Assalamualaikum..
Pagi tadi Azz tanya suami, jadi tak nak balik tengok tokwan? kalau jadi nak masak moi. Dia boleh aja... selepas dapat lampu hijau, Azz terus capai periuk dan masak. Dulu.. tokwan suka makan moi yang dimasak dengan udang kering dan serai. Azz cuma perasakan dengan sedikit garam dan sedikit pati santan. Hmm... sedap tu. Dah siap masak, kami bersiap dan terus pi.
Sejak pagi tadi, hujan turun dengan sangat lebat. Cuak juga nak tinggalkan rumah, takut banjir kilat. Tapi... suami kata, tawakkal je lah. Hujan lebat ni berterusan hinggalah kami sampai ke kampung.
Sampai kat sana, cuma tokwan dan sepupu anak paklang yang tolong tengok-tengokkan tokwan, pendek kata jaga tokwan lah sepanjang minggu ni. Tokwan sebenarnya dah seminggu tak lalu dan tak mau makan. Dah puas depa semua pujuk, tapi tokwan makan sikit ja. Hari ni, kami pula nak pujuk tokwan makan. Kesian... dah seroh macam lepas raya hari tu. Nampak lemah sikit.
Semasa kami sampai, tokwan tidur. Mungkin sejuk kot, hujan lebat macam ni. Kami panggil tokwan. Dia buka mata, kami bersalaman. Kemudian dia nak tidur balik. Kami panggil tokwan semula dan tunjukkan bekal yang kami bawa. Azz tanya tokwan nak makan tak? dia beri isyarat, dia nak.. Jadi Azz pun cepat-cepat pi cedok moi yang Azz bawa tadi.
Suami dan sepupu tolong angkat tokwan dan bagi dia duduk dengan stabil. Azz beri tokwan minum air dulu. Tokwan cuma minum seteguk saja.. kemudian Azz suapkan sesudu moi tadi. Tokwan makan... tapi nampak macam sakit perut. Iya lah, dah tak makan, perut kosong, dah tentu berangin perutnya. Kesian juga, nampak perit sakitnya bila makanan dah masuk ke perut. Azz nak suap sekali lagi, tokwan dah tolak.... tapi kami pujuk juga berkali-kali. Tokwan makan juga satu suap lagi. Kali ketiga Azz nak suap, tokwan dah tolak. Dipujuk pun dah tak mau makan dah, dah angkat tangan. Tokwan dah tak mau makan. Dia nak tidur balik. Tak apalah.
Hujan masih lagi turun, kami tak duduk lama sebab dah pukul 11 pg lebih. Suami dah masuk kerja. Kami bersalam dengan tokwan dan bagitau dia kami dah nak balik. Azz habaq kat tokwan, nanti kami mai lain... kemudian kami pun beredar. Kami baru je nak masuk ke dalam kereta, paklang dan isteri dia balik. Tak jadi lah pulak... kami masuk semula ke dalam rumah dan berbual sekejap dengan mereka. Kemudian kami pun terus balik. Hujan pun nampak dah reda sikit dari tadi.
Alhamdulillah, kami sampai ke rumah dan syukur juga, walaupun semasa tinggalkan rumah tadi hujan sangat lebat tapi tak berlaku banjir kilat, Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan