بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Makan apa tengahari tadi ? masak... ? kalau dah surirumah, mesti selalu masak kan... macam Azz, walau tengahari cuma makan berdua dengan anak bongsu yang baru balik dari sekolah. Azz masak juga. Kekadang je beli.
Bila cuma dua mulut saja yang nak disuap, hai.... kekadang tu buntu tak tau nak masak apa. Adik... makan ayam goreng setiap hari pun tak pa.. tapi umminya? jemu la dok makan makanan yang sama hampir setiap hari.
Sayur Tauge Goreng Campur
untuk hidangan 2-3 orang makan
bahan:
1 mangkuk kecil sayur tauge
3 inci lobak merah
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 keping fish cake - dipotong
sedikit garam, gula & serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
minyak
caranya:
1. bersihkan sayur. hiris sederhana nipis lobak merah dan dipotong kecil memanjang - macam taugeh la..
2. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga harum. masak dengan api sederhana saja.
3. masukkan hirisan lobak merah, fish cake dan sedikit serbuk kunyit. goreng sekejap.
4. masukkan tauge, cili merah, garam dan sedikit gula sebagai pembangkit rasa.
Kacau hingga rata. masak sekejap sahaja dan tutup api sebelum tauge layu.
tips:
- ketika membeli, pilih tauge yang pendek dan gemuk. ia lebih rangup.
- sayur tauge lebih elok dimasak ketika hampir waktu menghidang makanan.
- makan ketika ia masih panas atau selepas kita memasaknya.
- sayur tauge juga lebih enak dimakan ketika ia masih rangup atau tidak terlalu masak.
- jika terlebih masak, sayur ini akan layu, berair dan juga terasa liat ketika dikunyah.
hidangan tengahari ni, simple. cukup untuk dua orang makan. makan dengan nasi panas dan sambal belacan. ya ampun.... sedap. ikan talang masin yang gebu tu sangat sedap!!, pembuka selera makan tu... |
Berikut sedikit info sayur tauge
Khasiat Sayur Tauge
Sayur tauge, sayur biasa yang mempunyai khasiat luarbiasa.
Berasal daripada kacang hijau yang bercambah, tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein dan fitokimia.
Antara khasiatnya:
- Berkesan untuk proses pencernaan kerana mengandungi banyak air dan serat.
- Ia juga dikatakan mampu menyumbang kepada tahap kesuburan lelaki dan wanita.
- ia mengandungi bahan yang dikatakan mampu menghalang sel kanser, usus besar, pankreas
- Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Bukan itu sahaja, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis. Estrogen yang terdapat di dalam tauge ini dapat meningkatkan kepadatan, susunan tulang dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
- Bagi golongan wanita, pengambilan tauge yang kerap dalam menu seharian dapat membantu mereka terhindar daripada kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopos dan gangguan akibat menopos.
- Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA dan perlindungan ini membuatkan anda mampu mempertahankan awet muda.
sumber: http://sihatceria.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan