Sabtu, 29 Jun 2013

Izara Aishah


Assalamualaikum...
Ummi pi beli barang di aneka hari ni. Nampak ramai orang berkumpul...
Masa ummi lalu nampaklah si cantik manis ni, Izara Aishah.
Ohh.... patutlah ramai..., sempatlah ummi snap beberapa keping gambar dia.



dan ini pula gambar anak ummi dengan izara.


Izara datang dengan pakaian yang sopan dan sesuailah dengan iklim orang kedah.

Rabu, 26 Jun 2013

Rempeyek

Bismillahirrahmanirrahim

Rempeyek Kacang 
Sumber : totcupcakes.blogspot.com

Bahan-bahan:
500 g tepung beras cap gajah
    2 cawan kacang tanah atau lebih - dibakar garing
    1 biji telur
    1 sudu kecil serbuk ketumbar
       garam secukupnya
    3 ulas bawang putih * dikisar
    2 biji buah keras      * dikisar
       daun limau purut - dihiris halus
    2 cawan air atau secukupnya

Caranya:
1. Masukkan tepung, serbuk ketumbar, daun limau, garam dan bahan kisar.
    Gaul hingga rata sebati.
2. Masukkan telur dan sedikit air. Kacau hingga hilang ketulan tepung.
3. Tambahkan air anggaran 2 cawan lagi dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan minyak, ambil sesudu adunan dan taburkan kacang.
5. Tuang secara nipis di tepi kuali. ( ia akan melekat di tepi kuali )
6. Siramkan minyak goreng padanya dan ia akan tanggal.
7. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. 

Biskut Bunga Cina yang Gebu dan Rangup



Biskut tradisional ini berwarna putih, gebu dan rangup.
Bentuknya seperti biskut samperit dengan corak bunga besar dan biasanya dihias dengan ceri hijau atau merah.

Biskut Bunga Cina

Bahan-bahan:

100 g mentega / marjerin
  80 g gula kastor
    1 biji telur gred A
    2 cawan tepung jagung
    1 cawan tepung ubi
    1 sudu kecil esen vanilla

hiasan: ceri hijau atau merah

Caranya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang dan masukkan esen.
3. Masukkan tepung sikit-sikit. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan.
4. Tekan menggunakan acuan samperit. 
5. Hiaskan dengan ceri yang dipotong kecil di tengahnya.
6. Griskan loyang. Bakar 15 - 20 minit pada suhu 175  C.
7.Setelah masak, sejukkan dan simpan.

* sukatan menggunakan cawan biasa - saya guna cawan lutsinar jenama arc
* tambah mentega / marjerin jika adunan sukar ditekan

SELAMAT MENCUBA

Biskut Pandan

Bismillahirrahmanirrahim

Biskut ni sebenarnya dari resepi biskut bunga cina tapi ummi dah ubah suai sikit dan jadilah biskut pandan.
Rasanya rangup sebab ummi masukkan tepung biskut.
Biskut yang sederhana... tapi sedap dimakan. Cubalah...

Biskut Pandan

Bahan-bahan:
100 g planta
 90 g gula kastor
  1  biji telur gred A
  2  cawan tepung jagung *
1/2 cawan tepung ubi      *
1/2 cawan tepung gandum *
  3 sudu besar tepung biskut
  1 sudu kecil perisa kelapa pandan
pewarna hijau epal secukupnya

* bahan diayak
bahan hiasan: kuning telur secukupnya untuk disapu di atas biskut

Caranya:
1. Putar planta dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur, putar lagi sehingga kembang dan masukkan perisa kelapa pandan.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit beserta dengan tepung biskut.
4. Masukkan pewarna. Uli hingga tidak melekat di tangan.
5. Terap dengan acuan bentuk bunga melati dan cucuk dengan lidi di ruang tengahnya.
6. Bakar 15 minit pada suhu 180  C. Keluarkan, sapu kuning telur dan
7. Bakar semula 5 minit. Sejukkan dan simpan.

Selasa, 25 Jun 2013

Hotsprings Spa di The Lost World


 

singgah di petronas berhampiran untuk solat asar
Assalamualaikum...
Hari ni ummi nak bercherita pasal ummi sekeluarga pi kolam air panas di The Lost World
pada hari jumaat 25 / 5 / 2012 yang lalu.
Sebaik tiba di sana, kami singgah dulu di petronas berhampiran untuk menunaikan solat asar. 
Tempatnya cantik dan bersih seperti gambar di atas.. sungguh selesa.


Ini pula gambar yang diambil ketika sampai di sana.
Dari kiri:
Gambar pertama di tempat parking.
Kedua di jambatan untuk masuk ke Hotsprings.
Ketiga, dekat pintu menghala ke Hotsprings.
Kena beli tiket dulu... baru boleh masuk.
Dewasa RM45 dan kanak-kanak RM38.



di kolam air panas 

Kolam air panas ni mula di buka pada jam 6.00 petang. Sebaik dibuka... kami terus masuk.
Lihatlah anak bongsu ummi, adik. Dengan selambanya dia turun ke dalam kolam... airnya agak panas tau.
Mungkin masih awal lagi.. agaknya malam nanti baru selesa mandi di sini.
Ada banyak kolam kat sini. Yang dalam gambar ni.. sederhana panasnya. Ada beberapa kolam lagi yang lebih panas airnya tau! Tak sanggup ummi nak turun lama-lama. Anak-anak memang puas mandi. 
Kawasannya agak besar, jadi boleh pi saja kat mana-mana kolam yang kita suka.
Ada mini zoo dan rawatan spa berbayar kat sini tapi ummi tak pi pun. 
Ada gerai jual makanan ringan dan pizza.
Bila dah maghrib, kami pun bersedia nak keluar. Selepas mandi, sempat lagi ambik beberapa gambar sebagai kenangan...


 dah malam...
Selepas keluar ke tempat parking, barulah terasa suasana yang sedikit dingin.
Mungkin sebab kawasan ni berbukit, jadi terasalah nikmat alam ni...
Kami keluar dan singgah sekali lagi di petronas tadi untuk solat maghrib.
Selepas membeli sedikit makanan ringan, kami pun beredar pulang.

Isnin, 24 Jun 2013

Selawat

Bismillahirrahmanirrahim

Antara kelebihan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad :

"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali
dan pada waktu petang 10 kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
hadis riwayat Tabrani

"Barang siapa yang berselawat kepadaku disisi kuburku,
maka aku mendengarnya.
Barang siapa berselawat kepadaku dari jauh
maka selawat itu diserahkan oleh malaikat yang menyampaikan kepadaku
dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan 
dan aku sebagai saksi dan pembela baginya"
hadis riwayat Nasai & Al Hakim


Sekali kita berselawat ke atas Nabi maka Allah akan berselawat 10 kali 
dan menghapuskan 10 dosa
dan mengangkat 10 darjat

Banyak sekali kelebihan berselawat ke atas Rasulallah
jadi marilah kita bersama-sama suburkan jiwa kita dengan 
berselawat sebanyak yang mungkin, di sepanjang hidup kita yang sementara ini.



Tempat Ummi Selalu Beli Barang

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ummi selalunya beli barang keperluan rumah pada tempat-tempat tertentu ja. Barang basah biasanya tentulah di Pasar Jitra dan juga pasar malam yang banyak kat Jitra ni. Jadi kalau bab makan, tak perlu risau  sebab ada banyak tempat kita boleh dapatkannya.

Antara pasar malam yang biasa ummi pergi ialah pada hari ahad di Pekan Jitra 2 ( pj 2) dekat stesyen bas atau medan selera. Pada hari khamis di Bandar Darulaman atu orang sini panggil Tanah Merah, tempatnya di Taman Mahsuri dan pada hari sabtu di tapak milik Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu berhampiran Taman Aman dan di hadapan pasaraya baru iaitu Pasaraya Cmart.

imej dari cetusankokak.blogspot
Manakala pasaraya pula biasanya ummi beli barang di Pasaraya Aneka atau di Jitra Mall. Kat sini  semua ada, macam pasaraya yang lain juga, cuma bezanya bila hujung bulan ada banyak tawaran istimewa. Masa tu berpusu-pusu orang datang. Bila dah buat jualan murah, lagi awal orang datang, 11 pagi parking dah penuh.

Jadi jika ada sesiapa yang nak datang, bersiap sedialah untuk melilau cari parking. Kat sini memang best bila ada jualan tau, sebab murah banyak! dari harga biasa atau dari mana-mana pasaraya kat Jitra ni.
Selain tu, ada banyak kedai yang menjual pelbagai barang-barang di sini. Kedai yang menjual pakaian dan tudung tu tak payah cakaplah, berlambak kat sini dan ada pelbagai pilihan. Pandai-pandailah survey harga...

Jitra Mall juga popular bagi anak muda sebab ada pangung wayang hd.  Ada pelbagai lagi kedai popular kat sini antaranya Guardian, Maxis, Celcom, Kedai Buku Hasani, Cosway, Vern dan lain-lain lagi. Manakala berhampirannya pula ada Snogurt,  Big Ten, Tutti Frutti, Nasi Kandar Nasmir dan lain-lain. Semua kedai ni terletak di Pekan Jitra 3 atau biasa di sebut pj3.

Anak ummi sedang enak menikmati snogurt

Manakala pasaraya lain pula yang kita tak perlu tunggu sale atau bila-bila masa boleh pi beli barang pula ialah Pasaraya Din Borong. Di sini terdapat keperluan dapur dan barang keperluan harian yang lain. Kat sini tak jual pakaian tapi sangat popular dengan barang keperluan kenduri.  Antara lain lagi ialah Pasaraya K-Ceria. Harga kat sini pun ok jugak. Itulah tempat yang selalu ummi beli barang pada harga yang berpatutan dan juga menjimatkan.

Korang nak tau lagi tak?  Kedai Berkat Serasi ialah pilihan utama untuk ummi dapatkan barang-barang macam makanan kesihatan dan kecantikan. Kat sini juga boleh dapat harga yang murah. Kedai ni jual barang secara borong dan runcit. Ramai orang berniaga mai ambik barang kat sini. Kat sini ada banyak pilihan antaranya pelbagai jenis / jenama minyak angin, bam, jus delima, cuka kurma, kopi, pencuci muka, sabun kecantikan, minyak zaitun, minyak atar, kismis, corong resdung dan lain-lain. Kat sini juga ada pelbagai barang keperluan perkahwinan. Datang lah dan tengok sendiri... ewahh...!! promote pulak! 

Pemiliknya orang islam kita, tengok nampak macam mamak sikit. Biasanya ummi panggil dia "Bang Li" dan begitu juga kepada pelanggan tetap lain. Orangnya peramah dan paling penting! tidak sombong dan rajin melayan pelanggannya. Kita patut sokong orang kita berniaga, macam di Kelantan. Ramai..... dan boleh dikatakan ekonomi di sana dikuasai oleh orang melayu islam kita.

Jitra ni, sebut ja.... nak makan pizza ada Pizza hut dan Domino's. KFC pun ada kat PJ lama dan Bandar Darulaman. Snogurt dan Tuttti Frutti pun ada, burger bakar dan char kueteow, kat mana-mana pun ada, Secret Recipe, semuanya jenama popular. Kalau ada orang pekan mai sini, toksah risau...boleh dikatakan nak makan atau nak dapatkan barang keperluan apa sahaja, boleh dapatkan atau cari kat Jitra ni.....

Disebabkan semua barang boleh dapat kat pekan Jitra ni, jadi ummi lebih selesa beli barang di tempat sendiri. Kadang-kadang ja.. ummi pi beli kat luar contohnya kat Mydin di Taman Saga, Alor Setar atau beli kat kampung ummi... kat Pendang.

Adu.....hh, dah lenguh ummi menaip ni. Lain kali ummi cerita lagi.....wassalam.

Jumaat, 21 Jun 2013

Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort

Assalamualaikum..

   Post kali ni ummi nak cerita pasal ummi pi Perak hari tu... Bila? hari jumaat 7 jun 2013.
Cikna dok cerita pasai kawan dia pi Pasar Kemboja di Permatang Tok Mahat, Parit Buntar.
Bagai nak gila...critanya, rambang mata memilih...tudung 3 layers, tudung terhangat masa kini.

 Al kisahnya... bertolaklah kami sekeluarga ke sana...lebih kurang 7.30 pagi. Dalam perjalanan, abang wahab tel... duk sembang yang tu, yang ni... ajaklah dia pi sama-sama. La.. tak sangka pulak abang nak ikut. Selalunya, kalau ajak dia tak pernah 'menjadi'. Ada saja alasan dia.
 
   Sampai kat hentian Gurun, kami singgah makan pagi dulu... sementara duk tunggu abang. Selesai makan, isi minyak kat Shell dan tunggu abang kat tepi jalan. Bila abang dah sampai, kami terus bertolak pi sana.
Jalan mana nak pi ni? Ala... tekan ja gps tu.. masuk nama tempat. Kami buh nama Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Terus dia tunjuk jalan. Ikut sajalah... kalau betui tempat tu, Alhamdulillah. Kalau tak betui, kita tanya orang lah.

Pasar Kemboja

   Akhirnya.. setelah melalui pelbagai jalan dan persoalan ( betui ka jalan kita pi ni .. ) kami selamat sampai di sana..Pasar Kemboja ni memang di sekitar kawasan sekolah dan di tepi jalan serta di kawasan rumah orang kampung. Sampai pukul berapa? Agak lewat juga.. dah 11 pagi. Ramainya orang... patutlah terkenal!
Kami letak kereta dekat sekolah. Adik tidur, jadi ummi turun dengan cikna, kakak, aina dan jalan sama-sama dengan keluarga abang.

   Ramai orang berniaga. Macam-macam, baju, jubah, tapi paling banyak tudung, kain pasang dan ada yang menjual secara borong dan juga runcit. Pendek kata, sini syurga orang pompuan beli belah! Penat juga berjalan.. tak tau nak pilih yang mana satu.. Cikna dah rambang mata macam kawan dia dah! Ummi pun sama... hari dah semakin panas..

   Ummi beli apa? sebenarnya ummi nak beli kain pasang, nak buat baju raya. Alih-alih tak beli pun, kain yang ummi berkenan tak cukup untuk kami anak-beranak. Yang lain tu banyak... ummi pulak tak tau nak pilih dan corak yang terkini ada imej rama-rama. Bukankah kita orang islam tak boleh / tak digalakkan pakai pakaian yang ada imej benda hidup contohnya macam rama-rama? Kan tak boleh bawa pakai solat? Akhirnya ummi beli sehelai maxi untuk aina berharga rm30. Pilih baju melayu, rm65 ja sepasang, abang tak berkenan sebab warna pilihannya tak dak pulak. Ummi beli sehelai blaus rm20, kakak beli tudung bawal satu ja.. rm10. Adik...? tak beli apa-apa pun.

   Asyik berjalan.. ummi lupa pulak nak snap gambar. Dah pukul 12 tgh. Anak-anak abang dah lapar.. Depa makan kedai dekat kawasan tu. Ummi tak makan pun. Dok kenyang lagi. Cikna ajak abang wahab pi lagi, tak puas hati, nak beli barang lagi. Akhirnya kami semua pi balik tempat tadi. Cikna beli tudung 3 layer tu sehelai rm20 pun ada, rm25 pun ada, tapi kena beli banyak lai la. Baru dapat rega tu.. ntah brapa lai di belinya. Sebenarnya ada banyak jenis ikut jenama dan material yang digunakan dan harganya juga berbeza. Lepas tu dia beli kain kapas, fesyen terkini.. yang bunga sulam tu, sepasang rm40 ja.. kak tehah pun beli jugak. Lepas tu, kami pun terus bertolak ke Bukit Merah, dah hampir pukul 1 tgh ni...

Bukit Merah

  Sampai di sana, apa lagi... seronoklah budak-budak. Dah tak sabar nak pi mandi. Kat sini pun parking penuh, jenuh juga mencari.. Jom! kita pi beli tiket. Dewasa rm34, kanak-kanak rm30. Dapatlah gelang sorang satu... beratur pulak kat pintu masuk, ada pekerja tolong pakaikan gelang.

   Selepas salin baju, anak-anak nak pelampung. Kena sewa tau, satu rm20. Kami ambik 2, kongsi lah.
Satu pelampung untuk dua orang. Oii... panas nya kat sini yer! Dapat pelampung, anak-anak terus pi.. Seronok tengok keletah anak-anak ni.... macam-macam aksi depa main air. Ummi tak turun pun. Abang wahab pun dak jugak. Bersembang lah kami sambil dok menunggu... Kat sini ada la.. gambar yang ummi snap. Jom kita tengok..


Ni kak ipar ummi.... tengah layan main ayaq

ni..kakak, cikna dan kak chaq
   Dah petang ni... dah nak balik. Ummi pun dah cemuih dok nganga ja, tunggu depa. Abang wahab dah panggil budak-budak naik mandi. Semasa pulangkan balik pelampung, ummi dapat balik duit deposit rm5. 
Selepas semua dah siap, kami pun keluar. Ada banyak gerai yang menjual cenderahati. Ummi pun belikan untuk anak-anak. Depa ni memang... mesti kena beli kicen. Satu benda wajib kalau pi jalan mana-mana. Ummi dan abah memang faham sangat. Lagi pun, tak lah mahal sangat. Tiada yang berat untuk menunaikan permintaan anak-anak ni..
Sempat juga ummi snap beberapa gambar lagi. 

ni....adik, bukan main lagi bergaya bila nak ambik gambar




   Selepas tu, kami pun bertolak ke tol Bukit Merah dan apabila sampai di Penang, abang  wahab ajak berhenti  makan. Kami turun tol Juru dan singgah di kedai nasi kandar Pelita. Riuh juga bercerita itu dan ini... Selepas makan, abang wahab nak balik terus. Dah tak larat katanya. Kami terus ke kamdar di Bukit Jambul, nak beli kain untuk buat seluar silat. 
   Dah hampir 8.45 malam, ummi dan abang cepat-cepat naik ke kamdar, yang lain tunggu dalam kereta ja. 
Sempat juga ummi pilih kain yang telah siap dipotong tiga pasang. Sepasang rm18 ja.. bolehlah buat jubah untuk anak-anak. Dah siap bayar, kami terus ke kereta dan bertolak balik ke rumah.
   Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dan kami telah selamat sampai ke rumah pada pukul 10.30 malam.

Isnin, 17 Jun 2013

Pakaian Dan Kesombongan


Dengan Nama ALLAH Ya Rahman Ya Rahim

sekadar gambar hiasan

Berhati-hatilah.... dengan niat berpakaian, kerana... ia juga boleh mengheret seseorang ke neraka.
Nabi Muhammad saw dalam sabdanya berpesan:

  " Pada hari kiamat, Allah tidak memandang kepada orang yang melabuhkan pakaiannya
 sampai ke bawah kakinya kerana bangga diri. "

   "Pada suatu ketika, ada seorang lelaki yang berjalan dengan pakaian yang cantik. Dia bangga dengan dirinya. Dia menyikat rapi rambutnya dan berjalan dengan gaya yang sombong. Tiba-tiba Allah meembenamkannya ke dalam tanah. Tenggelamlah dia di dalam bumi sehingga hari kiamat nanti."

Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ingatlah, bahawa kita tidak perlu berasa sombong dan takabur kerana itu adalah hak Allah swt seperti yang disebut di dalam sebuah hadis:

   "Kemuliaan adalah kain sarung-Ku dan kesombongan adalah selendang-Ku. Barang siapa yang mengambil satu dari pakaian-Ku, dia pasti akan Aku seksa.

* dipetik dari Majalah Iman
* bersama-samalah kita menjaga niat ketika kita berpakaian, terutama ketika kita mengenakan    pakaian yang baru dan yang cantik.

Waris Syurga Firdaus

Mukmin Yang Mewarisi Syurga Firdaus

Di dalam surah al Mukminun, Allah swt telah menyatakan beberapa ciri orang-orang mukmin yang beruntung, yang bakal mewarisi serta kekal di dalam syurga Firdaus. Mereka adalah:

  • Orang-orang yang beriman.
  • Orang yang khusyuk dalam solat.
  • Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.
  • Orang yang menunaikan zakat.
  • Orang yang menjaga kemaluan ( kecuali yang halal bagi mereka ).
  • Orang yang memelihara amanah dan janji.
  • Orang yang menjaga solat.


* dipetik dari Majalah Iman

Ahad, 16 Jun 2013

Ganache Untuk Kek Coklat

Resepi Ganache - juga dari cik nor

Bahan-bahan:
400 g fresh cream
400 g dark choc - dipotong kecil
  40 g mentega

Caranya:
1. Masak fresh cream di atas dapur hingga keluar buih halus di tepi periuk.
2. Masukkan mentega. Cairkan.
3. Masukkan dark choc dan masak hingga ia cair sepenuhnya.
4. Tutup api dan sejukkan. Ia akan jadi kental.


Ini pula resepi Krim Coklat

Bahan-bahannya:
1 cawan fresh cream
1/4 cawan ganache - yang kita buat tadi

Caranya:
1. Pukul krim hingga soft-peak.
2. Campurkan ganache, pukul hingga sebati.
3. Sedia untuk digunakan pada kek yang telah sejuk.

Cara untuk hias:
1. Potong kek kepada 3 lapisan.
2. Ambil sekeping kek, sapukan ganache secukupnya.
3. Letakkan kepingan ke dua di atasnya.
4. Sapukan ganache sekali lagi di atas kek.
5. Letakkan lapisan yang ke tiga.
6. Sapukan krim coklat pada keseluruhan kek.
7. Simpan kek dalam peti sejuk 30 m atau lebih.
8. Letakkan kek diatas redai dan letakkan talam di bawahnya.
9. Tuang ganache yang telah dipanaskan sedikit di atas kek sambil dipusing-pusing.
    Sengetkan sedikit kek supaya ia sekata atau meliputi keseluruhan kek.
10. Sejukkan sekejap kek di dalam peti sejuk.
11. Hiaskan.

* ummi belum cuba lagi resepi ganache ni..

Rabu, 12 Jun 2013

Kek Coklat Lembap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cuti sekolah yang lalu ummi janji dengan anak-anak nak buat kek . Hari ni hari sabtu...hari terakhir cuti sekolah. Anak sulung ummi yang sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke asrama datang bertanya, ummi kata nak buat kek? Bila ummi nak buat? Alamak! sebelum tu... memang ingat janji dengan anak-anak ni.. tapi dek sibuk di kedai abahnya... (ummi tolong je...) ummi dah ter...lupa janji tu.
Kesian anak ummi ni, teringin nak makan kek.... jadi walaupun dah agak lewat, hampir 3.00 petang, ummi siapkan bahan-bahan (semua bahan dah ada kat rumah) dan terus buat. Nak tau? inilah resepinya...

Kek Coklat Lembap (resepi cik nor)

Bahan A -diayak

2 cawan tepung gandum ( ummi guna tepung superfine bluekey)
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder

Bahan lain

2 cawan gula ( ummi guna gula kastor)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung ( ummi guna minyak masak)
1 cawan air panas

Caranya:
1. Menggunakan mixer, pukul gula dan telur sehingga kembang. 
    Tambahkan esen, gaul rata.
2. Campurkan air panas ke dalam susu cair.
3. Masukkan minyak ke dalam adunan tadi, gaul rata.
4. Masukkan  bahan A sedikit demi sedikit. Gaulkan sehingga rata menggunakan whisk.
5. Masukkan bahan no.2 tadi. Kacau sehingga sebati.
6. Panaskan oven dulu...
7. Alas loyang dengan kertas minyak, masukkan adunan dan bakar pada suhu 170  C,
    selama 50 min atau sehingga masak.
8. Dah siap.... 

* sejukkan sikit dan ...nyum nyum.. se.........dap!!
* kalau rajin, buatlah topping, barulah betul-betul jadi  kek coklat lembap

* tabik springg....untuk Cik Nor, resepi ni memang sedap!
   Ummi suka sangat..


Bahan Topping

1 cawan whipping cream ( ada juga orang yang guna fresh cream)
300 g dark chocolate
1 sudu teh golden syrup ( untuk hilangkan pahit coklat )
1 sudu besar mentega    ( untuk kilatkan )

Caranya:
1. Masukkan coklat yang telah dipotong kecil ke dalam bekas dan campurkan dengan whip cream.
2. Menggunakan teknik "double boiler", masak hingga coklat larut. Padamkan api.
3. Masukkan golden syrup, gaul hingga rata kemudian masukkan mentega.
    Gaul rata dan terus curahkan ke atas kek. Biarkan topping meliputi semua permukaan kek.
4. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk.
5. Keluarkan dan curahkan topping sekali lagi. 
6. Taburkan choc rice sebagai hiasan.
7. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.....

Inilah kek coklat lembap yang ummi buat.. Sedap tak kak tun??
Akhirnya ........ siap juga kek ni. walaupun agak tergesa-gesa. 
Selepas masak, walaupun masih panas, terus ummi potong dan masukkan ke dalam bekas plastik. Curahkan topping dan terus letak dalam peti sejuk.
Tapi dah tak sempat sejuk.. dah lewat, dah hampir 6.00 petang. Selepas siap, terus bertolak ke sekolah. 
Banyaknya kereta kat lebuhraya hari ini ye... Sampai sekolah pun dah lewat, dah hampir pukul 7.00 malam.
Dah terlepas waktu yang sepatutnya ( paling lewat 6.30 petang) tapi ummi dah maklum terlebih dahulu pada warden, yang kakak akan sampai lewat. Sebab  apa... lewat? Sebab abahnya tak ada... Pergi mesyuarat di pejabat Dato' Wan Fauzi.  Katanya, kat Selangor. Mesyuarat agung orang Gayung. Abahnya dalam perjalanan balik tapi baru sampai kat Perak. Jauh lagi tu... jadi, siapa lagi yang tolong hantarkan? Siapa lagi...Cikna lah.
Dapat juga anak solehah ummi makan kek kesukaannya.
Alhamdulillah.

    

Selasa, 11 Jun 2013

Hari pertama

Bismillahirrahmanirrohim

Inilah hari pertama ummi menulis...
Alhamdulillah akhirnya, tercapailah hasrat ummi untuk memiliki blog sendiri.
Ummi suka membaca dan menulis maka di sini lah, mahu ummi abadikan segala catatan tentang hidup ummi...keluarga ummi dan apa sahaja yang mungkin menarik untuk dikongsi bersama-sama; mahupun sebagai rujukan kelak, bagi ummi sendiri, anak-anak atau sesiapa saja yang sudi.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang kurang itu datangnya dari ummi sendiri.