Selasa, 10 Julai 2018

Masak Susu Lembu Segar

Assalamualaikum.

      Siapa tak pernah makan susu lembu segar?  aaa.. yang baru perah tuu... Awak? awak?  tak lalu? Alaaa... rugi tau! Susu lembu ni banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi yang "fresh". Kalau aaak pandai masak, nikmat dik non oii... sedapp ๐Ÿ˜.
      Awak tak suka minum sebab bau hamis ye..? bau moo yer... ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฎ hihi. Mai sini, Ummi nak ajar ko masak susu lembu. 
      Ok, macam ni ha.. 
1. Sediakan susu lembu dahulu. Berapa kilo? sukahati awaklah. Kalau tak pernah minum lagi susu segar masak sendiri ni, lebih baik beli sekilo dahulu. Biasanya kat Jitra ni, sekilo susu rm4-5 je.
Harga ikut tempat masing-masing. Kalau susu tak banyak, boleh sampai rm7 sekilo harganya.
2. Daun pandan 3-4 helai dan sedikit kismis.

Caranya:
1. Masukkan susu ke dalam periuk yang sesuai. Pastikan bukan periuk masak gulai, atau asam pedas mak kau dik non. Nanti pedas pulak rasa susu kau. Masukkan daun pandan yang telah dicarikkan dan juga kismis.
2. Masaklah dengan api sedang. Dik non... jangan tinggal tau.. kena tunggu masak susu ni. Kacau sesekali hinggalah susu mendidih. Masukkan sedikit garam. Sedikit je, sekadar pembangkit rasa lemak susu. Ok, dah boleh tutup api.

Nampak tak kismis dan daun pandan tu..

Bila dah suam sikit, susu akan jadi "berkepala" macam susu soya jugak. Arwah tok cakap macam tu.. ummi pun ikutlah. Tak taulah bahasa atau dialek awak panggil apa. Tapi kann... kepala susu tu sedap. Zaman ummi budak-budak dulu, berebut kita adik beradik nak makan.

Dah suam sikit ni, dah boleh minum. Boleh tambahkan sedikit gula atau madu sebagai penyedap rasa.
Kalau suka rasa halia, masukkan susu panas yang baru masak tadi ke dalam mug atau cawan. Letakkan 1-2 hiris halia. Tutup. Biarkan suam.
Sangat enak di minum ketika ini.
Awak, kalau tak suka minum suam, boleh minum sejuk-sejuk. Letakkan ais kiub. Sejuk pun.. nikmat.
Alhamdulillah. Yang paling penting, susu dah tak rasa hamis. Malah lebih sedap ๐Ÿ‘dan wangi.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: