Rabu, 18 Mac 2015

Agar-agar Merah yang best sangat!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad
Assalamualaikum.
Apa habaq? Ummi doakan agar kita semua dalam lindungan rahmatNya.
Hari selasa lepas, kenduri kawin di rumah maktih, mak menakan suami. Sepupu suami, Amy minta ummi buat agar-agar. PERMINTAAN: agar-agar merah aja. Maknanya agar-agar sirap ros, bukan warna lain, bukan perasa lain.
Kalau bab buat agar-agar ni, tak ada masalah. Ummi  memang suka.. dah biasa buat agar-agar ni dalam kapasiti yang banyak sejak enam tahun yang lepas - kalau tak salah la.... 

Kali pertama buat, semasa kenduri kawin adik ipar. Sekarang anak dia dah lima tahun umurnya. Lama jugak la... kan.
Dulu.... harga agar-agar sekilo rm40. Sekarang ni, pertengahan bulan mac 2015, sebelum segala barang dikenakan cukai GST, harga agar-agar di kedai borong rm70 tapi di kedai runcit harganya rm80 sekilo.
Harga barang naik sedikit demi sedikit... bagaimana harganya selepas GST? Sama ada naik atau turun, kalau dah nak guna, kita tetap kena beli juga kan...

walaupun hanya agar-agar ros biasa,
tapi bila disejukkan hmm.....
sungguh sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas begini.


okey, jom tengok resepi.

AGAR-AGAR MERAH UMMI

bahan-bahan:
100g agar-agar bertali
15 liter air
2kg gula pasir
5 helai daun pandan
sirap ros secukupnya - ummi guna jenΓ ma YAKIN
 * pastikan bukan yang terasa pahit/ rasa macam ubat
bekas dadih secukupnya

caranya:
bersihkan agar-agar. masukkan ke dalam periuk bersama air.
carikkan daun pandan dan masukkan sekali.
masak semuanya hingga agar-agar larut sepenuhnya.
masak didih hingga kelihatan buih halus timbul dipermukaan.
cedok buih-buih halus tersebut & buang.
boleh cedok dengan senduk
atau sauk guna penapis besi.
*mak cakap, itu kotoran pada agar-agar.
seterusnya, masukkan gula.
kacau, biar ia larut. masukkan sirap ros secukupnya.
biarkan ia didih sempurna.
tutup api. kalau tak mau tutup, buka api paling kecil / perlahan.
segera, cedok dan tuang ke dalam bekas
yang telah disediakan.
siap.

* agar-agar ni ummi masak dalam masa sejam.
*  guna jag kecil. mudah dan cepat tuang terus ke dalam bekas dadih.
resepi ni boleh dapat lebih kurang 170 bekas comel tu..
untuk 500 bekas, x 3 sukatan resepi di atas.
ummi tuang hampir penuh bekas.
sukatan ni sangat sesuai untuk di letak dalam bekas dadih.
sedang-sedang saja.
tak terlalu lembut & tak terlalu keras.

kalau nak buat 100 bekas dadih ni,
sukatannya macam ni;

60g agar-agar bertali
9 liter air
1.2 kg gula

kalau nak buat untuk keluarga, bahagi lima sukatan di atas atau,
ikut macam ni;

10g agar-agar bertali, 1.5 liter air & 200g gula.

ingat tau...
semua sukatan ni hanya sesuai untuk bekas dadih
atau bekas kecil aja.
kurang sesuai untuk dipotong kerana ia sedikit lembut atau mudah pecah.
tapi.... jangan risau, kalau nak buat agar-agar potong,
kurangkan sedikit sukatan airnya. mudah aja.
1.5 liter air, kurangkan kepada 1.4 dan jangan lupa,
 kurangkan sedikit gula juga.

selepas siap dituang ke dalam bekas comel ni,
kena sejukkan dulu. betul-betul sejuk.
kalau tak, penutup akan ada kesan wap..
kalau berwap, agar-agar tak tahan lama.
boleh basi, berbau masam.

untuk elak masalah tu...
(mana tahu, kalau-kalau ada lebihan agar-agar pada hari kenduri tu)
masak pada petang atau malam (selepas maghrib)
biarkan ia sejuk semalaman.
esok pagi baru letakkan penutup.

kalau buat macam ni, agar-agar boleh tahan sehingga tiga hari 
pada suhu biasa.
kalau letak dalam peti ais, lagi lama la...
letak dalam bekas bertutup, seminggu pun masih elok.

yang ni dalam proses packing..

Selepas dah siap semuanya, kami pun bertolak ke rumah maktih.
Sampai sana, depa dah sedia bekas polisterin untuk letak agar-agar dan masukkan ais ke dalamnya.

Hmm... sungguh tak disangka, agar-agar sejuk ni habis!!
Dalam masa tiga jam lebih, selesai semuanya... 
Sapa mai lambat, tengok bekas ja la..
ha..ha.. tinggal tong kosong.

Antaranya termasuklah si Amy ni ha...
Sibuk layan tetamu, bila pi cari nak makan, alamak! dah habis katanya.
Tong sana kosong, sini kosong.
Bekas packing pun kosong....
Alahai.. kesiannya. 

Ummi hanya tau cerita ni, masa ummi dah nak balik petang tu.
Dua kali dia mai habaq "cheq tak dan makan agaq-agaq".
Tersentuh jugak hati perempuan ummi ni.
Dah la mengandung teringin pula nak makan agar-agar yang ummi buat pulak tu.
Dah la duduk jauh.... kat Johor sana.
Bukan senang nak balik mai Kedah ni.
Ummi cerita pada suami. Sudahnya esok tu.. suami minta ummi masak semula agar-agar merah. Katanya, nanti dia telefon suruh depa mai ambik.

Ummi pun masak lah...
letak dalam bekas dadih juga. warna yang sama. rasa yang sama.
Semoga dapat memenuhi hajat ibu yang mengandung ni.
Allah permudahkan. Beres.
Bukan untuk orang mengidam aja...
Ummi buat banyak....! semua boleh makan. Makan puas-puas.
Termasuklah tukang buat ni. ha.. ha...
Alhamdulillah.

** kepada yang nak cuba resepi ni, silakan.
Ummi halalkan dunia & akhirat.
semoga bermanfaat.


#Agar-agarMerahSejukkanBadanSejukkanTekak#





Khamis, 15 Januari 2015

Line internet yang hampeh!

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum...
Dah lama tak mengarang kan... cam rindu je...
Sejak awal cuti sekolah entah kenapa internet kat rumah ni slow sangat...
dan sejak beberapa minggu kebelakangan ni, aduh.... sangat-sangat slow....
Rasa letih dan penat menunggu loading. Yang timbul dekat skrin hanyalah tulisan. Tiada gambar.
Kemudian punyalah lama menunggu akhirnya apa yang naik dekat skrin? error!! :-( 
bukan setakat gambar je tak ada, tulisan pun dah tak ada apa dah. Skrin dah kosong terus.
Menyampah betul!. Menghilangkan mood  je...
Malas dah nak menunggu. Buang masa je.. lebih baik buat kerja lain.
Hari dah berganti hari. Minggu pun dah berganti minggu. Kemudian bulan pun dah berganti bulan.
Hasilnya tetap sama. Akhirnya kelmarin tukar sim baru! Ha.... puaih hati.
Hari ni dah boleh layan internet. Yeah!!

Isnin, 15 Disember 2014

Cherita Allahyarham Tok Ayah Haji Musa tentang Kelebihan Berselawat


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad



Inilah Allahyarham Tok Ayah Haji Musa, seorang ulama di negeri Kelantan.

Nama sebenar Almarhum yang terkenal dengan panggilan Tok Ayah Haji Musa ialahSyaikhuna Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir Bin Muhammad Yusuf Hafizahullah Ta’ala.
Almarhum  yang merupakan pengamal Tariqat Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ad-Dandarawiyah memiliki Syahadah ‘Aliyyah daripada Madrasah Darul ‘Ulum Ad-Diniyah, Makkah Al-Mukarramah dan Ijazah ‘Aliyyah daripada Kuliyah Hadith Asy-Syarif dan Dirasah Islamiyah, Jami’ah Islamiyah, Madinah Al-Munawwarah.
sumber: http://kebunketereh.com
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada januari 2013 yang lalu.
Al-fatihah.
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Mari lah bersama-sama kita amalkan ilmu yang ditinggalkannya kepada kita.





Boleh cari video ini di Youtube dengan kata kunci :
 Kelebihan berselawat atau 
Tok Ayah Musa 

Tontonlah video ni.
Kata-katanya sangat menyentuh hati...

sumber : Youtube - Mirlme, Maahad Darul Hadis

Wallahu'alam.

Ahad, 14 Disember 2014

Dah petang pun nak pi Penang

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Penang.
Kami bertolak dari kampung lebih kurang 4.20 petang dan singgah solat asar di RnR Gurun. Selepas isi minyak, sebelum pukul 5 petang, kami bertolak pula ke sana.

 Petang baru nak pi?
Besa la... bukan lah jauh sangat.
Sebenarnya abang sulung yang ajak kami pi Penang ni...


TANJUNG ASAM



Kami nak ke Tanjung Asam dulu..
Biasa la Penang, jalan sesak sana sini.
Bila pakai Waze, hmm... dah jangka dah.
Mesti lambat sampai...
Cuba tengok masa kami dijangka sampai.
Ha ha.. dah nak maghrib dah.

Kami sampai dah.... 6.30 petang. 
Awal sikit dari jangkaan.



kawasan pantai di Tanjung Asam
tak lah besar macam kat Batu Feringgi

ada orang jual laksa, air dan makanan ringan
kat bawah pokok sana tu..



air kat sini lebih jernih dari Batu Feringgi

adik dan lagi main ayaq, main pasiaq.

kat hujung sana pun boleh berkelah dan mandi air laut juga
tapi.. berbau sikit.
Bau apa....? bau ikan kot.
Sebab kat atas sana, ada bot nelayan naikkan ikan.

nampak tak bot tu....?
bot ni boleh sewa pi mengai 'memancing' tau...
depa bawa pi mengai di 'port' tertentu.
salah satunya, tu ha.... pulau kecil kat dalam gambar di atas.
kalau mengai kat tepi pantai ni, boleh dapat ikan gelama.
kalau tahan jala, boleh dapat ikan belanak.
banyak tau.

Sebenarnya, minggu depan kami nak buat 'family day' kat sini.
Kebetulan abang ajak mai. Serampang dua mata la...
kami mai tengok tempat dulu.
Lama juga tak mai sini....

Setelah bersembang dan berbincang dengan pakcik kat warung tu,
dia cadang kami 'booking' tempat.
Depa boleh tolong. Cantek....!

Dah masuk maghrib.
Lepas adik mandi dan salin baju,
kami ke Masjid di Sungai Batu, solat kat sana.
Dah pernah singgah dulu.
Masjidnya besar dan selesa.


ruang muslimat

Tengoklah berapa orang yang ada.
sedihnya.....
padahal.... kawasan ni padat dengan penduduk.

Malam ni, ada ustaz mengajar. Bestnya.
Kalau boleh nak dengar sampai habis.
tapi.... abang dah tunggu kat sana.
kena beralah dulu.


keperluan asas yang disediakan, Alhamdulillah.
tapi Azz suka bawa telekung sendiri ke mana-mana.

Insya Allah, mudah-mudahan Allah panjangkan umur,
boleh singgah lagi di sini.

Selepas selesai, kami terus pergi kepada abang yang dok tunggu dah 
di sebuah kedai makan di Sungai Nibung.

Jalan utama ni memang sesak!!

Kami dah sampai. Abang dah 'booking' tempat letak kereta dekat restoran ni, rm7.
Entah apa nama restoran. Tak perasan pulak.
Yang pasti, kedudukannya selepas tapak pesta dan berhampiran dengan sungai. Bertentangan arah di seberang jalan sana, ada stesyen Petron.

Kami makan kat sini dulu. Tadi dah siap order dah.
Ramai pelanggannya. Sedap. Masakan Pattani.



Bihun tomyam ni rm4 je.. sedap juga, pada tekak Azz la..

Nasi goreng daging merah. Mr P kata, tak sedap.
tak ingat berapa rm ntah?

Azz order nasi goreng kampung.
sedappp!!

Malam ni abang kita belanja makan. Yeah...!!
10 orang makan sekali dengan air rm50+ aje.. sangat berbaloi.
Dah selesai makan, jom kita Pesta Penang!
Abang kita dah tak sabar nak pi.


PESTA PENANG

Seumur hidup Azz dan juga anak-anak,
 inilah kali pertama kami jejakkan kaki ke sini.

Sebelum ni tak pernah tergerak hati nak mai tempat macam ni.
Mai ni pun sebab dah banyak kali abang kita ajak.
Sebelum ni dok dengar cherita ja la...
apa la yang best sangat kat sini?

Nak masuk kena beli tiket dulu tau...
dewasa rm3. budak.. tak ingat le, tapi murah sikit.

Lautan manusia ada kat sini.
Kebanyakkannya anak melayu.
Buat apa ke sini?
Bagi Azz, sini ada banyak hiburan!!
dan untuk sesiapa yang chentakan dunia.
Malas nak cherita. Kami jalan ke beberapa tempat aja.
Tempatnya luas.

Bagi peluang anak-anak merasai pengalaman ini.



ada lampu-lampu ala i-city

naik kereta belaga rm8
sat ja.... dah habis. gamat ala disko.



naik benda ni pun sorang rm8.

Kami tak naik pun. Tengok je...
Ada banyak tempat nak 'habiskan' duit.

Penat lah berdiri lama-lama. Azz tak minat tempat macam ni.
Bising & sesak. Tak suka.
Nak pi jalan tang lain pulak.

Ada medan makan, jualan baju, barang sekolah, karpet dan lain-lain.
Kami tengok-tengok je... apa nama benda alah yang orang duk guna 
untuk letak telefon, untuk 'selfie' tu.... lupa pulak.
Ha... yang tu, regenya rm10.
 Hari tu anak Azz beli kat Alor Setar, sebijik macam tu, rm5 je...
Penat la... tak mau jalan dah.
Azz nak balik. Letih la mai tempat macam ni.
Jom kita balik.

Kami semua balik terus. Singgah di rumah abang sat.
Kemudian balik terus ke Jitra.
Hampir 2 pagi selamat sampai ke rumah.
Alhamdulillah.


Rabu, 10 Disember 2014

Apam Nasi Tepung Beras

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.

Apa habaq semua... ?
Doa Azz, mudah-mudahan kita semua dalam lindungan rahmat-Nya, amin.
Nampak kan gambar kuih yang hijau tu.....?

Ada lebihan nasi semalam?
Jangan dibuang, sayang...
Apa salahnya anda cuba buat kuih Apam tepung beras ni..

Azz masih 'baru' buat kuih ni...
Kali pertama Azz cuba, Azz guna resepi dari Iza Akma.
Bahan utamanya nasi, tepung beras, yis dan eno.
Ya Allah.... tersangat lah lembut teksturnya dan sangat sedap!!
Jatuh cinta Azz.... dan simpan angan-angan, nanti... nak buat lagi.

Kali kedua, Azz cuba lagi. Azz tertarik resepi dari group fb.
Ramai yang cuba dan ramai kata sedap.
Ada yang mekar apamnya dan ada yang tidak.
Bahan utamanya nasi, tepung beras, tepung gandum, yis dan eno.
Azz pun buat. Hmmm... mengecewakan.
Apam Azz bukan saja tak mekar, malah melekit!
Huh! dah potong 'stim'.

Azz buat lagi. Kali ni guna resepi Iza Akma juga.
Dah jatuh cinta la katakan....
tapi kali ni 'durhaka sikit'
Azz tambah tepung jagung sikit.
Cuma nak kasi 'pejal' je. Mudah nak pegang.
Hasilnya,  tara....
macam kat gambar di bawah ni ha...
tetap sedap!

Jom tengok resepi superb ni..

Resepi Apam Tepung Beras
sumber: Iza Akma
diolah oleh: Aisyah Az-zahra

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung jagung
1 sudu teh yis segera
1 paket eno- paket biru

Caranya:
1. Kisar nasi bersama air dan gula sehingga halus.
2. Menggunakan whisk, campurkan tepung beras, tepung jagung & yis.
Kacau rata.
3. Tuang bahan kisar tadi ke dalamnya. Kacau hingga sebati.
4. Tutup bekas dan perap 3-4 jam.
*Azz tak sabar nak tengok hasil - perap 3 jam aja.
Siap adun pukul 2. Pukul 5 petang dah kukus.
5. Masukkan eno. Kacau perlahan-lahan hingga rata.
6. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna yang disukai.
** Azz warnakan hijau sahaja 
dan dah masukkan warna sewaktu kacau tepung awal tadi.
7. Jika menggunakan acuan lompang, oleskan minyak dahulu ya..
supaya kuih tak lekat.
8. Sudukan 3/4 penuh aja. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
9. Kukus 10-15 minit atau sehingga masak.
10. Sedap dimakan begitu saja atau 
hidangkan dengan kelapa yang dicampur sedikit garam.

* kelapa + garam boleh dikukus sekejap, supaya ia tahan atau tidak basi.
juga boleh elak kembung perut - makan kelapa mentah.
* kalau sahabat baru nak cuba, Azz sarankan guna acuan lompang.
kalau guna cawan kertas macam Azz ni, konon nak senang & cepat..
kuih ni melekat pada acuan kertas. sayang pula... 

Jom cuba.