Isnin, 8 Julai 2013

Biskut Mentega Kacang


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Biskut mentega kacang

Biskut Mentega Kacang Klasik 
Sumber: kawan cikna

Bahan-bahan:
200 g gula aising
250 g tepung gandum
500 g mentega kacang
100 g minyak jagung  * ummi masukkan sekadar adunan tidak melekat di tangan sahaja
1 biji telur  * ummi masukkan kuning telur  saiz B
1 mangkuk kismis - hiasan

Caranya:
1. Satukan semua bahan. Gaul hingga sebati.
2. Letakkan sebiji kismis di dalam setiap acuan.
3. Masukkan adunan dan tekan ke dalam acuan.
4. Bakar pada suhu 175 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan. Tunggu sekejap dan ketukkan acuan tadi supaya kuih tanggal.
6. Sejukkan dan simpan.

* resepi ini menghasilkan lebih kurang 80 biji

 

Tiada ulasan: