Assalamualaikum sahabat semua....
Apa khabar anda hari ini? mudah-mudahan, sihat....hendaknya.
Kalau ada yg sakit... jgn lupa ambil ubat.
Hari yg ceria ni, Azz nak kongsi satu resepi dari sahabat Fb Ana Jandi.
Resepi biasa dah jadi luarbiasa...! itulah pengaruh fb.
Yang bermanfaat tu... kita ambil.
Kita biasa buat cucuq. Lebih-lebih orang Kedah.
Pagi makan cucuq, petang pun makan cucuq, malam pun makan cucuq.
Itulah menu biasa yang mudah dan senang disediakan.
Cepat siap, cepat boleh makan....he..he..
asyik ingat nak makan.... aja ya...
Azz pernah buat cucuq durian.
Resepinya menggunakan air panas.
Resepi ni pun macam tu.... guna air panas.
Nampak macam menarik untuk dicuba.
Apatah lagi semua bahan memang dah tersedia di dapur.
Pagi tadi Azz cuba resepi ni.
Azz tambah bawang besar macam cucuq ikan bilis yang biasa dibuat.
Sebiji bawang besar di dadu / dicincang halus, digaul dgn semua bahan.
Oh ya... cabai kering tu, Azz gunting halus-halus je...
Masukkan air panas, kacau hingga sebati. Lebih baik guna senduk kayu.
Guna camca, ha.... bagai nak patah daku mengacaunya... kerana adunan akan jadi kental.
Basahkan sedikit hujung jari dan tapak tangan.
Bentukkan bulat-bulat macam kita buat buah melaka,
tapi besar lah sikit.
Dah siap, goreng dalam minyak panas.
Azz taburkan daun kari, supaya lebih wangi..
Dah garing, angkat dan toskan.
Jom tengok resepi mudah ni..
Rasanya bila makan panas-panas....?
hmmm...... garing di luar & lembut di dalam.
Rasa macam keropok lekor pun ada... ha..ha..
Lagi sedap bila dicicah dengan sos.
Jom makan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan