Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Assalamualaikum..
Lama juga Azz tak pos entri baru kat blog ni kan...
Entri ni pun dah banyak kali Azz cuba pos.... tapi tak boleh juga.
Entah di mana silapnya dan entah apa yang tak kena... akhirnya Azz taip semula.
Rugi rasanya kalau tak simpan resepi kat blog. Takut hilang lagi... sayang.
Dua kali kena banjir besar, dah mengingatkan Azz supaya lebih berwaspada.
Azz tak nak lagi kehilangan resepi kesukaan dan resepi yang telah disimpan lama.
Salah satu cara paling selamat adalah menyimpannya di alam maya ini.
Resepi yang tersimpan di sini bukan hanya untuk Azz seorang tapi juga untuk anak-anak
dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba resepi keluarga Azz, resepi baru dan lama.
Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua.
Untuk hari ni Azz nak kongsi satu resepi aiskrim yang menggunakan susu cair.
Resepi ini hasil perkongsian dari sahabat fb. Azz buat perisa vanilla, strawberi dan oreo.
Untuk aiskrim oreo, Azz buang krim dan kisar. Kalau sedikit, masukkan ke dalam plastik dan tumbukkan aja dengan menggunakan anak lesung batu. Lebih mudah.
Anak-anak suka oreo, mereka kata ia lebih sedap..
Jom kita tengok resepinya..
Aiskrim Susu Cair
bahan-bahan:
1 tin susu cair - disyorkan F&N
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar ovalette
1 sudu teh / penutup esen vanilla
Caranya:
mudah je.... putar semua bahan hingga kembang dan gebu.
letakkan pewarna dan perasa yang disukai.
masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan bekukan.
dah boleh makan...
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan