Isnin, 30 September 2013

FADHILAT AYAT KURSI


Bismillahirrahmanirrahim


AYAT KURSI















Tafsir Ayat Kursi


Pengenalan Ayat Kursi
Ayat yang ke 255 dari surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah.

Sejarah Ayat Kursi
Ia diturunkan pada satu malam selepas hijrah.
Turunnya diiringi oleh beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, lantaran kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka.
Kehebatannya dapat membakar serta membinasakan mereka.

Fadhilat Ayat Kursi
Antara fadhilat yang tercatat pada kitab ' Khawasul Quran' :

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang mustaqim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya serta jirannya.

3. Jika sedang marah, bacalah Ayat Kursi, insyaAllah dijauhkan dari syaitan yang memanaskan hati. Ia juga dapat menjauhi bala bencana serta gangguan syaitan.

4. Sesiapa yang membacanya secara istiqamah pada :
~setiap kali selepas solat fardhu,
~setiap pagi dan petang,
~setiap kali masuk ke dalam rumah atau ke pasar,
~setiap kali masuk ke tempat tidur dan bermusafir,
insyaAllah akan diamankan dari godaan syaitan, kejahatan pemerintah yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan binatang.
Terpelihara dirinya, keluarganya, hartanya dan rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

5. Sesiapa yang selalu membaca Ayat Kursi, dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT, sebagaimana Allah memelihara nabi Muhammad SAW.

6. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi  apabila dia berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.

7. Jika dibaca sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka memohon ampun dan mendoakan baginya.

8. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi diakhir sembahyang, Allah akan kendalikan pengambilan rohnya dan ia seperti orang yang pergi berperang bersama nabi Allah sehingga  mati syahid.

9. Ketika dibaca dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

10. Buat wanita terutama para isteri, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa dalam perjalanan ke mana-mana kecuali niat melakukan maksiat, maka dia terselamat dari segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia. Contohnya sihir,  dianiaya orang,  kecurian dan fitnah ketika diperjalanan.

11. Bagi kaum lelaki, amalkan membaca 7 kali Ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap Qul. Ada banyak hikmah serta kelebihan bagi yang mengamalkannya, insyaAllah.


Semoga kita dapat bersama-sama mengamalkannya dalam rutin kehidupan seharian 
dan mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari kelebihannya

Amin...


sumber imej : http://tafsir.gimmebucks.asia
sumber info: dari buku ' Al Quran disebalik Ayat Kursi,
pengarangnya Khairul Ghazali,
terbitan mustread sdn bhd.

Laksa Kedah

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Segala Puji-pujian UntukNya atas segala Ni'amat KurniaanNya... Amin


Assalamualaikum semua...
Kali ni ummi nak kongsi satu resepi yang biasa tapi disukai oleh keluarga ummi.
Untuk anak-anak, atau sesiapa saja boleh rujuk resepi ni.
Manalah tahu kalau-kalau suatu hari nanti teringin nak makan, boleh cuba buat 
dan ubah suaikan lah mengikut citarasa sendiri nak tambah atau kurang bahan.

Ok, hidangan ni ummi sediakan pada petang jumaat lepas, sebagai hidangan makan malam.
Lagipun ikan yang abah beli masih banyak dan cukup untuk buat kuah laksa.
Bahan-bahan lain pun dah sedia ada. Jadi... jom masak!

Resepi Laksa Kedah - resepi keluarga
by : ummiaishah2278.blogspot.com

bahan-bahan:

1 bungkus laksa @ 2 kg laksa ready made- laksa dari tepung beras
1 kilo ikan temenung (kembung) / selayang / sardin / tamban - pilih ikan segar / baru
1 mangkuk cabai kering - dipotong2, buang sedikit biji dan direbus
1 biji bawang besar @ 10 ulas bawang merah
sedikit belacan
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7-8 keping - asam keping (ikut keperluan)
garam kasar dan air secukupnya


Cara-caranya:

Langkah 1 : Merebus laksa 

1. Sebelum mula memasak kuah, rebuskan laksa tadi pada dapur yang berasingan. 
Merebus laksa memerlukan masa yang lama. Tunggu sehingga laksa lembut.



2.Untuk tahu laksa telah lembut atau tidak, ambil seurat laksa dan cuba putuskan dengan jari.
Hati-hati kerana laksa sangat panas...
Jika lembut, ia akan putus dengan mudah tetapi jika liat, ia perlu dimasak lagi.
Tapi jangan biar ia lembut terlalu lama, nanti hancur pula.



3. Setelah lembut, segera angkat dan toskan kanjinya. Masukkan air ke dalam penapis atau lalukan sahaja pada air paip untuk membuang baki kanji. Toskan semula dan biar ia menyejat.


Langkah 2: Membuat kuah 



1. Rebus ikan dengan sedikit garam @ 1 1/2 sudu besar garam kasar hingga didih dan masak. 
Sejukkan.
** rebus ikan lebih awal, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mula proses memasak kuah.

2. Asingkan isi dari tulangnya.

atau... jika anda pakar,

-setelah ikan direbus, sejukkan 20 -30 min.
-kisar ikan dengan air rebusannya dan tapis dengan penapis yang sesuai - penapis yang dapat mengasingkan isi dengan tulang ikan. 
-cara ini agak sukar dilakukan melainkan anda pakar atau telah biasa melakukannya
-jika tak pernah buat, buat cara biasa je.. lambat sikit tapi mudah dilakukan.

3. Ok, seterusnya, kisarkan isi ikan dengan air rebusan secukupnya sahaja.
Kalau air tak cukup, 'meraung' blender engkau.... tambahkan air supaya ia tak berat atau tak nak jalan. Kisar sehingga hancur tapi janganlah halus sangat... nanti tak rasa isi ikan pulak.
Masukkan ke dalam periuk.

4. Seterusnya, tengok bahan kat bawah ni, kisar semuanya.


ha... tengok, gambar selepas bahan dikisar 



5. Dah boleh mula panaskan periuk, pada api sederhana. Teruskan kerja anda dengan proses seterusnya.

6. Kisarkan tulang ikan sehingga halus dengan baki air rebusan. Jika tak cukup, tambahkan air biasa. Kemudian, tapiskan tulang dan ambil airnya sahaja. Kalau mahukan kuah yang likat, jangan masukkan air banyak sangat. Lihat dulu kepekatan kuah anda, tapi janganlah likat sangat pula..., cuma cair sedikit sahaja. Agak-agak cukup untuk isi ikan dan bahan lain nak mengembang nanti.

7. Masukkan bahan di bawah ini beserta garam kasar secukupnya, lebih kurang 2 camca besar.
Kalau tak cukup rasa nanti boleh tambah kemudian.
* simpan 1/4 bahagian lembut bunga kantan - untuk dihiris dan dicampur dengan ulam nanti


8. Setelah masukkan semua bahan, besarkan api dan tunggulah ia mendidih. 


9. Lihat kuah yang baru nak didih ni... Masa ni kata orang kedah jangan 'ralit' kena tengok, takut kuah meruap, nanti melimpah pula... kuranglah kesedapannya nanti. Jadi kena hati-hati... dan sentiasa perhatikan perkembangannya.



10. Apabila kuah telah mula mendidih, kembali  perlahankan sedikit apinya.
Biarkan ia masak sepenuhnya.


11. Lihat perubahan warna kuah. Ia berwarna sedikit merah dan seolah-olah keruh. Isi ikan pun dah kembang... Cuba rasa kuah anda. Pastikan rasa masin dan masamnya, secukup rasa - bukan terlalu masam tau! Jika perlu tambahkan apa bahan yang kurang. Jika suka, boleh masukkan bahan perasa tetapi awas! jangan masukkan gula kerana LAKSA KEDAH tiada rasa manis gula KECUALI rasa manis pada bawang dan juga kemanisan isi ikan sahaja.

12. Renehkan kuah pada api yang kecil lebih kurang 15 minit lagi. Tutup api.


Langkah 3 : Bahan pelengkap




1. Sediakan bahan pelengkap seperti di atas. 
Sebaiknya dipotong sebelum waktu makan untuk mengekalkan kesegaran bahan.
~. timun - dihiris nipis dan memanjang atau diracik halus
~. bawang besar - belah 2 dan dihiris melintang dan nipis
~. daun ulam - pilih salah satu atau boleh dicampur
   1/4 bahagian bunga kantan yang lembut, dihiris halus  - kalau tak suka tak payah letak
   dan digaul dengan daun kat bawah ni... 
   ulam raja, selom, pucuk putat, pucuk samak dan yang sewaktu dengannya
                           
~. limau nipis - dipotong 
~. untuk yang suka pedas - cabai burung atau cabai melaka



Langkah 4 :Cara menghidang 

 Masukkan laksa ke dalam mangkuk secukupnya - banyak mana nak makan la....
taburkan bahan pelengkap dan telur rebus. Curahkan kuah laksa yang panas ke atasnya. 

Perahkan sehiris limau.... harumnya...  Sedia untuk dinikmati.... kalau nak sedap lagi, tambahkan sedikit kicap pekat lemak manis. Confirm sangat enak dan nikmat....!!  
terliur juga ummi sambil dok bercherita ni.... emmm sedapnya... Jom makan!

* maaflah, gambar semasa hidang ni tak sempat nak snap
* teruih makan ja..... tak ingat dah nak ambik gambar ka apa.. maaflah ye..
* tapi korang.... mesti dah boleh bayangkan, macam mana.. kan ??
* laksa ready made bleh beli kat kedai laksa di Kuala Kedah / kat Hutan Kampung
@ buat sendiri je... guna acuan maruku yang kena pusing dengan tangan tu...

atau... mai makan je kat kedai kami...
kat Restoran Kak Jun, dekat Mini Stadium, Jitra.

Sekian,

SELAMAT MENCUBA



Ahad, 29 September 2013

Makan tengahari

Minggu ni kakak balik, jadi nak masak asam pedas kesukaan kakak. Ummi nak masak asam pedas ikan pari, tapi rupanya tak ada ikan pari pulak hari ni... jadi,  masak ikan temenung je lah.

Sebagai pelengkap, sambal belacan wajib ada, ikan goreng dan ulam timun. Yang tak ada cuma ikan tenggiri / talang masam atau gelama ja.. ummi lupa nak beli. Kalau ada.... fuh! lagi berselera lah makan.

InsyaAllah, lain kali kita makan asam pedas ikan pari.

Nak cherita...

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cherita sikit pasai line internet.
Semenjak kebelakangan ni... rasanya dah sebulan, line internet memang slow habis...
Adoi... cemuih juga dok mengadap, nak buat catatan ke blog ambik masa... nak masukkan gambar... nak edit itu ini... semuanya lambat!! memang hampeh betui.
Lagi masalah kalau buat dari tablet, gambar langsung tak boleh edit. Kalau dah masuk gambar, diletak saiz paling besar....! kekadang, pasai ni lah korang tengok blog ummi ni... eh...?? kan...
Itu le.. masalah nye.. 
Kalau line ok pun, selalunya 12 ke 6 pagi tapi kekadang tak juga... Huh! tak sanggup ummi nak menunggu selama itu.. kalau rajin sanggup tunggu juga, semata-mata nak post entry baru. Kalau tak, tak ada lah... nanti kan, bersawang pula blog ummi ni.
Ok, bye... tak nak cherita panjang-panjang, ni line tengah ok, kalau slow balik, tak ter'post' pulak.
Bye.... semua. Love u olls.

Sabtu, 28 September 2013

Puding Triffle 2

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Ummi cuba masak puding triffle, rasa teringin nak makan...
Ummi ambik resepi ni dari blog linapg.blogspot.com.
*kredit pada tuan punya blog
Inilah resepinya,

PUDING TRIFFLE

bahan-bahan:


1 biji kek gulung - ummi guna perisa pandan
1 tin buah koktel - asingkan buah dan jusnya
1 cawan tepung kastard * kena kurangkan sikit
1/2 cawan gula *           
1 tin susu cair  *
1 tin air *
1 kotak jeli kristal NONA
400 ml air
loyang atau bekas yang sesuai

caranya:
1. Potong kek 1 - 1 1/2 cm. Susun dan padatkan ke dalam bekas yang sesuai.
Basahkan kek dengan jus koktel tadi.

2. Masak bahan bertanda * dengan api kecil sehingga nampak meletup-letup dan berkilat.
Tuangkan ke atas kek tadi, ratakan dengan segera.


3. Taburkan buah koktel dan tekan sedikit supaya ia tenggelam ke dalam kastard tadi.

4. Larutkan serbuk jeli ke dalam air dan masak hingga didih.
Tuangkan perlahan-lahan ke dalam bekas tadi.


5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais.

6. Sedia untuk dimakan, bila sejuk.... enak rasanya, nyum nyumm!!


** ummi rasa sukatan tepung kastard agak banyak sebab ia cepat mengeras dan tak sempat nak ratakannya
     lain kali nak kurangkan kepada 3/4 cawan saja.
ataupun...
     mungkin ummi yang tak pantas meratakannya...