Rabu, 12 Jun 2013

Kek Coklat Lembap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cuti sekolah yang lalu ummi janji dengan anak-anak nak buat kek . Hari ni hari sabtu...hari terakhir cuti sekolah. Anak sulung ummi yang sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke asrama datang bertanya, ummi kata nak buat kek? Bila ummi nak buat? Alamak! sebelum tu... memang ingat janji dengan anak-anak ni.. tapi dek sibuk di kedai abahnya... (ummi tolong je...) ummi dah ter...lupa janji tu.
Kesian anak ummi ni, teringin nak makan kek.... jadi walaupun dah agak lewat, hampir 3.00 petang, ummi siapkan bahan-bahan (semua bahan dah ada kat rumah) dan terus buat. Nak tau? inilah resepinya...

Kek Coklat Lembap (resepi cik nor)

Bahan A -diayak

2 cawan tepung gandum ( ummi guna tepung superfine bluekey)
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder

Bahan lain

2 cawan gula ( ummi guna gula kastor)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung ( ummi guna minyak masak)
1 cawan air panas

Caranya:
1. Menggunakan mixer, pukul gula dan telur sehingga kembang. 
    Tambahkan esen, gaul rata.
2. Campurkan air panas ke dalam susu cair.
3. Masukkan minyak ke dalam adunan tadi, gaul rata.
4. Masukkan  bahan A sedikit demi sedikit. Gaulkan sehingga rata menggunakan whisk.
5. Masukkan bahan no.2 tadi. Kacau sehingga sebati.
6. Panaskan oven dulu...
7. Alas loyang dengan kertas minyak, masukkan adunan dan bakar pada suhu 170  C,
    selama 50 min atau sehingga masak.
8. Dah siap.... 

* sejukkan sikit dan ...nyum nyum.. se.........dap!!
* kalau rajin, buatlah topping, barulah betul-betul jadi  kek coklat lembap

* tabik springg....untuk Cik Nor, resepi ni memang sedap!
   Ummi suka sangat..


Bahan Topping

1 cawan whipping cream ( ada juga orang yang guna fresh cream)
300 g dark chocolate
1 sudu teh golden syrup ( untuk hilangkan pahit coklat )
1 sudu besar mentega    ( untuk kilatkan )

Caranya:
1. Masukkan coklat yang telah dipotong kecil ke dalam bekas dan campurkan dengan whip cream.
2. Menggunakan teknik "double boiler", masak hingga coklat larut. Padamkan api.
3. Masukkan golden syrup, gaul hingga rata kemudian masukkan mentega.
    Gaul rata dan terus curahkan ke atas kek. Biarkan topping meliputi semua permukaan kek.
4. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk.
5. Keluarkan dan curahkan topping sekali lagi. 
6. Taburkan choc rice sebagai hiasan.
7. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.....

Inilah kek coklat lembap yang ummi buat.. Sedap tak kak tun??
Akhirnya ........ siap juga kek ni. walaupun agak tergesa-gesa. 
Selepas masak, walaupun masih panas, terus ummi potong dan masukkan ke dalam bekas plastik. Curahkan topping dan terus letak dalam peti sejuk.
Tapi dah tak sempat sejuk.. dah lewat, dah hampir 6.00 petang. Selepas siap, terus bertolak ke sekolah. 
Banyaknya kereta kat lebuhraya hari ini ye... Sampai sekolah pun dah lewat, dah hampir pukul 7.00 malam.
Dah terlepas waktu yang sepatutnya ( paling lewat 6.30 petang) tapi ummi dah maklum terlebih dahulu pada warden, yang kakak akan sampai lewat. Sebab  apa... lewat? Sebab abahnya tak ada... Pergi mesyuarat di pejabat Dato' Wan Fauzi.  Katanya, kat Selangor. Mesyuarat agung orang Gayung. Abahnya dalam perjalanan balik tapi baru sampai kat Perak. Jauh lagi tu... jadi, siapa lagi yang tolong hantarkan? Siapa lagi...Cikna lah.
Dapat juga anak solehah ummi makan kek kesukaannya.
Alhamdulillah.

    

Tiada ulasan: