Isnin, 19 Ogos 2013

Kueteow Goreng


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Hari ni ummi nak bagi resepi KUETEOW GORENG

Sebelum tu, ummi nak cherita sikit.
Lepas hantar kakak masuk ke asrama kami sekeluarga nak pi rumah abang.
 Ummi singgah beli bahan masak kat pasar malam di Pekan Guar Chempedak.
Cadang tu nak pi masak di rumah abang. Takkan nak pi saja kot... mestilah nak bawak buah tangan sikit.
Lepas beli barang kami bertolak ke rumah abang wahab di Gurun.

Bila dah hampir sampai, barulah ummi tel abang, bagitau pi rumah dia.
Ingatkan abang ada di rumah, rupanya abang balik kenduri di kampung tadi tak balik mai rumah lagi.
 Abah bawa radio yang abang minta tolong hantar pi kedai mekanik hari tu.
Radio tu tak ada sparepart, jadi mekanik tu tak buatlah.
Abah tinggalkan radio tu dekat pagar rumah abang.
Nak tunggu abang balik, lambat..... abang duk rumah kawan dia kat Alor Setar....
 Jauh juga dari Alor Setar nak balik ke Gurun.

Jadi... kami terus balik.
Abah memandu, 45 minit barulah sampai rumah.
Barang-barang beli tadi, masak kat rumah je lah.

senang je nak masak
penyediaan bahannya ringkas
tapi rasanya sedap
memikat selera

Jom semak resepinya...

*gambar ni ummi ambik selepas makan, kueteow pun dah sejuk... jadi dah nampak kering 
lagipun ini je la... baki yang tinggal


KUETEOW GORENG
Oleh: ummiaishah2278.blogspot.com

Penyediaan Bahan-Bahannya:


sambal cabai kering
A - bahan sambal:
1 genggam cabai kering ( anggaran ) - dipotong, buang sebahagian biji dan direbus
*kurangkan cabai kalau tak suka pedas
sedikit belacan, garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah - cap bintang (gulanya bersih dan tidak berpasir)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 senduk minyak

Caranya:
kisar sehingga halus - cabai kering, belacan dan 1 ulas bawang merah dengan air secukupnya.
tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih
panaskan kuali dan masukkan minyak
tumiskan bawang tumbuk tadi sehingga harum dan sedikit garing.

masukkan bahan kisar tadi.
didihkan dan masak dengan api sederhana
sesekali kacau sambal supaya ia tidak berkerak
apabila sambal kering sedikit airnya,
masukkan gula pasirdan gula merah serta sedikit garam kasar
masak sehingga sambal kering dan pecah minyak

* kalau nak cepat, sambal @ pes ini boleh disediakan lebih awal
simpan dalam peti sejuk
bila nak guna, hanya tumiskan bawang dan masukkan air untuk melembutkannya
sedia untuk dimasak

B - bahan masakan:
(untuk 8 - 10 orang makan)
2 bungkus kueteow
1 ikat daun kucai - dibasuh, dipotong anggaran 1 inci panjang
sedikit tauge - 50 sen ja
4 keping kek ikan - dipotong nipis
2 sudu makan sos tiram kimball
 1/2 cawan sos cili kimball
 1/2 cawan kicap manis adabi
kicap pekat maju
gula dan garam
air secukupnya

3/4 cawan udang kepal / geragau - dibasuh dan direndam dengan sedikit air sehingga kembang - kisar halus

bahan sos dan kicap yang ummi gunakan

Caranya:
Setelah sambal tadi masak, perlahankan sedikit api dan masukkan sos tiram.
Kacau sekejap supaya ia wangi.
Masukkan udang yang dikisar tadi. Didihkan. Masak dengan api sederhana.

Masukkan sos cili, kicap manis adabi dan kicap pekat secukupnya.
Masukkan air anggaran 2 cawan atau sehingga boleh tenggelamkan kueteow nanti.
Didihkan dan rasa kuah yang dimasak.
Jika perlu tambahkan sedikit gula untuk kurangkan pedas
dan sedikit garam
Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda tapi sedikit masin
** sebab kueteow kan tawar / tiada rasa

Perlahankan sedikit api dan masukkan kueteow, kucai dan kek ikan
kacau hingga rata.
Pastikan kuah sambal menutupi semua.
Kacau dan balik-balikkan kueteow anda.
Apabila kuah telah meresap sedikit ke dalam kueteow,
 (masih berkuah atau basah lagi) masukkan tauge dan kacau hingga rata.
Padamkan api.

Hidangkan panas-panas ketika masih basah dengan sambal kicap cili padi atau jeruk cili.
Rasa udangnya enak dan berbeza dari kueteow goreng biasa.
*Kueteow ini akan kering apabila ia telah sejuk

* ummi rasa kan, kueteow goreng ni, kalau dipecahkan telur... 
sebelum masukkan tauge
boleh jadi char kueteow ni..

C - sambal kicap cili padi



1 genggam cili padi - dipotong kecil
1 ulas bawang merah - didadu halus
1 biji limau nipis
kicap manis adabi
kicap pekat maju

Caranya:
Masukkan cili padi dan bawang ke dalam mangkuk.
Perahkan limau nipis dan masukkan kicap secukup rasa.
Hidangkan dengan kueteow goreng tadi.

SELAMAT MENCUBA...

Pesan Ummi:
memasak memerlukan sedikit kreativiti,
 minat dan keberanian untuk mencuba
dan sesuaikan mengikut citarasa kita sendiri

paling membahagiakan 
apabila air tangan kita disukai
oleh ahli keluarga atau
oleh orang-orang yang kita sayangi
yang selalu berada dekat dengan kita
di sisi kita...
di hati kita...


Tiada ulasan: