Rabu, 29 Oktober 2014

Congo Bars

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita pada hari ini.
Sejak pagi tadi, Alhamdulillah cuaca sangat indah.... dan cerah.

Congo bars. Satu nama yang unik bagi Azz.
Walaupun resepi ni telah lama popular..  mungkin sejak 2011 lagi,
tapi baru sekarang tergerak hati Azz untuk mencubanya.

Resepinya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan ringkas caranya.
Itu yang membuatkan Azz tertarik untuk mencubanya.
Apatah lagi ia kembali popular sekarang ni.

Setelah 'meng-google' ... Azz dapati kebanyakan resepi
yang dipaparkan hampir sama sahaja.
Jadi Azz c&p resepi dari blog soulain.blogspot.com
* terima kasih ya...
Cuma Azz ubahsuai sedikit kandungan bahannya.
Azz hanya cuba 2/3 dari resepi ni.


so..here's the recipe:
credits: mamaleen's & soulain.blogspot.com

Resepi: Congo Bar


315gm tepung gandum - 200g
21/2 sudu teh baking powder -1 1/4
1/2 sudu teh garam - x boh pun..
150gm mentega - guna marjerin aja
300gm gula perang - 150g  * dah kurang tapi masih manis....
3 biji telur A - 2 biji
 1 sudu teh esen vanilla - 1/2 sdt
300gm chocolate chip - 40g
100gm hirisan badam - 30g kepingan badam
dan sedikit hiasan, choc chips, kepingan & nibs badam


Loyang 10" x 10" dialas dan digris



Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati. Azz guna mixer je.. kelajuan rendah.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam dan choc chips.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit. 
Oven Azz kurang panas kot... Azz tambah masa hingga 40 min.

note: kalau nak rasa lebih sedap...sila lah gunakan butter jenis pure butter seperti SCS butter, choc chips dan gula perang yang berkualiti..baru rasa lebih terangkat.!~ tapi harga pon memang terangkat jugak lah kan:P 

tulisan biru tu.... hasil kerja Azz la...

Jom layan gambar...

sebelum masuk oven ni....

yeah.... dah masak




kita besarkan gambarnya.....
wah! teruja. siap & menjadi juga akhirnya...
Alhamdulillah.
Makan panas-panas, hmmm..... sedap tapi pada tekak ni...  masih lagi rasa manis.
 Lain kali kena kurangkan lagi gula tu..
Rasanya rangup-rangup gitu...
Nak kata kek bukan... nak kata brownies pun bukan...
ha ha... dok tengah-tengah.
Bila sejuk... dah tak rasa rangup dah.
Itu je..

Sapa tak pernah buat lagi...? 
Jom cuba.... senang je.


Tiada ulasan: