Assalamualaikum sahabat semua.
Kenapa menyepi? aduhai...... bulan puasa dah kata sibuk, lepas raya pun sibuk lagi? hmmm, ni kira tahap ..... ?? Bukan tak nak menulis kawan tapi (he.. he... alasan lg) bila laptop buat hal, aduh..... malas betul nak edit. Jadi susah. Lain yang Azz buat, lain pula hasilnya. Pening kepala. Dulu.... lambat, dah diservis. Sekarang macam nyanyuk pula. Alahai..... entah apa yang tak kena.
Bila menulis kat tablet ni, kecil tu dah satu bab yang tak boleh diubah-ubah dah. Masalahnya hanya pada gambar. Langsung tak boleh edit. Sekali masuk, ha..... besaq gedabak! bila edit kat laptop pula lain pula jadinya. Hm..... malas nak pikiaq la. Tu yang Azz tak menulis tu..... -salah satu alasan...
Bila anak-anak balik pula. Ha... depa la guna laptop. Ber- fb siang hingga ke malam bergilir-gilir. Emak nye....... ? tak dapat la.... sibuk je memanjang. Jadi 'chef' . Ada-ada je yang depa nak makan. Masak ni dah macam-macam menu tapi tak sempat nak ambil gambar pun - lupa pun ada. Biasanya lepas siap masak, teruih makan! dah ingat dah nak ambil gambar dulu ka apa. Dah habis masak, mengemas pula..... Kalau semua anak-anak ada kat rumah, pendek kata sibuk tu memanjang hingga ke malam. Banyak hal yang nak diuruskan, banyak aktiviti juga yang nak dilakukan. Masa tu lah nak balik kampung, masa tu jugalah nak bawa anak pi jalan-jalan.
Sibuknya..... itu lah dunia hidup Azz. Banyak masa untuk keluarga sahaja dan itulah juga perkara yang membahagiakan.... dan yang paling indah untuk dikenang. Saat kita membesarkan anak-anak dengan segala ujian dan cabaran. Inilah masanya, saat kita bersama anak-anak. Ketika mereka masih di sekolah rendah dan menengah. Mereka memang selalu dekat dengan kita kan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan