ni.
Katanya resepi ni dari Joy of baking.

Jom kita tengok resepi

KEK LEMON

bahan-bahan:
260 g tepung * diayak
2 sdk serbuk penaik * diayak
200 g gula kastor
230 g mentega - ummi pakai planta
4 biji telur saiz A
1 sdk esen vanilla
1 biji lemon - diparut kulit luar shj
**jangan parut kulit putih nanti pahit
50 ml perahan jus lemon - ikut kak nannie
( asal  60 ml jus lemon )

Caranya:
Panaskan oven 180c
Pukul gula dan mentega sehingga gebu dan ringan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. Pukul sebati.
Masukkan tepung sikit-sikit, kaup balikkkan hingga rata.
Masukkan jus lemon dan kaup balik lagi hingga sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
Bakar 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan hias mengikut kreativiti anda.


Topping Lemon Frosting

bahan: 1 cawan gula aising + 2 sdb jus lemon
caranya: gaul hingga rata dan sedia untuk disapu di atas kek

1. Ummi cuma pakai whipp cream - lebihan cikna buat durian crepe hari tu...
dan ummi taburkan coklat rice, untuk imbangkan rasa kek yang sedikit masam.
dan 
2. Ummi krimkan 1/2 cawan gula aising dengan 2 sudu makan planta.
Sapukan dan letak coklat rice juga.

Inilah hasilnya kek yang ummi buat - separuh adunan saja. Percubaan kali pertama....
tapi kak nannie punya jauh lebih cantik dan gebus lagi.. orang dah pakar le katakan!
Kalau korang nak tengok kek kak nannie, masuk je kat blog dia,
ada dalam senarai bloglist ummi.




Selamat Mencuba

TERIMA KASIH kerana sudi melawat blog ummi.


Ahad, 15 September 2013

DIARI : Balik kampung

Lepas makan kenduri di Alor Setar, kami terus balik ke kampung.
Yeh..... dah sampai.
 Gambar ni kat rumah mak. 
La ni musim orang ambik padi. 
Tapi tang ni dak lagi.
Dok hijau lagi padi tu.

Tang ni lah tempat cik jemilah suka mengai...





jom.. kita pi kacau dia...

tukang kacau no 1
tukang kacau no 2

ummi... ?? ummi pun kacau jugak!
mai dok sembang dengan kak,
dia kata " habih lari... ikan aku"
ya la... dok mengai mana bleh hingaq!!
ala.... kak ni, bukan selalu kami dok mai kacau hang..
kalau bukan kami sapa lagi nak kacau?
kan.... kan..??

tengok..kak dapat ikan la!


dah petang ni.. nak pi tengok tok pulak
jom kita pi sana 

rumah tok dekat saja dengan rumah mak
ada la lebih kurang 500 - 600 meter

ni pokok rambai

buah dah masak dan tak banyak dah sebab paklang dah sedekah kat sapa saja yang mai 
sapa nak makan buah?? tapi kena kait dulu...

ni lah rupa buah rambai
rasanya masam-masam manis
boleh makan saja isinya atau buat asam sambal belacan,
mak kata kulit buah bleh buat asam pedas
eh, sedap tu... !!

kami masuk jumpa tok
tapi tok dah tak cakap macam selalu....
tok diam ja, sepatah kita tanya, sepatah dia jawab

dah hampir maghrib, kami undur diri dulu
kami nak balik dah....

sekian

DIARI : Makan kenduri di Kedah Royal Club


Ini lah kali pertama mai sini
atas jemputan pelanggan tetap kedai kami

Kami mai dah petang, tunggu abah balik dari UUM
Abah ada kelas ko-k hari, hari pertama mula masuk kerja
jadi.... lambatlah abah balik.

Abah kata buat latihan sekali dengan budak kelab dan beberapa
orang anak buah silat dari sekolah menengah sekitar jitra
ada demo untuk budak baru, sem baru ni.

Kami sampai dah pukul 4 lebih dah
dekat kad tertulis jamuan sampai pukul 5 petang saja.

Nak masuk ke dewan, kena naik tangga 
masuk ke dalam rupanya ada lagi tangga.

Kami disambut oleh keluarga kedua belah pengantin.
Depa buat sekali.

Dah tak ramai dah, tetapi tetamu masih tak putus datangnya...
bersilih ganti.



walaupun dah petang, kami ambil juga nasi
dan nasi beriani yang kami ambil masih panas, sebab semasa 
kami sampai... pekerja katering baru saja tambahkan nasi baru

dok tengah makan pun, dok sms lagi....


pengantin yang diraikan

 sebelum balik, kami bertemu dengan pengantin 
dan keluarga kedua belah pihak


turun tangga dah....


apa pasai budak dua orang ni depangkan tangan ?


kat belakang bangunan ni, ada padang golf 
tempat Sultan Kedah, kerabat diraja serta orang kenamaan main golf


kami nak balik dah... nak balik kampung pulak

sekian

Pavlova lagi

Mini Pavlova

Assalamualaikum
Ha... tengok gambar kat atas tu.. dah menjadi PAVLOVAku...

percubaan kali kedua ni menjadi, memang syok lah, teruja dan puas hati...
( konon nak cerita kat hangpa la... bila projek menjadi... )

kali ni dah tak berani nak buat nak besaq gedabak tu dah!
kami tukaq buat kecik-kecik,
alasannya.. cepat masak! TAK mau dah dok berkampung berejam depan oven!!

dan pagi jumaat ni, mula lagi projek hari cuti..
ummi buat dengan ciknalah..

yang syoknya... betapa takut nya kami...
kami mula buat separuh adunan saja
cuma pakai 2 biji teloq. sikit kan ?

dan ni lah resepi yang kami buat

MINI PAVLOVA

:-) Langkah 1

bahan-bahan:
2 biji putih telur - guna gred B ja
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan gula aising
1/2 penutup esen vanilla

*menggunakan sukatan sudu dan cawan metrik

caranya:
dalam bekas yang bersih dan kering,
 pukul putih telur dengan kelajuan sederhana sehingga berbuih
guna kelajuan tinggi dan pukul putih telur sehingga kembang atau naik
 masukkan gula aising dan pukui sampai kental dan bertanduk
* kalau hangpa tunggang bekas, putih teloq tu tak berganjak, duk tang tu saja...

lepaih tu, hangpa buh esen vanilla, cuka dan tepung jagung
putaq sampai sebati

**kalau tak mau putaq pun tak pa, 
kalau hangpa buat banyak - 4 biji teloq,
kacau dengan senduk kayu pon boleh... bagi rata dan sebati ja..

buh dalam plastik, gunting muncung dan pamkan ke dalam cawan kertas, separuh saja tau..
sebelum tu panaskan oven dulu 150 c, 15 minit
masukkan pavlova dan ummi set 40 minit

**ikut suka la hangpa nak pakai cawan kertas mana pun
tapi.. nak peringat, pandai-pandai la hang pa set masa,
kalau saiz besaq, bakaq dulu, kalau tak masak,
tambah masa lagi..

perhatikan, selepas 20 minit ia akan berubah warna dan telah naik.
setelah cukup masa, warnanya dah cantik dan tentu dah masak sebab nipis saja

buka sedikit pintu oven dan biarkan ia sejuk


:-) Langkah 2

sediakan krim dan buah yang hangpa suka
kena guna buah masam sebab nak imbang rasa pavlova yang maneh

ummi dah sedia semuanya sejak semalam lagi
semuanya duk lam peti ais, mestilah dah sejuk

ok, meh nak habaq caranya:

1/2 cawan non dairy whipping cream - guna VALUE PRIDE

putaq krim sampai bertanduk dan kental macam putih teloq tadi
ummi suka jenama ni sebab tak perlu tambah gula - dah rasa manis 
dan sedap - rasa macam aiskrim vanilla

simpan dalam peti ais
**jangan biaq lama, nanti dia jadi lembik, cair
teruih simpan


ha.. macam ni lah rupa kotak krim
beli di kedai kek HL, depan SMSAH kat Jenan, Jitra
kat kedai kek tempat lain pun ada
kat pasaraya tak dak


:-) Langkah 3

dan buah yang ummi guna,
buah kiwi - lebih buat jus hari tu
strawberi, epal hijau dan oren 

kupas, potong kecik-kecik, simpan dalam peti ais - sejukkan la


:-) Langkah 4

keluarkan buah dan krim dari peti ais

ni nak mula deko mini pavlova dah ni...
step ni memang best lah!
aina pun teruja nak buat
macam nak main masak-masak
rasa macam perangai budak-budak pulak!  eh?? ya ka?

hangpa buatlah tengok
tau lah rasa teruja tu macam mana...

ok kita mula

ambik sebiji, ratakan krim diatasnya
wei... buh agak-agak la.. pavlova tu.. ciput ja
kemudian letakkan buah-buahan tadi sebanyak yang hangpa suka..
siap

eh ! eh ! tunggu sat 
amboi hangpa... buat la perabih dulu.. dak pun tambah la beberapa cup lagi
sat gi la makan..


:-) Langkah 5

dah siap semua

JOM! KITA MAKAN

ummi pun.. dah siap deko, kami pakat makan ramai-ramai
ha... kali ni memang sedap dan tak manis sangat
SEIMBANG 

kami tak simpan dalam peti ais dah sebab buah dan krim tadi memang sejuk
dan lapisan yang dibakar tadi sedap dan rangup

apalagi... kepada yang tak pernah cuba masak pavlova ni
dan dok beli saja
apa kata hangpa pi beli barang dan 
cuba try tengok!

SELAMAT MENCUBA