Khamis, 18 Julai 2013

Daging Masak Kicap


Bismillahirrahmanirrahim



Daging masak kicap

Daging Masak Kicap
Oleh Ummi Aishah

Bahan-bahan:

500 g daging - dipotong nipis dan lebar anggaran sebesar 2"
1 labu bawang besar -  dipotong 2 dan dihiris sederhana lebar
1 biji cili merah -  dihiris serong dan nipis
10 biji cili padi - dipotong 2 menyerong * kalau suka pedas
1/2" halia - dihiris memanjang dan halus
1 sudu makan asam jawa
1 senduk kicap pekat * ikut citarasa 
sedikit garam, kunyit dan gula

Caranya:
1. Basuh daging yang telah dipotong tadi dan toskan sekejap.
2. Gaul daging dengan 1/2 sudu kecil garam dan kunyit.
3. Masukkan daging dan hirisan halia ke dalam kuali dan masak. 
    Kacau sesekali hingga air daging tadi sedikit kering.
4. Masukkan air biasa hingga tenggelam daging tadi dan teruskan merebus.
5. Jika air telah kering, lihat atau rasa samaada daging telah lembut atau sebaliknya.
6. Jika masih liat, masukkan air semula dan masak hingga daging lembut.
7. Apabila air hampir kering, masukkan minyak dan goreng sebentar.
8. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong tadi. Goreng sekejap.
9. Sementara itu sediakan air asam. 
Letakkan asam di dalam semangkuk air dan taburkan sedikit gula di atasnya.  Hancurkan asam dan perahkan patinya. 
10. Masukkan air asam, didihkan. Masukkan kicap. Sesuaikan dan imbangkan rasa secukupnya. Boleh tambah sedikit gula ( kalau suka).
11. Tutup api. Masakan sedia dihidangkan.
12. Enak dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam.

** ummi hidangkan ketika sahur tadi. suka tengok abah dan anak-anak 
    makan dengan berselera sekali.

Tiada ulasan: