Isnin, 11 November 2013

Karnival Sukan Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Petang kelmarin ummi, abah dan adik pi Baling.
Kami ke Kompleks Belia dan Sukan Baling. Ada Karnival Sukan Kanak-kanak, anjuran Kementerian Belia Dan Sukan peringkat negeri Kedah. Wah.. ! tengok tajuk macam karnival besar kan..  - sampai sini baru tau ada karnival.

Kami bertolak pukul 2 ptg. Chik F kata pi kot Sp senang, dekat ja, sejam sampai la.  Jalan pun terus.... saja, tak dak lah masuk kampung sana sini. Jadi abah pun ikut lah.
Kami masuk ke lebuhraya, lepas tol Hutan Kampung baru ummi buka GPS. Dlm kiraan gps, kami akan sampai pada 3.48 ptg. Kami pun terus ke tol SP Utara dan keluar di sana. Kemudian masuk ke Bandar Amanjaya menuju ke Kuala Ketil dan terus ke Baling.

Di sepanjang jalan, ummi dok merungut kat abah, kata sejam sampai... pi Sp pun dah sejam. Abah kata, dia silap la tu...  Setelah naik turun bukit, lalu kat ladang kelapa sawit, ladang getah.... rasa macam jalan nak pi Kelantan pun ada..., akhirnya kami sampai di sana, hampir 2 jam, macam kiraan GPS.

Sampai kat sana tengok..... eh, ramai ni macam2 acara ada. Ada bola sepak, bola jaring, bola tampar, pingpong dan sepak takraw. Kami tanya 'pak gad', dia tunjuk, nun.... di hujung sekali. Parking pun nampak penuh..., tapi abah masuk juga cari kat dalam. Hm, dapat pun, kami turun dan terus ke 'court' tempat acara sedang berlangsung.

Sampai kat sana, dah nampak pasukan aina sedang bermain menentang pasukan mana tak pasti pula, yg pasti depa menang lagi... syukur, Alhamdulillah. Pagi tadi pun dah menang dua kali.

Pasukan depa ada satu lagi perlawanan selepas ni.... final.
Selepas pasukan lain berlawan giliran depa pula, kemudian... anak2 ni masuk ke gelanggang, KP lwn..... , sekali lagi kemenangan berpihak kpd mereka, Alhamdulillah, berkat usaha gigih akhirnya mereka terpilih sebagai Johan.

Acara penyampaian hadiah lewat dari jangkaan penganjur, dah 6.30 petang baru nak mula... anak2, guru serta waris dah tak larat nak menunggu lagi, acara bola tampar masih belum selesai.
Pasukan bola jaring mendapat johan dengan hadiah wang rm500, manakala bola sepak, juga johan dengan hadiah wang sebanyak rm750. Pengarah sendiri yang sampaikan hadiah kpd wakil pasukan. Tiada sijil, tiada medal ??

Lepas selesai, dah 7mlm, kami semua bertolak balik. Ummi buka GPS sekali lg dan kali ni ditunjukkan jln lain pulak. Jalan ni melalui Parit Panjang, ke Jeniang dan terus ke tol Gurun dan jangkaan masa cuma 1jam 28 minit. Eh... dekat banyak tu, jimat 1/2 jam, jadi kami ikut je jln tu.... dan singgah di r&r Gurun untuk solat maghrib, tapi... ya Allah, ramainya.... parking pun penuh, lama juga kami mununggu untuk dpt masuk.

Ummi turun beli kuih je, ramai sangat, lagipun aina naik kereta cikgu dah sampai kat Hutan Kampung, nanti nak pi ambik dia lagi. Nanti lambat pulak. Kami balik terus ke sekolah untuk ambik aina. Cikgu kata semua budak2 tidur dlm kereta, sebab tu cikgu terus balik ja, tak singgah kat Gurun dah. Cikgu Shima belikan burger untuk budak2... lapar nampaknya..., aina terus makan. Selepas salam, kami terus balik rumah.

Ahad, 10 November 2013

Kek Betawi Kukus

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum,
Dah lama tak makan Apom Betawi.
Dulu.... masa kecik2, mak selalu buat.
Bila raya, kuih ni wajib ada. Tapi sekarang mak dah tak buat dah....
dan hari ni... ummi guna resepi Apom Betawi untuk buat kek.
Kenapa ummi panggil kek? sebab... ummi tambahkan serbuk penaik dan
ovalette ke dalam senarai bahan-bahannya, ok.
Jom tengok resepi ni.

Kek Betawi Kukus

bahannya:
3 biji telur gred B
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen ros
1 cawan tepung gandum - diayak bersama
1/2 sudu teh serbuk penaik - diayak bersama
1/2 sudu teh ovalette
sedikit pewarna merah jambu

caranya:
- pukul telur dan gula sehingga kembang dan putih.
- masukkan ovalette dan esen.
- guna kelajuan tinggi dan pukul lagi sehingga ia betul- betul sebati.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
- pukul selama 5 minit lagi sehingga adunan nampak kembang, putih dan likat.
- ambil sedikit adunan dan warnakan
- tuang adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas ( kertas apa pun boleh)
  atau tuang ke dalam bekas microwave.
- tuangkan pula warna merah jambu tadi.
- lorekkan corak jika suka.
- panaskan pengukus hingga didih airnya.
- kukus pada api sederhana besar selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan bolehlah dipotong.

Enak dihidang ketika minum petang bersama teh atau kopi panas.


pesan ummi:
* buang dahulu tali pusat telur supaya kek tidak berbau hanyir
* boleh juga dibuat berlapis macam kek marble
* untuk mengelak permukaan kek berkawah,
ketika menggunakan loyang, atau perlu mengukus dlm jangkamasa yang lama:
1- tutup permukaannya dengan aluminium foil atau
2- letakkan penapis di atas loyang atau
3- balut tudung pengukus dengan kain bersih,
jadi air kukusan tidak akan jatuh ke atas kek atau permukaan apam anda
( jadi berlubang-lubang / berkawah dan tidak cantik )

bukan kreatif sangat nak melakar corak, saja..  suka-suka
ummi guna lidi pencungkil, tarik2 je, pusing sana, pusing sini
itu lah yang terhasil

tengoklah gambar2 ni, 
warnanya sedikit berbeza kan ?
gambar ni ummi guna 'flash' tablet,
nampak kuning pulak...

apa pun, ia adalah kuih yang sama.
kat atas gambar yang asli...
tapi kalau kuning pun, cantik juga kan

apam betawi asli yang mak buat memang warna kuning pun,
tapi mak tak letak pewarna,
ia warna asli.. mungkin sebab mak pakai telur itik


masih dalam 'cup'

setelah dipotong... dah sedia nak makan dah ni... jom

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 6 November 2013

Apam Coklat Mekar



Assalamualaikum, 
hari ni ummi nak kongsi satu resepi apam yang menarik . 
Resepi ni ummi olah dari resepi Apam Polkadot.


Apam Coklat Mekar
oleh ummiaishah2278.blogspot.com


bahan - bahan:

A-
180 g gula kastor
3 biji telur - ummi guna saiz C
2 sudu kecil ovalette - ummi guna sudu kfc je
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanilla 


B-
250 g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil serbuk penaik - diayak


C-
150 ml susu cair
1 1/2 sudu kecil coklat emulco
bekas microwave / cawan kertas / acuan



Caranya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk adunan dan putar sehingga ia sebati. Tingkatkan kelajuan dan putar sehingga adunan kembang dan kelihatan putih.

2. Masukkan sedikit bahan B, putar hingga ia rata dan masukkan sedikit susu cair, putar sehingga sebati. Ulang langkah ini sehingga habis semua bahan. Pastikan langkah terakhir adalah tepung juga.

3. Cedok separuh adunan dan masukkan ke dalam mangkuk lain ataupun masukkan je ke dalam beg piping.

4. Masukkan coklat emulco ke dalam baki adunan. Putar hingga ia sebati atau boleh juga kaup balikkan sahaja sehingga ia rata.

5. Sediakan bekas untuk meletakkan adunan. Ummi guna bekas microwave je...

6. Masukkan adunan koko dahulu kemudian adunan asal. Adunan dimasukkan 3/4 bekas sahaja.

7. Menggunakan lidi pencungkil gigi, cucuk ia ke dalam adunan tadi dan pusingkan / kacau  beberapa kali. Ia bertujuan untuk memasukkan udara ke dalam adunan dan apam akan pecah atau mekar bila masak nanti. Ini satu teknik tau....

8. Sementara itu panaskan periuk kukusan hingga air mendidih dan perlahankan apinya.

9. Lorekkan bahagian atas apam mengikut kreativiti anda dan bila dah siap, kukuskan pada api sederhana antara 8 - 15 minit mengikut saiz acuan anda atau sehingga masak.

10. Bila dah masak, angkat dan sejukkan di atas redai.


  •  untuk bekas microwave yang ummi gunakan tu, ummi kukus cuma 11 minit sahaja.
  •  kalau guna cawan kertas kecil, masukkan ke dalam acuan lompang dulu kemudian kukus 8 -  9 minit.
  •  adunan tu..... bleh buat macam2, nak buat berlapis ke... nak buat sarang labah2 ke... suka hati .... kreatif kan diri anda, okey...
  • apam ni tahan sehingga keesokan hari ( tak rosak ) dan masih kekal lembut.



lihatlah hasil apam coklat mekar ni...
sangat lembut dan sedap 


dilihat dari sisi... nampak macam aiskrim pun ada...
yang ni.. ummi kacau dan naikkan warna koko di tengahnya


yang ni pula ummi kacau warna asal bercampur dengan warna koko

ini pula versi cawan kertas

gambar-gambar ni cuma diambil menggunakan tablet sahaja
ummi tak ada kamera canggih manggih macam blogger2 terkenal tu...

apa pun, walau hanya kamera biasa 
dan hasilnya cuma gambar yang biasa-biasa...
dapat juga ummi tempekkan gambar hasil air tangan ummi
ke blog kecil ini...

sebagai inspirasi.... untuk terus menghasilkan 
serta mencuba pelbagai resepi
masakan untuk keluarga ummi

juga sebagai kenangan
untuk anak-anak yang sangat ummi sayangi...

Sekian,


SELAMAT MENCUBA

Apam Polkadot

Bismillahirrahmanirrahim



Inilah apam polkadot yang ummi buat tempohari. 
Hari cuti.. semua anak2 ada di rumah. 
Jadi, ummi suka 'masuk dapur' cuba pelbagai resepi...
dan hari ni ummi buat apam kukus.

Resepi ni... ummi godek dari internetlah dan dapat dari:
blog Julia, Recipes House http://idealrecipes.blogspot.com
dan 
terima kasih kepada blogger masakan ni, yang sudi berkongsi resepi...
resepi ni menghasilkan apam yang sedap, lembut dan gebu...
 dan kami sekeluarga sangat sukakannya!
kalau nak tengok resepi asal.. silalah ke blog depa, ok.

Inilah resepinya,

APAM POLKADOT

bahan A:
3 biji telur - ummi guna saiz B
2 sudu teh ovalette
3 sudu besar minyak masak
200g gula kastor - ummi kurangkan kepada 180g saja

bahan B:
250g tepung gandum - diayak
1 sudu teh serbuk penaik - diayak
150 ml susu segar / cair - ummi guna susu cair
pewarna dan filling kesukaan
cawan kertas  dan acuan lompang

Caranya:
1. Pukul bahan A sampai kembang dan gebu - adunan akan jadi putih.
2. Masukkan tepung dan selang seli dengan susu sampai habis.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- lebih mudah masukkan ke dalam beg piping
4. Sediakan acuan -bekas lompang, masukkan cawan kertas ke dalamnya. 
Paipkan adunan ke dalamnya, paipkan filling dan paip semula adunan tadi hingga hampir penuh.
5. Ambil warna lain dan paipkan sedikit membentuk dot-dot di atasnya - masukkan adunan ke dalam beg plastik dan gunting kecil bucunya.
6. Panaskan periuk pengukus hingga airnya mendidih dan kecilkan api.
Kukus selama 9 - 10 minit atau sehingga masak.

warna pink ummi letak filling strawberry,
hijau ummi letak filling kiwi

inilah hasilnya,
apam polkadot kiwi
warna lain pun ada... tapi tak sempat nak ambik gambar, dah 'cerah'...
** ummi buat dengan anak2.... apalagi.. macam2 rupa depa deko, 
ada bunga, ada smiley, ada huruf dan macam2 lagi. 
Ummi letak 3 jenis filling, strawberry, blueberry dan kiwi.
Semuanya ada 4 jenis warna termasuk yang asal.
Suka sangat anak2 ni... main masak2 yang betul2 masak.

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 1 November 2013

Terpilih Sebagai Olahragawati

Bismillahirrahmanirrahim


Pada hari rabu lepas, 30 Oktober 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA
telah mengadakan 
Kejohanan Padang dan Balapan
di Mini Stadium SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

rumah Jebat

semua kontinjen rumah sukan sedang beratur di padang

ketika acara perbarisan

ia disertai oleh murid tahun 3 - 6 
ada larian 100m, 200m dan larian baton 4 x 100m
sebelum tu cikgu dah buat acara lontar peluru di sekolah

Anak ummi, 'aina mendapat:
 tempat pertama dalam acara 100m dan 200m,
tempat ke dua dalam acara baton 
dan tempat ke tiga dalam acara lontar peluru
dia juga masuk acara perbarisan sebagai Puteri

jadi 'aina telah mendapat
2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa
dan juga telah dianugerahkan sebagai Olahragawati sekolah
Alhamdulillah.... rezeki anak-anak kan.

Saat manis... ketika menerima piala dari Guru Besar