Isnin, 21 April 2014

Ukiran buah - coretan tentangnya

Bismillahirrahmanirrahim


UKIRAN BUAH

Melihat ukirannya, kita tahu dan nampak.... cantiknya... pandainya orang tu ukir. Betapa berseninya pengukir itu meluahkan hasil kreativinya pada buah-buahan ini.


Pelbagai jenis pisau dan peralatan digunakan untuk menghasilkan ukiran.









Di alam maya, kita boleh tengok pelbagai hasil seni ukiran yang dihasilkan pada buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Hasil seni itu memang cantik dipandang, tetapi hakikatnya, setelah dipamer sebagai hiasan, dibiar terdedah kepada persekitaran yang mungkin tercemar dengan debu dan kotoran yang tidak nampak pada pandangan, disentuh dan dipegang. Adakah ia akan dimakan?? sudikah anda makan buah yang telah terdedah itu? boleh jawab tak...? mahukah anda mengunyahnya dengan senang hati?
Jawapan kita sebenarnya tentulah TIDAK, kan...? selepas selesai majlis, buah itu akan dibuang begitu sahaja.

Jadi apa yang mahu saya sampaikan sebenarnya, semua hasil seni itu sebenarnya adalah PEMBAZIRAN. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya. Terpulang pada anda. Hasil alam itu sebenarnya NIKMAT yang ALLAH kurniakan kepada kita. Kenapa perlu dibuang nikmat itu? Membazir itu amalan yang disukai syaitan, jadi kenapa masih diikuti jejaknya?

Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Isyra', ayat 27:

http://quran.com/images/ayat/17_27.png

Maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya."

Bagaimana hanya dengan membazir kita boleh menjadi  saudara syaitan? Dalam diri syaitan itu adanya sifat takabbur, meninggi diri. Perbuatan membazir biasanya didasari oleh perasaan mempunyai kelebihan, kerana jika membazir tiada apa yang kurang padanya.



Sebaik-baiknya, hidangkanlah buah-buahan itu dengan cara yang baik dan sempurna. Potong dan susun cantik-cantik dan hidangkanlah mengikut kreativiti anda. Letakkan dalam bekas yang sesuai dan tidak terdedah pada persekitaran terbuka terlalu lama - kerana ia akan mengurangkan khasiat buah tersebut. Pasti ada yang mahu menikmati kemanisan mahupun keenakannya. Boleh buat begitu kan?

Mulakan dengan langkah yang kecil, anda memulakannya dan ingatlah anda diperhatikan. Langkah anda akan diikuti pula oleh anak-anak anda kelak. Itulah didikan. Pastikan diri kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Celik mata, celik minda.

-yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang itu adalah kelemahan diriku sendiri-

Sekadar renungan bersama.... kerana diriku bukanlah insan yang pandai menuturkan kata bicara.

Wallahu'alam.


sumber imej dan rujukan : http://el-ilmy.net/ dan google.

Tiada ulasan: