Selasa, 1 Julai 2014

Resepi Qasidah Klasik dari Kedah yang sedap dan lembut...

 Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Qasidah

- versi 'tamak' bawang...




Assalamualaikum sahabat semua.... Marhaban Ya Ramadan.
Alhamdulillah, sejak hari pertama puasa Allah limpahkan rahmatNya kepada kita.
Hujan turun sepanjang hari hinggalah ke hari kedua dan  hari ke tiga puasa. Allah sejukkan suasana...
Syukur Alhamdulillah. Indahnya Ramadan ini, dipenuhi dengan berkat serta limpahan rahmatNya.
Semoga Allah panjangkan umur kita, dapat melaluinya dengan sempurna.


Alhamdulillah, melalui ramadan ada menu tertentu yang khusus dan biasa dihidangkan. Antaranya menu yang akan Azz tampilkan ini memang sinonim dengan bulan puasa ni iaitu Qasidah. Sejenis kuih lembut yang lemak manis dan kaya dengan haruman bawang goreng.

Biasanya, orang tua-tua suka makan kuih ini. Teksturnya yang lembut memang mudah dikunyah perlahan-lahan. Bukan hanya orang tua, Azz dan suami pun suka... 


Resepi ni Azz dapat dari internet juga tapi Azz dah lupa siapa yang empunya... Azz minta maaf sangat-sangat. Azz mohon agar dihalalkan resepi ini hendaknya. Mudah-mudahan Allah tambahkan rezeki mereka sekeluarga hendaknya kerana sudi berkongsi resepi klasik ini.


Azz sebenarnya dah lama cari resepi ni.. dulu semasa arwah tok masih ada, tak nak 'menuntut' ilmu memasak ni... ha, sekarang kan dah rugi. Mak tak pandai sangat bab buat kuih-kuih lama ni, tapi arwah tok memang best lah!  tok masak memang sedap!!! lagipun Azz banyak membesar dengan tok. Jadi hasil air tangan tok lah yang paling Azz suka. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmatNya kepada tok di sana, A-lfatihah.


Okey.... panjangnya berceloteh ye... jom tengok resepi yang telah Azz ubah suai sedikit mengikut selera keluarga.


Resepi Qasidah Klasik Kedah


bahan-bahan:


5 ulas bawang rose - dimayang halus
sedikit minyak untuk menggoreng

1 cawan tepung gandum + 2 sdb lagi
3 cawan air
7 sdb gula pasir
1/4 sdt garam halus



caranya:

- gorengkan bawang dengan minyak yang mencukupi sehingga ia garing.
- angkat dan ketepikan.
- satukan tepung, air, gula dan garam.
- kacau hingga tepung sebati dan larut atau kisarkan aja.
- tapiskan ke dalam periuk.
- masukkan 1-1/2 sdt minyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
- masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
- kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
- kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
- ambil loyang atau bekas dan sapukan ia dengan minyak bawang tadi.
- terus tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya.
- sejukkan.


* boleh letakkan loyang di dalam bekas berisi air untuk sejukkannya.
* semua sukatan bahan menggunakan sudu dan cawan metrik.






Inilah hasilnya,
Qasidah Klasik yang lembut dan harum baunya.

Setalam ni.... kami makan tiga orang je, memang suka sangat!
member kata, itu melantak!! bukan makan dah... ye ke ?
he... he..... dah kita suka... kan, abang kan..............


 
Ini rupa qasidah pada jarak dekat ye... macam puding pun ada,
tapi puding bawang, ha...ha..

SELAMAT MENCUBA
 
 

2 ulasan:

Ida berkata...

Menjadi resepi ni.tq

NuRouL S.Hisyam berkata...

TQ²...
Boleh dicuba.
Sedap di makan ni..
Mmg menu org dulu².