Selasa, 23 September 2014

Muffin Coklat Mini

Assalamualaikum wbt.
Wah......! bersawang lagi blog ni. Tak pa, kali ni Azz nak kongsi satu resepi muffin yang ringkas dan mudah. Oven kecik Azz tu,  dua kali bakar je dah siap. Azz saja buat kecik2. Sebiji sesuap. Kan senang nak makan gitu... ala mod apam polkadot masih ada. Cuti sekolah minggu lepas beratus biji mengapam. Hah, lenguh bagai nak patah pinggang! Aduh.... letih betui tapi suka.....
Ok, dah nak ke laut le tu..... kita sambung balik cherita asal ye... Jom tengok resepi muffin ni tapi Azz dah ubah sikit, sesuaikan mengikut selera. Menggunakan cawan kertas saiz kecil, boleh dapat lebih kurang 80 biji. Muffin ni sedap dimakan pada hari ia dibuat.


MUFFIN COKLAT MINI
sumber: M.lang & Izah Daud

bahan-bahan:

A
1 cawan tepung gandum       *
1/2 cawan serbuk koko         *
1 sudu kecil serbuk penaik    *
1 sudu kecil soda bikarbonat * satukan semua bahan bertanda & ayak
1/2 sudu kecil nescafe

B
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
1 biji telur gred B
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil esen koko / coklat emulco
1 sudu besar oren sunquick - Azz gantikan dengan jus lemon, sunquick dah habis

C 1/2 cawan air panas

caranya:

1. Satukan semua bahan A.
2.  Untuk bahan B, satukan telur & madu dahulu kemudian campur semua bahan dan kacau hingga gula larut.
3. Satukan A ke dalam B. Kacau hingga rata sahaja.
4. Masukkan C, kacau sekejap sahaja hingga rata - jangan kacau lama sangat, nanti teksturnya kan jadi kental setelah ia masak.
5. Untuk memudahkan kerja, masukkan adunan ke dalam jug atau beg piping. Aturkan cawan kertas dan paipkan adunan separuh atau 3/4 penuh.
6. Kalau suka taburkan hiasan kegemaran. Saya taburkan almond nib yang telah disangai.
7. Panaskan oven terlebih dahulu, lepas siap hias terus masukkan ke dalam oven - jangan dibiar lama, jika tidak habislah...... cawan kertas ko mengembang.
8. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.

tengok step dia.... memang le panjang tapi sebenarnya mudah je....
1. sukat & siapkan semua bahan.
2. godekkan semua bahan sekejap je..
3. paipkan ke dalam acuan & bakar.
4. siap.... dah boleh makan.

Senang, mudah dan cepat. Amacam?  Cuba le... mesti teruja. ;-)

Tiada ulasan: