Selasa, 7 Januari 2014

Mendaftar di SMKAK

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Segala puji-pujian bagi Allah atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah... anak ummi, Nurul Aina Nadhirah telah selamat mendaftar sebagai pelajar SMKAK pada hari selasa 31 Disember 2013 yang lepas.

Setelah mendaftar mengikut kelas masing2, pelajar dikehendaki mengambil buku teks dan boleh terus bawa barang masuk ke asrama. Setelah kemaskan barang, kami pi makan dulu di kantin, perut pun dah lapar.... keluar awal pagi tadi, tak dan pula nak isi perut.

Selesai makan, dah hampir pukul 11 pagi. Pelajar dan waris perlu ke dewan untuk mendengar taklimat pula. Jadi kami pun bergerak ke sana. Sesi taklimat dihadiri oleh para pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia dari Putrajaya, pegawai dari bahagian peperiksaan, pegawai SPI Kedah, Pengetua serta kakitangan sekolah dan lain2 pegawai lagi. Apasal semua pegawai 'Besar' turun ke sini?

Setelah mendengar ucapan pembuka, barulah kami faham... rupa2nya para pegawai ni turun ke SMKAK ni sebab nak bagi penerangan pasal program ULUL AL BAB tu la...... banyak info yang kami dapat tau.

Mendengar penerangan para pegawai..... rasa syukur tentulah! kata pegawai tersebut, anak2 ni bukan sekadar bertuah, malah 'TERPILIH' oleh Allah masuk ke sekolah ni sebagai anak2 perintis program yang baharu sahaja dilaksanakan oleh KPM. 

Sekolah ni bukan sekadar satu2nya sekolah yang terpilih di negeri Kedah, malah di satu2nya di kawasan Utara. Tahun 2014 adalah tahun permulaan program ULUL AL BAB yang hebat ini dijalankan dan tahun ini hanya tiga buah sekolah sahaja dari seluruh Malaysia yang terpilih memulakannya. 

Subhanallah! Ummi dan abah bukan sekadar takjub! malah gerun mendengar kehebatan program ini..... Subhanallah! anak2 ini bakal menjadi para profesional yang HUFFAZ! bukan sekadar ilmu dunia, malah Al Quran di dalam dada mereka! Mereka bakal dilatih sebagai seorang yang QURANIK, ENSIKLOPEDIK serta IJTIHADIK.

Program ini untuk jangka masa lima tahun, bermula dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Anak2 ini akan dibimbing oleh ustaz terlatih dengan nisbah 1 : 10. Kata Pengetua, bilangan yang mendaftar pada hari ini adalah seramai 155 orang murid dan ditempatkan kepada lima buah kelas. 

Mendengar penerangan mereka.... sungguh lah ummi dan abah sangat terharu....... mudah2an anak ummi akan mendapat manfaat yang besar dari program ini. Mudah2an akan membentuk jati diri yang kukuh dengan Al Quran di hati dan jiwa mereka. Mudah2an bakal menjadi HAFIZAH. Itulah impian besar kami, menantikan anak2 menjadi seorang penghafal Al Quran. Yang suatu masa nanti, kelebihan mereka dapat memberikan syafaat kepada 10 orang yang mereka kenali.... syafaat yang dapat membantu kita ke Syurga Allah dan ibubapa adalah yang pertama mendapat syafaat mereka! Subhanallah! Allah telah menjanjikannya untuk kita. Besar harapan ummi untuk melihat anak2 ummi berjaya menjadi Hafizah. Amee.....n.



Tiada ulasan: