Isnin, 15 Julai 2013

Ikan Talang Masak Asam

 Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni ummi nak bagi resepi istimewa, mudah disediakan dan ringkas bahannya.
Masakan ini sedap, dan disukai oleh semua ahli keluarga ummi.
Kalau demam atau tak lalu nak makan nasi, inilah hidangan istimewa sebagai pembuka selera.
Sangat sesuai dihidangkan ketika sahur atau kata orang kedah, makan sok.

Ummi hidangkan waktu sahur pagi tadi.

Ikan Talang Masak Asam
Tak sempat nak snap,dah tinggal separuh...

























Bahan-bahan:
sekeping isi ikan talang masin - anggaran 4x5" - atau secukupnya
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris sederhana nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 cm halia - dihiris memanjang
4 biji cabai kering - dipotong anggaran 1" * lebih pun boleh
sedikit cili padi * pilihan kalau suka pedas
boleh tengok bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah ni:


1 sudu makan asam jawa - buat air asam
1 sudu makan sos tiram kimball
1 sudu makan kicap manis/pekat * sebagai perasa dan pewarna
1 sudu kecil gula

Caranya:
1. Potong ikan kepada saiz yang kecil seperti dalam gambar.
    Rendam ikan di dalam air beras / air biasa selama 10-15 minit.
    Basuh dan toskan.
    Goreng ikan dalam minyak sederhana panas sehingga perang atau sedikit garing.
2. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
3. Panaskan minyak, masukkan cabai kering dan goreng sekejap.
   Jaga jangan sampai hangus/hangit   pula.
4. Masukkan pula halia, goreng sekejap dan masukkan sos tiram.
    Kacau rata sos. Biar naik baunya dan masukkan bawang putih. Kacau sekejap.
5. Masukkan bawang besar dan cili padi. Masak hingga bawang sedikit layu.
6. Masukkan air asam anggaran 1 cawan. Didihkan.
7. Masukkan gula dan kicap dan rasa kuah. Imbangkan rasa secukupnya tapi perlu rasa
    masam lebih sedikit.
8. Masukkan ikan yang tela digoreng tadi. Kacau supaya ia sebati dan bersalut dengan
    bahan dan kuahnya. Pastikan kuahnya sedikit pekat. Tutup api.
9. Sedia untuk dinikmati dengan nasi putih.

SELAMAT MENCUBA

* ummi tak masukkan garam sebab ikan itu sendiri dah masin.
* masukkan garam jika perlu sahaja. Sos tiram pun masin juga.

Tiada ulasan: