Isnin, 14 Julai 2014

Biskut coklat chips

 Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Biskut Coklat Chips


Assalamualaikum.
Sekarang ni dah musim buat kuih raya.... jadi kali ni Azz nak kongsi satu resepi biskut rangup ni. Biskut ni, ala-ala Chipsmore gitu.... tapi kita buat comel-comel la... Bahannya pun mudah ja. Pastikan bahagian bawah biskut nampak garing sikit, nanti bila biskut dah sejuk, bila kita gigit terasa kerangupannya. Hmm, sedap! anak-anak suka la... Resepi asal dari Kak Fida, Myresepi. tapi.... cam besa la... Azz selalu ubah resepi.
Kali pertama cuba resepi ni, Azz ikut semuanya... sedap tapi  tak tahan la, manis dan berminyak ...., pening! sebab tu, Azz ubah sedikit sukatannya. Azz minta maaf ya.... kak fida. Jom tengok resepinya....



Biskut Coklat Chips

bahan-bahan:

190g mentega - biar lembut - saya letak 170g
45g gula perang
80g gula kastor / gula aising - saya letak 55g
220g tepung gandum *
1/2 sdt soda                * diayak bersama
1    sdt serbuk koko    * saya letak 1 sdb
1/2 sdt esen vanilla
170g coklat chips - saya letak 100g
170g badam cincang - dipanggang dahulu - terlalu banyak saya letak separuh je..
1 biji telur gred B
sedikit choc chips sebagai hiasan

caranya:

1. mentega, gula aising dan gula perang digaul hingga sebati dan rata.
2. campurkan telur dan esen, gaul lagi hingga rata.
3. masukkan bahan ayak, choc chips dan badam. gaul lagi hingga rata.
4. sudukan ke dalam loyang. saya letak sedikit choc chips sebagai hiasan.
5. Bakar hingga sedikit garing pada suhu 180 C. saya bakar 20 min.
 
* jika disudukan terus ke dalam loyang, biskut akan meleper dengan bentuk yang tidak seragam
* jadi, saya sudukan ke dalam cawan kertas saiz 8 untuk dapatkan bentuk yang sama
* saya juga tekan sedikit permukaannya dengan garfu supaya ia kelihatan agak rata.

 

SELAMAT MENCUBA 
 

Tiada ulasan: