Selasa, 27 Mei 2014

Jom makan buah pelam

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وباركاته.

Perasan tak sekarang ni musim buah mempelam? Pokok dekat rumah Azz banyak betul buahnya. Tahun ni, Azz tengok, pokok pelam kat mana-mana pun lebat berbuah. Selepas kemarau panjang, hujan pun turun agak lebat dan kerap, pokok buah-buahan jadi subur. Bila keluar jalan-jalan, tengok buah pelam, rasa teruja macam nak tanam je pokok pelam banyak-banyak. Suka... tau.

Duk tengok buah pelam kat rumah, nampak macam dah matang. Azz ajak anak dan anak buah kait buahnya. Sebenarnya dah banyak kali kait dan peram dahulu sehingga buah masak. Azz suka makan buah masak. Suami dan anak-anak pula suka makan buah yang telah disejukkan dalam peti ais. Bila menelan... nyaman gitu, sedap!


jangan lah dok tanya pelam jenis apa...
Namanya tak tau, yang tau makan je..... he he..

lima biji tu, muat satu kaserol ni

sedap ni....
Jom makan


Tiada ulasan: