Rabu, 10 Disember 2014

Apam Nasi Tepung Beras

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.

Apa habaq semua... ?
Doa Azz, mudah-mudahan kita semua dalam lindungan rahmat-Nya, amin.
Nampak kan gambar kuih yang hijau tu.....?

Ada lebihan nasi semalam?
Jangan dibuang, sayang...
Apa salahnya anda cuba buat kuih Apam tepung beras ni..

Azz masih 'baru' buat kuih ni...
Kali pertama Azz cuba, Azz guna resepi dari Iza Akma.
Bahan utamanya nasi, tepung beras, yis dan eno.
Ya Allah.... tersangat lah lembut teksturnya dan sangat sedap!!
Jatuh cinta Azz.... dan simpan angan-angan, nanti... nak buat lagi.

Kali kedua, Azz cuba lagi. Azz tertarik resepi dari group fb.
Ramai yang cuba dan ramai kata sedap.
Ada yang mekar apamnya dan ada yang tidak.
Bahan utamanya nasi, tepung beras, tepung gandum, yis dan eno.
Azz pun buat. Hmmm... mengecewakan.
Apam Azz bukan saja tak mekar, malah melekit!
Huh! dah potong 'stim'.

Azz buat lagi. Kali ni guna resepi Iza Akma juga.
Dah jatuh cinta la katakan....
tapi kali ni 'durhaka sikit'
Azz tambah tepung jagung sikit.
Cuma nak kasi 'pejal' je. Mudah nak pegang.
Hasilnya,  tara....
macam kat gambar di bawah ni ha...
tetap sedap!

Jom tengok resepi superb ni..

Resepi Apam Tepung Beras
sumber: Iza Akma
diolah oleh: Aisyah Az-zahra

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung jagung
1 sudu teh yis segera
1 paket eno- paket biru

Caranya:
1. Kisar nasi bersama air dan gula sehingga halus.
2. Menggunakan whisk, campurkan tepung beras, tepung jagung & yis.
Kacau rata.
3. Tuang bahan kisar tadi ke dalamnya. Kacau hingga sebati.
4. Tutup bekas dan perap 3-4 jam.
*Azz tak sabar nak tengok hasil - perap 3 jam aja.
Siap adun pukul 2. Pukul 5 petang dah kukus.
5. Masukkan eno. Kacau perlahan-lahan hingga rata.
6. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna yang disukai.
** Azz warnakan hijau sahaja 
dan dah masukkan warna sewaktu kacau tepung awal tadi.
7. Jika menggunakan acuan lompang, oleskan minyak dahulu ya..
supaya kuih tak lekat.
8. Sudukan 3/4 penuh aja. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
9. Kukus 10-15 minit atau sehingga masak.
10. Sedap dimakan begitu saja atau 
hidangkan dengan kelapa yang dicampur sedikit garam.

* kelapa + garam boleh dikukus sekejap, supaya ia tahan atau tidak basi.
juga boleh elak kembung perut - makan kelapa mentah.
* kalau sahabat baru nak cuba, Azz sarankan guna acuan lompang.
kalau guna cawan kertas macam Azz ni, konon nak senang & cepat..
kuih ni melekat pada acuan kertas. sayang pula... 

Jom cuba.

Tiada ulasan: