Selasa, 18 November 2014

Sambal cili api dengan ikan tongkol

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Alhamdulillah... masih mampu menarik nafas... masih mampu merasai nikmat musim 'menabur padi' di bumi Allah ini. Sejak dahulu.... ini lah suasananya, beginilah cuacanya. Dibesarkan sebagai anak petani. Inilah kehidupanku dulu... Sangat indah. Menikmati serta merasai nikmat alam ini.... dengan segala deria rasa, syukur Alhamdulillah.


Hari ni.... hmmm, nak kongsi resepi ringkas masakan kampung dari seorang sahabat. Nampak sangat menyelerakan.... 

Jom tengok resepi.

Resepi Sambal Cili Padi dengan Ikan Tongkol
sumber: Harayati Johari - DP


bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol - gaul garam kunyit & digoreng 
1biji bawang besar **
2 ulas bawang putih **
2 biji cili merah **
10 biji cili api ** - tambah kalau mahu lebih pedas
sedikit serbuk kunyit **
1 batang serai - diketuk
1 - 2 keping asam keping
garam, gula & perasa

caranya:
1. Kisar bahan bertanda **.
2. Panaskan minyak, tumis serai & bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air dan asam keping.
4. Setelah didih, masukkan garam, gula & perasa secukupnya.
5. Masukkan ikan goreng tadi. Kacau hingga bersalut rata.
6. Sedia dihidang dengan nasi panas.


pinjam foto dari pakcik google

Sedikit info :

Di Kedah ikan tongkol dipanggil dengan nama lain iaitu ikan mambu.
Ikan mambu ini, jika isinya putih, biasanya di buat gulai dan boleh juga dibakar. Ikan di belah belakang dan disapukan sedikit garam. Jika di buat gulai, biasanya ikan bersaiz besar. Jika dibakar, ia bersaiz sedang. Enak dicicah dengan air asam.

Ikan mambu hitam pula, boleh di goreng, dibuat sambal tumis dan lain-lain. Ia boleh juga dibakar tetapi isinya lebih pejal berbanding jenis isi putih. Jenis ini pun boleh di masak gulai juga.

Di Penang, ikan ini digunakan untuk membuat kuah laksa.
Di Kelantan dan Terengganu pula, gulai ikan ini menu wajib bagi nasi dagang.

Tiada ulasan: