Isnin, 26 Ogos 2013

DIARI: Abang dah boleh balik

Pagi tadi ummi, abah pi hospital.
Bawa mak dan anak abang kak char dan abang chik.
Walaupun masih pagi lagi, tapi semua tempat letak kereta utama dah penuh... puas kami cari... akhirnya terpaksalah letak di bahu jalan juga. Itupun di tempat yang agak jauh.
Sampai kat atas, mak masuk dulu. Maklumlah bukan waktu melawat.
Kami yang lain tunggu kat luar ja tapi mak keluar balik, mak kata abang dah boleh keluar wad. Kak ipar tak dak. Dia pi bayar bil dan ambik ubat untuk abang. Lama juga kami tunggu.
Abah dah masuk, giliran ummi pula. Ummi masuk tak lama, kak dah balik. Misi mai terang jenis ubat yang abang kena makan dan kena beli. Abang dah buat pembedahan masukkan 'stent' kelmarin. Jadi abang kena makan ubat selama setahun tanpa putus. Kalau putus, saluran boleh tersumbat balik.
Abang balik pi kampung dengan anak kak ma. Anak-anak abang nak ikut mai tidoq di rumah ummi lagi malam ni. Cikna janji nak bawa depa pi makan roti bakaq esok kat pasar.
Inilah wad abang duduk, CRW wad pemulihan jantung di tingkat 3 bersebelahan dengan wad yang tok duduk dulu... CCW.

Tiada ulasan: