Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Assalamualaikum...
Bertemu lagi sahabat-sahabatku sekalian, mudah-mudahan sihat
dalam barakah-Nya amin....
Petang kelmarin dok belek-belek gambar screen-shot yang tersangatlah
banyaknya kat dalam tablet... dah simpan dalam laptop tapi..
sayang pula nak buang dari tablet.. huh, masalah tu..
Bila tak tau nak buat apa. Boleh juga belek sana sini.
Belek punya belek.... terbekenan lah satu resepi ni..
lagipun dah banyak hari dah dok intai.
Tengok bahan mudah je... tengok cara.. macam senang je..
Tunggu apa lagi... malam tadi, selepas dah tak ada apa perkara
yang nak dibuat, Azz menerai le resepi baru ni...
Resepi ni Azz dapat dari rakan fb, Kak Tahrunnisah Jali.
Terima kasih kak, sudi kongsi macam-macam resepi.
Dah makin bertambah ilmu memasakku kini, Alhamdulillah.
Semuanya dengan izin Allah jua, Amin.
Azz tetap nak tempekkan juga resepi ni di sini.
Bukan Azz malas nak menaip, tetapi supaya Azz tak kehilangan
sumber resepi yang asli.
Sesiapa saja boleh lihat dengan jelas.
Azz tak cedok resepi orang semata-mata dengan meninggalkan sumbernya.
Azz mahu mereka rasa dihargai atas sumbangan mereka.
Azz hanya berkongsi kegembiraan, berkongsi masakan
yang boleh kita hidangkan kepada keluarga kita.
Semoga Allah murahkan rezeki insan yang telah mencipta rasa resepi maruku ni.
Jom kita tengok resepi..
dan ini pula resepi sama, yang Azz olah berdasarkan bahan yang ada kat rumah.
Resepi Maruku Meletop
bahan-bahan:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda - Azz guna cap Bunga Raya
1/2 sdb garam halus
1 sdb gula pasir
1/2 sdb serbuk jintan manis
1/2 sdb serbuk jintan putih
2 sdb udang kering - ditumbuk halus
60 ml/g santan kotak * disatukan
200 ml air * disatukan
60g marjerin - dicairkan
1 biji telur saiz A - dikocak dengan garfu
caranya:
1. Satukan semua bahan kering dalam satu bekas.
Gaul hingga rata - boleh gunakan whisk.
2. Masukkan marjerin cair dan telur.
3. Masukkan bancuhan santan tadi sikit-sikit.
Gaulkan hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana, tekan adunan dan goreng hingga kekuningan.
Taburkan daun kari ketika menggoreng untuk mendapatkan harumannya.
5. Setelah masak, angkat dan toskan.
6. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Azz dapat dua balang ni... satu balang dah habis..
Masa sukat bahan, Azz tak berani nak letak rempah
ikut sukatan Kak Tahrunnisah.
Azz takut panas... sebab Azz alah dengan kepanasan herba.
Azz boleh demam tau..!
Jadi.. Azz dah kurangkan sukatannya.
Maruku yang Azz buat ni tak kuat sangat rasa rempahnya... dan juga tak pedas!
Budak kecik pun boleh makan kalau rasa macam ni..
Sungguh sedap dan sungguh rangup!!
Puas hati dapat buat sendiri.
Dapat banyak pula tu...
Sungguh tak sangka, tepung pulut pun boleh buat maruku...
Lain kali Azz nak buat lagi, nak cuba yang pedas pula..
ha.... dah berangan dah!
Jom.... Jom cuba!
2 ulasan:
Terima kasih syer resipi... Ptg ni nk cuba la...
Tercari-cari jugk resepi nk wt tepung muruku sendiri... Tmksh sbb syer.. Nk cuba wt utk hari raya nnti
Catat Ulasan