Rabu, 26 Oktober 2016

Doa elak fitnah dajjal

Bismillahirrahmanirrahim




Homemade Chicken Nugget

Brownies ~ simple tapi sedapp!

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Allah  Allah  Subhanallah.

Nampak brownies yang ummi buat tu..
Hiasan memang ke laut lah. Versi kacau-kacau & campak-campak ja..
tapi Subhanallah, simple tapi sedap.

Baru belajar mem'baking' pon boleh buat.
Senang yang amat. 40 minit jer... dah boleh makan. Caya tak? hihi...

Resepi ni ummi dapat dari fb Sally Mally.
Terima kasih dik, sudi kongsi resepi.
Akak mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Jom! tengok resepi.


Resepi yang ummi buat ada sedikit perubahan.
Ummi salah tengok. 1 sdt soda tu.. ummi tersalah ambil botol.
Ummi dah 'terambik' botol baking powder.
Siap sukat, campak terus dalam tepung.
Bila nak tengok bahan seterusnya, terperasan!
Alamak! dah salah laa..
Ummi masukkan juga soda tapi cuma 1/2 sdt sahaja.
Dalam hati dok ingat, jadi kek laa.. brownies ummi buat nih.
Tak pa.. teruskan aja.

Sehubungan dengan kesalahan itu,
ummi dah ubah cara dari resepi asal. 'durhaka' kih..kih..
Maap le dik Sally Mally ye..

Ummi satukan bahan kering, gaul & ayak.
Tepung, baking powder, soda, garam & serbuk koko.
Ketepikan.
Satukan pula bahan basah.
Susu fullcream, minyak dan gula.
'durhaka' lagi.
(Ummi gantikan dengan brown sugar)
Kacau dengan whisk - gula larut & sebati.

Sementara tu, panaskan oven dulu 10 min, 150 C.

Masukkan bahan ayak tadi & whiskkan - sebati.
Siap. Tuang ke dalam loyang telah di gris & di alas.
Ummi taburkan kepingan badam dan chia seeds.
Bakar 20 minit.

Nampak macam badam tak berapa garing.
Ummi naikkan suhu 160 C dan bakar lagi 5 minit.
Alhamdulillah dah cantik.
Keluarkan, letak atas redai. Biarkan sekejap.
Ummi potong dan rasa sikit. Hmm.. sedap tapi kurang manis sikit.
Bagi ummi rasa ni dah ok sebab ummi tak suka manis-manis sangat.
tapi.. demi memikirkan orang lain pun nak makan juga
maka sepantas itu ummi ambil coklat bar beryls dan parutkan.

Nak cepat, ummi guna pisau buang kulit ubi tu.. hmm, 
sat jaa... tabur terus atas kek brownies yang masih panas tadi. Siap.

Bila suap ke mulut... uii sedap!
Gabungan rasa coklat beserta badam yang rangup berlemak ditambah pula keenakan coklat beryls... hmm.. sehingga menjilat jari.
Lepas satu nak satu lagi & lagi & lagi... lagi.

Cukup lah tuu... Kenyang. Alhamdulillah.

Menarik resepi ni. Ummi suka. Boleh dipelbagaikan lagi.
InsyaAllah nanti ummi cuba resepi yang ori, ok.


Cuba tau  *.*
Sekian. Wassalam.

Khamis, 13 Oktober 2016

Nasi Kukus

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum wbt...                   ... 
                        jawab salam dulu...   (*.*)


Pernah buat nasi kukus tak?
Alaa... bukan macam nasi kukus kelantan tu.. bukan  bukan.
Ni nasi kukus budget. Sesuai untuk 2-3 orang makan.
Nasi kukus ni nasi putih biasa je. Macam kita masak dalam rice cooker tu,
tapi sukatannya sikit.  Contohnya kita cuma nak masak 1-2 cawan.
Maklumlah tak ramai..  alternatifnya kita buatlah nasi kukus.

Caranya?
Mudah sangat.
Mula-mula carilah bekas yang sesuai nak isi beras. Tak kisahlah bekas microwave ke.. bekas plastik taufufah ke, kaca, aluminium atau apa sahaja yang tahan panas dan boleh digunakan untuk mengukus.

Isi beras ke dalamnya dan basuh beras seperti biasa.
Sukat air pun macam biasa jugak.

Ummi bagi contoh macam kat rumah yang biasa ummi buat, ok.
Ummi sukat beras 1 cawan metrik 
(ummi tak guna penyukat beras biasa.. hihi, rasa macam kecik sangat )
masukkan ke dalam mangkuk kaca.
Basuh bersih beras tadi dan masukkan air paras 1 ruas jari. 
Sukatan ni untuk beras kedah yang biasanya beras baru dan lembut.
Beras ni kalau letak air banyak nanti ia kembang & lembik!

Isilah air secukupnya atau 3-4 mug.
Letakkan alas pengukus periuk nasi dan letaklah mangkuk tadi.
On kan periuk tadi dan biarlah dia masak sepenuhnya.
Lebih kurang 15-20 minit.

Kalau suka boleh letak sehelai daun pandan di dalam periuk tadi.
Letak juga dalam mangkuk beras tadi.
Bukan nasi je wangi dik non oii...
satu rumah bleh bau wangi aroma pandan tuh!

Tengok-tengoklah nasi tu... bila nampak dah kembang cantik,
cukup masa off kan. Angkat penutup atau tudung periuk.
Buangkan atau alirkan air wapnya. Tutup balik.
Dah siap.

Nasi yang wangi, lembut, sedap serta tidak berkerak.
Selamat menjamu selera, bismillahirrahmanirrahim...
Nyum nyum.

Tengoklah nasi kukus ummi ni, 1 cawan je.. penuh semangkuk.
Selamat mencuba.