Ahad, 6 Julai 2014

Kerabu Sotong

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Assalamualaikum.... Ramadan Kareem.
Apa habaq? sehat ka...? 
Bulan puasa ni sibuk juga kan.... macam biasalah, macam-macam perkara yang nak dibuat dan banyak hal yang perlu diselesaikan. Azz agak kurang berblog pada ramadan ni.... maaflah pada teman2 yang ternanti2.... sunyi je blog Azz kan...

Selalunya Azz masak kat rumah. Ramadan ni, belum sampai lagi kaki ni ke mana2 bazar ramadan. Teringin juga nak pi jalan2..... tengok ada apa kat sana tapi tak sampai hajat lagi. Bila dah petang rasa tak larat pula nak berjalan jauh2, berat je..... Apatah lagi lokasi rumah kat Pekan Jitra ni, keluar dari rumah je dah.... jumpa traffic light. Kat Jitra ada dua tapak bazar ramadan. Satu kat Taman Mahsuri dan satu lagi kat Taman Suria. 

Rumah Azz pula kat tengah2 antara dua tapak bazat tu.... Kalau nak ke Taman Mahsuri kena lintas empat lampu trafik manakala kalau nak ke Taman Suria pula tiga. Bila difikir2 malas pula nak bersesak2, dengan jalan yang sangat padat dengan kenderaan dan manusia.  Aduhai malas betul....

Hari khamis lepas Azz pi ambil anak kat asrama, sorang kat Pendang, sorang lagi kat Alor setar. Sepanjang jalan Azz tengok ada banyak betul tapak bazar ramadan dan ramainya orang yang berniaga. Maknanya..., apa yang terlintas di fikiran Azz, orang zaman moden ni, lebih ramai yang membeli juadah berbuka. Tak macam zaman kita dan mak2 kita dulu....  Orang sekarang bekerja dan tiada masa untuk memasak kecuali hujung minggu kan...?

Semasa balik Azz singgah kat pasar malam beli sotong. Azz cuma beli 1/2 kg je sotong. Bulan ramadan ni melambung harganya, rm20 / kg. 1/2 kilo pun dah cukup, nanti tambah bahan lain lagi.

Okey, panjang pula ye..... jom tengok Azz nak kongsi resepi Kerabu Sotong yang mudah ni.


KERABU  SOTONG

bahan-bahan:
1/2 kg sotong - dibersihkan dan dipotong kecil
1 biji timun muda - potong dadu
2-3 biji tomato yang keras - potong dadu
1 labu bawang besar - potong nipis
sedikit cili padi - potong kecil
3 batang serai - hiris halus
sedikit gula dan garam 
2 sudu sos tiram
1/2 biji lemon - ambil jusnya 

caranya:
gaulkan sotong dengan sedikit garam, masukkan ke dalam periuk dan masak sekejap hingga sotong masak. tutup api dan sejukkan sekejap.
gaulkan sotong bersama semua bahan. perisakan dengan gula dan garam secukup rasa. siap. sedap dimakan dengan nasi panas.

* sos tiram dan garam boleh digantikan dengan sos ikan dan juga kicap sotong.





sotong yang telah siap dimasak

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: