Rabu, 17 Julai 2013

Ke Kuala Jerlun


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


foto anak ummi di Kuala Jerlun

Kelmarin ummi ke Kuala Jerlun.

* Kuala Jerlun?  
* Ada apa kat sana?

Ohh... Kuala Jerlun ni kampung... kampung nelayan.
Biasalah... tentu ada hasil laut 'fresh'.
Ada ikan temenung - selalunya ikan ni lah paling banyak dijual tapi
ikut musim jugak, kadang-kadang kurang juga.

Yang lain.. udang. Kalau tempat lain tak dak udang, kat sini  sekurang-kurangnya
mesti ada... walaupun sikit, dari saiz kecik sampailah besar.

Ikan yang lain tu adalah juga... ikan pari, ikan cuka, ikan yang besar pun ada juga tapi
ummi bukan kenal sangat nama ikan ni, gelama, ketam dan lain-lainlah. 
Semuanya bergantung kepada musim dan keadaan laut atau cuaca.
Tapi sotong, selama ummi dok mai... tak pernah jumpa pun.

Sketsa:

*S: Buat apa dok pi sana selalu?
  J: Ohh.... ada yang 'special' kat sini... nak tau? 
*S: ambik daun ***** ???
  J: Eh.. Eh... tak lah, nak ****** kau?
      Ish tak nak lah ummi. Tak bersangkut paut pun...
      Kami orang baik-baik ....... tau.
*S: Habis tu, pi buat apa??
  J: Ha.... nak tau, pi ambik ..... BELACAN  lah.
*S: Ohh .......

  J:  Stok belacan, kami ambik  kat sana.
       Nak makan ke berniaga kat kedai ke... itulah belacan yang kami guna.
*S: Oh... patut lah sambal belacan RESTORAN KAK JUN sodap!
  J: Ha... itulah rahsianya.
*S: Belacan yang jual kat kedai tu, belacan Kuala Jerlun lah ye...?
  J: Ya la.... Kak Tunn oii.... Nak makan belacan sedap, mai la beli kat kami.

Inilah rupa belacan yang baru saja siap dibungkus.
Kena simpan atau peram beberapa hari, baru sedap.
Belacan ni pesan kat maklong. Dia yang urus semua. Nak berapa banyak bagitau ja..
Dah ada stok belacan, maklong telefon dan kami pi ambik saja. 
Tak payah dok ulang pi tengok ada ka tak dak.
Mudah kan...

Kalau ada sesiapa yang duk kot Jitra ni .... dan
 nak merasa keenakan belacan ni....
boleh mai beli kat kedai kami.
Kalau terhad, untuk kegunaan kami je la ....
Kalau banyak, kami sudi jual. Nak pesan pun boleh.
** jual belacan pun ada pelanggan tetap tau...

Kat mana RESTORAN KAK JUN ? 
Kat Jalan Kelubi. Ala dekat mini stadium, dekat dengan sekolah cina,
ada kedai Andaman Pengantin, betul-betul depan kedai kami.
Bukan tepi stadium tau ! yang tu kedai makan india lah. 
Ada makcik jual pulut udang yang 'femes' tu....
kat depan kedai kami juga.

Sekian.


Tiada ulasan: