Isnin, 23 September 2013

Orang lain guna akaun fb anak ummi ?!!



Bismillahirrahmanirrahim




Ummi pi melawat anak ummi di asrama pada sabtu lepas.
Kesian... lewat ummi sampai. Mestilah tertunggu tunggu kakak kat sana.
Tapi kakak anak solehah yang baik.... dia faham sangat kenapa ummi dan abah selalu lewat terutama pada hari sabtu. 

Seperti biasa, abah ada kelas ko-k pada setiap sabtu. 
Mestilah ada banyak urusan yang nak diselesaikan walaupun waktu kelas dah habis...
ada mesyuaratlah, ada itu, ada ini... macam-macam hal lah.

Ummi bawa barang yang kakak pesan... nak makan keropok ikan katanya. 
Ummi bawa sos cili sekali. Bila dah bagi, dia buka dan terus makan. 
Kami makan sama-sama... dengan adik-adiknya sekali. 
Semua rindukan kakak... lama juga kakak tak balik. Dah tiga minggu..

Ummi hulurkan tablet, kalau-kalau kakak nak guna tapi kakak cuma nak guna telefon saja.. kakak buka akaun fb.... ummi dengar kakak tanya aina, 
kemudian kakak tanya ummi pulak.. " Ummi, pasai apa fb kakak tak bleh buka??" 
Ummi pun hairan juga.. kakak tukaq password kot? adik dia tanya..
Kakak kata.."eh, dak lah.. " beberapa kali dia cuba buka tapi masih tak berjaya.
Lepas tu kakak dah tak buat apa-apa dah. Dah lama duk di sana, 
kami pun balik sebab dah pukul 6.45 petang. Kakak nak ke dewan makan pula. 
Peluk cium dari ummi... sayang anak solehah ummi.

Kami balik dan singgah pasar malam di pekan Guar Chempedak beli apam balik yang sedap tu.
Makan atas kereta je lah, sementara nak sampai ... lapar juga ni..

Sampai kat jitra, abah singgah pasar malam sekali lagi beli laksa untuk abah dan adik.
Ummi dan aina dah kenyang.. selepas kami selesai makan, cikna baru sampai rumah. 
Dia balik kampung tengok tok.

Malam tu.. kami cuba buka fb kakak lagi... tapi masih tak berjaya.
Cikna cuba cari dan cari lagi kat fb... oh... rupa-rupanya ada orang lain gunapakai fb kakak!!
dah tukar wallpaper dan edit macam-macam !!! Geram tak??? Sangat geram!!!!!
Sanggupnya orang itu... seolah-olah cuba menganiaya anak ummi pulak!!!


Ada sesiapa ada cara dan cadangan tak, macam mana ummi nak tutup saja akaun fb ni?
sesiapa saja yang nampak post ummi ni, tolong lah ye....
tolong komen...... please....... ummi minta tolong ni...

Sekian, wassalam


Tiada ulasan: