Ahad, 28 September 2014

Idea kreatif - Buat biri-biri comel

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum....
Jumaat lepas, 1 Zulhujjah 1435. Bermakna dah tak berapa hari dah kita nak sambut Hari Raya Haji.
Ada sesiapa buat ibadah korban tahun ni? Bertuahlah sesiapa yang ada kemampuan untuk melakukannya. Ingat ye.... sapa yang nak buat korban tu.... JANGAN dipotong kuku, rambut dan mana-mana bulu kat badan ye, sehinggalah selesai disempurnakan ibadah korban tersebut.

Okey, gambar kambing kat atas tu..... bukanlah nak buat korban... he..he.. tapi comel dan kiut sangat. Itu le.... yang Azz tempek kat sini. Sesuai sangat untuk ajar anak-anak berkreatif, berimaginasi... tentu anak-anak suka. Lagipun mudah je nak buat kan. Jom kita luangkan masa berimaginasi bersama anak-anak.

sumber: creative ideas

Tiada ulasan: