Isnin, 24 Jun 2013

Tempat Ummi Selalu Beli Barang

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ummi selalunya beli barang keperluan rumah pada tempat-tempat tertentu ja. Barang basah biasanya tentulah di Pasar Jitra dan juga pasar malam yang banyak kat Jitra ni. Jadi kalau bab makan, tak perlu risau  sebab ada banyak tempat kita boleh dapatkannya.

Antara pasar malam yang biasa ummi pergi ialah pada hari ahad di Pekan Jitra 2 ( pj 2) dekat stesyen bas atau medan selera. Pada hari khamis di Bandar Darulaman atu orang sini panggil Tanah Merah, tempatnya di Taman Mahsuri dan pada hari sabtu di tapak milik Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu berhampiran Taman Aman dan di hadapan pasaraya baru iaitu Pasaraya Cmart.

imej dari cetusankokak.blogspot
Manakala pasaraya pula biasanya ummi beli barang di Pasaraya Aneka atau di Jitra Mall. Kat sini  semua ada, macam pasaraya yang lain juga, cuma bezanya bila hujung bulan ada banyak tawaran istimewa. Masa tu berpusu-pusu orang datang. Bila dah buat jualan murah, lagi awal orang datang, 11 pagi parking dah penuh.

Jadi jika ada sesiapa yang nak datang, bersiap sedialah untuk melilau cari parking. Kat sini memang best bila ada jualan tau, sebab murah banyak! dari harga biasa atau dari mana-mana pasaraya kat Jitra ni.
Selain tu, ada banyak kedai yang menjual pelbagai barang-barang di sini. Kedai yang menjual pakaian dan tudung tu tak payah cakaplah, berlambak kat sini dan ada pelbagai pilihan. Pandai-pandailah survey harga...

Jitra Mall juga popular bagi anak muda sebab ada pangung wayang hd.  Ada pelbagai lagi kedai popular kat sini antaranya Guardian, Maxis, Celcom, Kedai Buku Hasani, Cosway, Vern dan lain-lain lagi. Manakala berhampirannya pula ada Snogurt,  Big Ten, Tutti Frutti, Nasi Kandar Nasmir dan lain-lain. Semua kedai ni terletak di Pekan Jitra 3 atau biasa di sebut pj3.

Anak ummi sedang enak menikmati snogurt

Manakala pasaraya lain pula yang kita tak perlu tunggu sale atau bila-bila masa boleh pi beli barang pula ialah Pasaraya Din Borong. Di sini terdapat keperluan dapur dan barang keperluan harian yang lain. Kat sini tak jual pakaian tapi sangat popular dengan barang keperluan kenduri.  Antara lain lagi ialah Pasaraya K-Ceria. Harga kat sini pun ok jugak. Itulah tempat yang selalu ummi beli barang pada harga yang berpatutan dan juga menjimatkan.

Korang nak tau lagi tak?  Kedai Berkat Serasi ialah pilihan utama untuk ummi dapatkan barang-barang macam makanan kesihatan dan kecantikan. Kat sini juga boleh dapat harga yang murah. Kedai ni jual barang secara borong dan runcit. Ramai orang berniaga mai ambik barang kat sini. Kat sini ada banyak pilihan antaranya pelbagai jenis / jenama minyak angin, bam, jus delima, cuka kurma, kopi, pencuci muka, sabun kecantikan, minyak zaitun, minyak atar, kismis, corong resdung dan lain-lain. Kat sini juga ada pelbagai barang keperluan perkahwinan. Datang lah dan tengok sendiri... ewahh...!! promote pulak! 

Pemiliknya orang islam kita, tengok nampak macam mamak sikit. Biasanya ummi panggil dia "Bang Li" dan begitu juga kepada pelanggan tetap lain. Orangnya peramah dan paling penting! tidak sombong dan rajin melayan pelanggannya. Kita patut sokong orang kita berniaga, macam di Kelantan. Ramai..... dan boleh dikatakan ekonomi di sana dikuasai oleh orang melayu islam kita.

Jitra ni, sebut ja.... nak makan pizza ada Pizza hut dan Domino's. KFC pun ada kat PJ lama dan Bandar Darulaman. Snogurt dan Tuttti Frutti pun ada, burger bakar dan char kueteow, kat mana-mana pun ada, Secret Recipe, semuanya jenama popular. Kalau ada orang pekan mai sini, toksah risau...boleh dikatakan nak makan atau nak dapatkan barang keperluan apa sahaja, boleh dapatkan atau cari kat Jitra ni.....

Disebabkan semua barang boleh dapat kat pekan Jitra ni, jadi ummi lebih selesa beli barang di tempat sendiri. Kadang-kadang ja.. ummi pi beli kat luar contohnya kat Mydin di Taman Saga, Alor Setar atau beli kat kampung ummi... kat Pendang.

Adu.....hh, dah lenguh ummi menaip ni. Lain kali ummi cerita lagi.....wassalam.

Tiada ulasan: