Rabu, 18 September 2013

Kek Lemon

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Petang tadi rasa teringin nak makan kek. 
Bahan-bahan dah ada cuma telur je tak ada.
Ummi minta tolong anak ummi; aina pi beli telur kat kedai runcit.
 Dalam peti ais ada buah lemon. Cikna beli, kata nak buat ikan stim tapi
masih tak jalan lagi projek tu...

Jadi ummi ambik sebiji untuk buat kek.
Resepi ni ummi dapat dari blog KAK NANNIE KUZAIFAH
salah seorang blogger masakan yang hebat kat alam maya ni.
Katanya resepi ni dari Joy of baking.

Jom kita tengok resepi

KEK LEMON

bahan-bahan:
260 g tepung * diayak
2 sdk serbuk penaik * diayak
200 g gula kastor
230 g mentega - ummi pakai planta
4 biji telur saiz A
1 sdk esen vanilla
1 biji lemon - diparut kulit luar shj
**jangan parut kulit putih nanti pahit
50 ml perahan jus lemon - ikut kak nannie
( asal  60 ml jus lemon )

Caranya:
Panaskan oven 180c
Pukul gula dan mentega sehingga gebu dan ringan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. Pukul sebati.
Masukkan tepung sikit-sikit, kaup balikkkan hingga rata.
Masukkan jus lemon dan kaup balik lagi hingga sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
Bakar 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan hias mengikut kreativiti anda.


Topping Lemon Frosting

bahan: 1 cawan gula aising + 2 sdb jus lemon
caranya: gaul hingga rata dan sedia untuk disapu di atas kek

1. Ummi cuma pakai whipp cream - lebihan cikna buat durian crepe hari tu...
dan ummi taburkan coklat rice, untuk imbangkan rasa kek yang sedikit masam.
dan 
2. Ummi krimkan 1/2 cawan gula aising dengan 2 sudu makan planta.
Sapukan dan letak coklat rice juga.

Inilah hasilnya kek yang ummi buat - separuh adunan saja. Percubaan kali pertama....
tapi kak nannie punya jauh lebih cantik dan gebus lagi.. orang dah pakar le katakan!
Kalau korang nak tengok kek kak nannie, masuk je kat blog dia,
ada dalam senarai bloglist ummi.




Selamat Mencuba

TERIMA KASIH kerana sudi melawat blog ummi.


Tiada ulasan: