Isnin, 19 Mei 2014

Kek Minyak Mini yang sedap dan gebus

بسم الله الرحمان الرحيم




Assalamualaikum wbt.
Kek minyak lagi ?? hmm... lagi-lagi kek minyak. Dah macam menu wajib pulak pada setiap kali anak-2 nak balik ke asrama, itulah bekal yang nak dibawa. Anak-anak makan ala kadar je... dah biasa tapi KAWAN-KAWAN yang suka sangat.... Pasai tu lah yang selalu bawa. Disebabkan resepi ni sangat mudah dan rasanya pun sedap, Azz pelbagaikan penampilan kek ni.
Dah macam2 variasi Azz buat. Yang terkini, versi kek cawan.  Setelah divariasikan rasa, Azz ada tips. Kalau esen vanilla digantikan dengan emulco, kena kurangkan sikit sukatan susu atau gula. Biasanya Azz kurangkan susu sebab ia agak manis.
Kali ni Azz tukarkan sukatan cawan kepada timbangan. Bagi Azz, ia lebih mudah. Jom tengok resepi yang dah diubah suai mengikut selera keluarga kami. Terima kasih pada tuan punya resepi ni. Semoga Allah tambahkan rezeki pada mereka sekeluarga. Amin.

Kek Minyak - resepi asal
sumber :  www.myresipi.com- marsha mohamed


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
5 biji telur
1 cwn minyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor
2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna

Cara-cara:


1. Ayak tepung + baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula, ovalet smpai gebu.
3. Masukkan susu pekat + esen. Masukkan minyak dan pukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul smpai sebati.
5. Bahagikan ikut pewarna. Selang selikan adunan dlm loyang sampai abis.
6. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak.


*****************************************************

Ini pula resepi yang telah saya olah. Ada sedikit sukatan yang berbeza berbanding resepi yang diolah sebelum ni. Tapi jangan bimbang, rasanya tetap sedap dan gebus!
Perisa dan pewarna tu cuma pilihan. Letak aja apa yang kita suka.
Kalau letak esen vanilla saja pun ok, ikut resepi asal - 1 sdt esen vanilla dan warnakan.


Kek Minyak Mini - + 38 kek cawan saiz sederhana
diolah oleh: aisyahaz-zahra2278.blogspot.com

bahan-bahan:
240g / 2 cawan tepung gandum * diayak bersama
          1 sdt serbuk penaik * diayak bersama
          5 biji telur - saya guna gred A
          1 sdb ovalette
 80 g / 1/2 cawan gula kastor
170g / 3/4 cawan susu pekat - jenama SAJI
125g / 3/4 cawan minyak 
          1/2 sdt esen vanilla 
          1/2 sdt strawberry emulco + sedikit pewarna pink
          1/2 sdt blueberry emulco + sedikit pewarna ungu
          1 sdt jus lemon + sedikit pewarna kuning + sedikit parutan kulit lemon


caranya:
1. Pukul gula, telur dan ovalette dengan kelajuan tinggi hingga kembang & putih.
2. Masukkan susu pekat & pukul lagi hingga kembang & naik.
3. Masukkan minyak, pukul hingga rata.
4. Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan.
 * saya bahagikan kepada 4 bahagian dan 
    bahagian untuk esen vanilla dilebihkan / banyak sedikit dari yang lain
6. Sediakan acuan kertas. Sudukan adunan vanilla dahulu dan sudukan adunan berperisa lain 
    ke atasnya. Isikan 3/4 cawan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 - 180 c, selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
    ** atau ikut suhu oven masing-masing ya...
8. Angkat dan sejukkan diatas redai.




SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: