Selasa, 18 November 2014

Sambal cili api dengan ikan tongkol

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Alhamdulillah... masih mampu menarik nafas... masih mampu merasai nikmat musim 'menabur padi' di bumi Allah ini. Sejak dahulu.... ini lah suasananya, beginilah cuacanya. Dibesarkan sebagai anak petani. Inilah kehidupanku dulu... Sangat indah. Menikmati serta merasai nikmat alam ini.... dengan segala deria rasa, syukur Alhamdulillah.


Hari ni.... hmmm, nak kongsi resepi ringkas masakan kampung dari seorang sahabat. Nampak sangat menyelerakan.... 

Jom tengok resepi.

Resepi Sambal Cili Padi dengan Ikan Tongkol
sumber: Harayati Johari - DP


bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol - gaul garam kunyit & digoreng 
1biji bawang besar **
2 ulas bawang putih **
2 biji cili merah **
10 biji cili api ** - tambah kalau mahu lebih pedas
sedikit serbuk kunyit **
1 batang serai - diketuk
1 - 2 keping asam keping
garam, gula & perasa

caranya:
1. Kisar bahan bertanda **.
2. Panaskan minyak, tumis serai & bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air dan asam keping.
4. Setelah didih, masukkan garam, gula & perasa secukupnya.
5. Masukkan ikan goreng tadi. Kacau hingga bersalut rata.
6. Sedia dihidang dengan nasi panas.


pinjam foto dari pakcik google

Sedikit info :

Di Kedah ikan tongkol dipanggil dengan nama lain iaitu ikan mambu.
Ikan mambu ini, jika isinya putih, biasanya di buat gulai dan boleh juga dibakar. Ikan di belah belakang dan disapukan sedikit garam. Jika di buat gulai, biasanya ikan bersaiz besar. Jika dibakar, ia bersaiz sedang. Enak dicicah dengan air asam.

Ikan mambu hitam pula, boleh di goreng, dibuat sambal tumis dan lain-lain. Ia boleh juga dibakar tetapi isinya lebih pejal berbanding jenis isi putih. Jenis ini pun boleh di masak gulai juga.

Di Penang, ikan ini digunakan untuk membuat kuah laksa.
Di Kelantan dan Terengganu pula, gulai ikan ini menu wajib bagi nasi dagang.

Isnin, 17 November 2014

Roti cicah kuah gulai

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Alhamdulillah, rezeki pada pagi ini.

Pagi tadi tak tau nak masak apa dan tak tau nak makan apa..
Kekadang tu buntu... adakala Azz cuma sarapan dengan secawan air milo je... dah cukup. Suami dan anak bongsu.. sangat jarang ambil sarapan pada awal pagi. Azz sorang je... itu pun sebab tak tahan perut kosong. Kalau tak makan, lambat makan, salah makan, itu semua alasan untuk kembung perut. Jadi kesimpulannya, kena jaga makan dan waktu makan. Dalam dok jaga pun... masih kembung juga.


Apa pun, Alhamdulillah. Sehingga hari ini, Azz masih sihat walaupun umur dah makin bertambah dan anak-anak pula dah makin besar. Syukur Alhamdulillah. Kesihatan yang baik juga adalah rezeki dari Allah.


Sebelum masuk kerja, sempat lagi suami Azz belikan roti dan dibawanya sekali gulai ikan dari kedai mak. Katanya makan cicah dengan roti, sedap tu.... gulai pula masih panass.. lagi. Hmm....


Rezeki hari ni, roti sandwich cicah kuah gulai. Biasanya roti sandwich atau roti benggali ni menu petang tapi hari ni buat sarapan pula. Alhamdulillah mengenyangkan. Apa taknya... Azz 'sapu' empat keping roti. Nah ambik..., kalau dah lapar, makan pula lewat... itu lah jadinya. Makan tak ingat dunia. Koyak cicah, koyak cicah. Sedar-sedar dah habis empat keping!


terpaksalah ku pegang roti dengan tangan kiri
sebab cuma tangan kanan je.. tau tekan button pic ni.


Ahad, 16 November 2014

Hadiah untuk Hafizah

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Bersyukur ke hadrat-Nya, impian ummi & abah akan tercapai hendaknya suatu hari nanti.. 
mudah-mudahan.. Amin.
Demi memenuhi impian anak-anak tersayang, terutama anak hafizah ini. 
Walaupun pada awal tahun dulu.. berhajat sangat nak DSLR tapi.. 
dah ubah fikiran pula pada saat akhir. Nak telefon baru pula  katanya.

Anak hafizah ni 'lekat' tabiat suka menyimpannya. Setelah ditolak telefon lamanya dan ditambah sedikit oleh abah, dapatlah dia menggenggam telefon baru. Suka sangat. Ummi & abah sebenarnya sangat berbesar hati dapat tunaikan keinginan serta impian anak-anak. Lebih-lebih lagi anak hafizah ni sudah hampir mencapai target diri dan sekolahnya untuk masuk ke juzuk enam sebelum cuti sekolah. Alhamdulillah. Inilah 'hadiah kecil' dari ummi dan abah untuk anak yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran. Kami bersyukur pada Mu, ya Allah.

Rabu, 5 November 2014

Maruku Meletup

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum...
Bertemu lagi sahabat-sahabatku sekalian, mudah-mudahan sihat
dalam barakah-Nya amin....

Petang kelmarin dok belek-belek gambar screen-shot yang tersangatlah
banyaknya kat dalam tablet... dah simpan dalam laptop tapi..
sayang pula nak buang dari tablet.. huh, masalah tu..
Bila tak tau nak buat apa. Boleh juga belek sana sini.

Belek punya belek.... terbekenan lah satu resepi ni..
lagipun dah banyak hari dah dok intai.

Tengok bahan mudah je... tengok cara.. macam senang je..
Tunggu apa lagi... malam tadi, selepas dah tak ada apa perkara
yang nak dibuat, Azz menerai le resepi baru ni...

Resepi ni Azz dapat dari rakan fb, Kak Tahrunnisah Jali.
Terima kasih kak, sudi kongsi macam-macam resepi.
Dah makin bertambah ilmu memasakku kini, Alhamdulillah.
Semuanya dengan izin Allah jua, Amin.

Azz tetap nak tempekkan juga resepi ni di sini.
Bukan Azz malas nak menaip, tetapi supaya Azz tak kehilangan
sumber resepi yang asli.
Sesiapa saja boleh lihat dengan jelas.

Azz tak cedok resepi orang semata-mata dengan meninggalkan sumbernya.
Azz mahu mereka rasa dihargai atas sumbangan mereka.
Azz hanya berkongsi kegembiraan, berkongsi masakan
yang boleh kita hidangkan kepada keluarga kita.

Semoga Allah murahkan rezeki insan yang telah mencipta rasa resepi maruku ni.
Jom kita tengok resepi..




dan ini pula resepi sama, yang Azz olah berdasarkan bahan yang ada kat rumah.


Resepi Maruku Meletop

bahan-bahan:

300g tepung pulut 
200g tepung kacang kuda - Azz guna cap Bunga Raya 
1/2 sdb garam halus 
1 sdb gula pasir 
1/2 sdb serbuk jintan manis 
1/2 sdb serbuk jintan putih 
2 sdb udang kering - ditumbuk halus

60 ml/g santan kotak * disatukan
200 ml air * disatukan
60g marjerin - dicairkan 
1 biji telur saiz A - dikocak dengan garfu


caranya:

1. Satukan semua bahan kering dalam satu bekas.
Gaul hingga rata - boleh gunakan whisk.
2. Masukkan marjerin cair dan telur.
3. Masukkan bancuhan santan tadi sikit-sikit.
Gaulkan hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana, tekan adunan dan goreng hingga kekuningan.
Taburkan daun kari ketika menggoreng untuk mendapatkan harumannya.
5. Setelah masak, angkat dan toskan. 
6. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.





Azz dapat dua balang ni... satu balang dah habis..



Masa sukat bahan, Azz tak berani nak letak rempah
ikut sukatan Kak Tahrunnisah.
 Azz takut panas... sebab Azz alah dengan kepanasan herba.
Azz boleh demam tau..!
Jadi.. Azz dah kurangkan sukatannya.

Maruku yang Azz buat ni tak kuat sangat rasa  rempahnya... dan juga tak pedas!
Budak kecik pun boleh makan kalau rasa macam ni..
Sungguh sedap dan sungguh rangup!!
Puas hati dapat buat sendiri.
Dapat banyak pula tu...

Sungguh tak sangka, tepung pulut pun boleh buat maruku...
Lain kali Azz nak buat lagi, nak cuba yang pedas pula.. 
ha.... dah berangan dah!

Jom.... Jom cuba!

Ahad, 2 November 2014

Kek Batik Biskut Marie - langkah demi langkah

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum.

Ada yang bertanya...? asyik pos entri makan je....
Ye la.... Azz suka.... ehem... ehem..
suka?? nanti ko kembang sebab ko banyak makan!!
he..he.. tak de lah. bukannya makan sorang beb!

Kepada yang selalu mai rumah Azz.... mesti perasan kan...
dah bertahun-tahun ko buat, baru sekarang ko nak pos entri?
biasa le... resepi yang dah berbelas tahun asli tau..
tak sama dengan orang lain punya.

Sekarang ni dah macam-macam dia orang buat tau...
hu...hu... tapi tak sama dengan resepi asli milikku ini.
Resepi asli ni tetap sedap dan memikat!!

Resepi Kek Batik ni sebenarnya Azz dapat dari satu majalah.
Azz tak pasti majalah apa tapi mungkin Saji kot.
Seingat Azz, resepi ni disumbangkan oleh seorang chef dari sebuah hotel...
maaflah, hotel apa tak ingat juga..
Majalah ni memang dalam simpanan Azz tapi...
sayangnya.... banjir besar pada 2005 telah 'melenyapkan'
segala bagai resepi, buku, majalah dan lain-lain.

Pada ketika itu tiada apa yang sempat diselamatkan melainkan
diri dan anak-anak sahaja dalam keadaan sehelai sepinggang
berikutan air yang naik secara tiba-tiba.
Air di dalam rumah di paras pinggang tapi air di luar rumah separas dada!!
 Anak Azz yang bongsu ketika itu berusia empat bulan terpaksa di julang 
oleh abahnya ketika kami keluar dari rumah berikutan arus sangat deras!!
Semuanya tinggal kenangan...

tapi...
he.. he... resepi kek batik ni memang selamat
sebab Azz selalu buat dan 'tersimpan' di kepala.
Alhamdulillah.


Eh.. panjangnya bercerita kenangan lalu ya...
Jom tengok resepi.


KEK BATIK BISKUT MARIE - resepi asal

bahan-bahan:

1 kg biskut marie
200 g marjerin
200 g gula pasir
200 g serbuk koko
3 biji telur
750 ml santan

caranya:
1. Patahkan biskut marie.
2. Masukkan semua bahan kecuali biskut ke dalam kuali.
3. Masak semuanya hingga didih.
4. Masukkan biskut, kacau rata.
5. Tuang ke dalam bekas. Padatkan dengan dialas daun pisang.
6. Sejukkan semalaman.


Okey,,,, itu resepi asal chef tau
dan kat bawah ni resepi yang pandai-pandai je Azz ubah ye... 
mengikut citarasa tekak ku...


KEK BATIK BISKUT MARIE
oleh: aisyahaz-zahra2278.blogspot.com


bahan-bahan:

500 g biskut marie saiz kecil
100 g marjerin
100 g gula pasir
50 g serbuk koko Van Houten - lebih sedap
2 biji telur saiz A
1/2 sudu teh / penutup esen vanilla - pilihan
400 ml susu segar
loyang atau bekas yang sesuai

caranya:

Azz lebih suka guna biskut marie kecil.
Azz beli yang timbang. Biskut ni lebih sedap.
Kalau tak ada... Azz syorkan korang beli jenama Munchys, okey.



Ni... biskut marie jenis kecik-kecik. okey...


Langkah - langkahnya...


1. Dah biskut kecik, kepak dua sudah la... kepak semua tu..

Telur berfungsi untuk melembut atau melembapkan kek.
walaupun Azz letak dalam resepi guna gred A, tapi kalau tak ada, 
guna gred B atau gred lain pun boleh.
jangan risau ye...

2. Pecahkan telur dan buang pusatnya.
kocak dengan camca hingga ia sebati. ketepikan.

Kalau nak masukkan esen vanilla, kocakkan dengan telur sekali.
Kalau tak masukkan pun tak apa. pilihan je...
Sukahati kita le nak masukkan atau tak.



3. Serbuk koko dicampur gula pasir. Gaul hingga rata.
Pastikan tiada ketulan serbuk koko ya...

4. Panaskan belanga dengan api paling kecil / api tengah / perlahan.




Kemudian... masukkan marjerin ke dalam belanga.




dah cayaq semua kan....



5. Masukkan serbuk koko yang telah dicampur rata dengan gula tadi




kacau hingga sebati




6. Kemudian masukkan terus telur yang dah dikocak tadi.
kacau sampai sebati.



7. Kemudian masukkan susu segar, kacau sampai sebati jugak.
Guna susu cair pun boleh...
tapi rasa tak sama ya...
susu segar lebih sedap!



Dah sebati, jadi macam ni...
Kuatkan sedikit sahaja apinya sebab kita nak bagi didih.
Dah merahkan tu.. jangan lupa pulak!
kalau api besar adunan cepat sangat memekat, berketul & boleh hangit!
Okey.... kesimpulannya, jangan ralit.



Kacau selalu supaya ia tidak berketul atau berkerak.
Kacau hingga ia mula memekat dan bertukar warna kepada koko gelap.
nampak tak..... dah berasap dan bergelombang dah tu...




8. Masukkan biskut marie




kacau hingga ia bersalut rata




dan jadi macam ni...
tutup api.




9. Sendukkan ke dalam loyang / bekas yang sesuai yang telah dialas 
kertas minyak atau dialas dengan plastik.

Tujuan di alas tu.... supaya nanti, mudah dikeluarkan.
Kalau tak alas pun tak pa, 'tak dosa'... he he..




10. Segera ratakan adunan tadi. 
Tekan-tekan dengan senduk ka... camca ka... 

11. Ambil daun pisang. Sekarang dah moden...
gunakan plastik, letak atas adunan tadi.
Tekan dan padatkan dengan tangan atau alat yang sesuai.
Azz guna tangan je... dah siap.
Sejukkan.

Kalau ikut resepi chef.... buat hari ni, esok baru boleh makan tau..
tujuannya, supaya kek tu sejuk dan mengeras.
Bila kita potong, kek tak pecah... atau relai.
Sebaiknya, kek dibiarkan sejuk dahulu baru dipotong.

Kalau dah tak sabar nak makan, bila dah sejuk sikit masukkan
ke dalam peti sejuk 3 - 4  jam.
Boleh potong dan makan....
hiaskan jika suka

Azz kat rumah jarang letak topping pada kek ni.
Makan macam tu saja pun.... dah sedapppp.

* kek lebih lembut & enak dimakan jika dalam keadaan suhu biasa


Ko baca entri ni..? pernah makan tak?
kalau tak pernah makan, rugi.... sedap ni...
apa tunggu lagi...., nak kena pi cari barang ni
Cepat Pergi Beli....!!


*Bahasa Kedah banyak ni.... kalau tak paham, tanya le... okey.