بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Minggu ni anak2 balik. Nak masak apa ya ?? Duk ingat nak masaklah special sikit. Disebabkan masing2 dah buntu tak tau nak makan apa, Azz cadangkan pada en h, untuk buat nasi briyani. Dah lama sangat tak masak nasi briyani tapi kali ni, nak.... juga cuba resepi baru. Asyik nak menerai aja.... lalu Azz pun seperti biasa, mengadap pakcik google lah. Tekan aja menu, banyak lah resepi yang keluar. Tengok sana sini... tengok pula blog kak Azie. Nampak cam menarik je... Nasi briyani pakistan. Hmm, tak pernah makan lagi ni.
Kak Azie kata sangat sedap! ayat pemikat tu.... katanya lagi, kalau dah makan sikit, nak tambah lagi dan lagi.... Tengok komen orang lain pun kata sedap. Ai.. teruja juga nak mencuba. Maka pagi2 lagi dah dah ajak en h keluar mencari barang keperluan. Hari jumaat kena awal. Kalau tidak terpaksalah bersesak2... Oh! bab tu Azz tak suka.
Peringatan : buah tomato kena beli banyak tau..
Ok, berbalik pada cerita nasi briyani tadi, jom tengok resepinya. Bahan-bahan tu... pandai2 lah adjust ikut keperluan kita. Saya ikut sepenuhnya langkah demi langkah yang diajar oleh kak azie. Tq kak.
NASI BRIYANI PAKISTAN
Oleh:
Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos) -
saya cuma guna beras biasa
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
1 - 2 biji tomato - potong dadu
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. ( bab ni, nak keringkan kuah memakan masa yang panjang ) Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
* bila kita masukkan tomato dan yogurt, ia juga bererti kita menambah kandungan air di dalam masakan ini
* kena kacau sekali sekala, kalau tidak... berkerak dasar kuali
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
* apabila kuah dah pekat dan hampir kering, mulakan proses membasuh beras dan rendam.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
|
langkah ni silap sikit, sepatutnya letak ayam dulu... baru letak bahan lain.
tapi saya letak juga ayam di atas bahan-bahan ni.
alamak..... dah penuh. ayam ada lagi ni.. |
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
* sementara menunggu nasi masak, kita boleh sediakan salad
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato - saya letak tomato hijau ( yang merah dah habis... )
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper - tak letak pun, lupa nak beli. saya gantikan dengan cili merah
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
** saya lupa pulak nak ambil gambar salad ni. Macam acar timun aja...
- salad yang saya buat nampak hijau belaka.
- timun hijau, tomato merah dah habis, letak yang hijau juga, daun ketumbar / sup pun hijau
sebab tu saya letak hirisan cili merah sikit, sebagai penyeri.
- hmm..... rangup dan sedap juga, aroma lemon dan rasanya, saya suka.
Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
** yang ni saya tak buat, tak pandai makan
Jom makan....
lebihan ayam yang tak habis dimakan, saya goreng keesokannya.
wah..! berebut pula anak-anak makan, sedap!
rasa macam ayam goreng berempah.
makan pula dengan nasi panas.... memang sedaplah!!
terbaek punya...!!
Selamat Mencuba